Followers

Thursday, 3 November 2011

Cucur Boom Manis







Hari ini hujan lagi....dari pagi hingga ke petang....baju di ampaian tiada kekeringan....dan tiada juga baju yang nak di pakai untuk harian...(nak soh asben beli baju baru ler nih..) heheheheh...alasan sajokkkk.... Dalam musim-musim hujan ni....yang selalu kite fikirkan (mimie ler nih) dan ade sangkut paut mesti LAPAR..kan...kan...kan... Haaa...dengan ini mimie baru cuba resepi di sini.


Lagi satu resepi yang amat mudah dikala perut nan keroncong ingin cepat diisi....
Jom....



CUCUR BOOM MANIS
sumber  : CikEmbun Kasih


Bahan2 :
1 sdt yis
1 cawan tepung gandum
2 sdb gula
3 sdb susu pekat manis
secubit garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng


Cara-cara :
  • Campurkan yis, gula, susu & sedikit air..larutkan..Ana biar sampai pekat berbuih.

  • Campurkan campuran yis tadi ke dalam tepung gandum, tambah kan sedikit air, agak2 macam nak buat jemput2 biasa tu le.

  • Perap aduna dalam 1-2 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik & kuih jadi bulat masa menggoreng
  • Panaskan minyak masak.

  • Sebelum menggoreng, tambahkan secubit garam ke dalam adunan & goreng hingga keperangan-perangan.

  • Hidangkan..yummyy...



2 comments:

EmbunRosaliza said...

cantik elok je bOOlat bOOm tu..mmg bestkan mkn panas2 tu

mimie said...

rosaliza...haa'ah..mmg sedappp....lembut jerkk...yg penting bbdk suka kn....hihiihi