Followers

Tuesday 30 April 2013

Choco Mousse Brownies



Assalammualaikum....

DOA (Ya Allah...jadikanlah sebaik-baiknya umurku pada hujungnya dan sebaik-baiknya amalku adalah pada hujung akhirnya dan sebaik-baik hariku adalah pada saat aku menemuiMu.....Ameen.)

Fuuhh...siap juga N3 akhir bulan april ni...(Besdey mimie ler ni)....terkejar-kejar sedikit arini, sebab bawa baby Ameer check-up untuk 3 bulan. Alhamdulillah...syukur semuanya dalam keadaan sihat hendakNya....

Bercerita tentang Choco Mousse Brownies ni, bukanlah spesel sangat untuk hari ni pun, hanya untuk menunaikan janji anak-anak dare untuk makan kek mousse hasil tangan ibunya ini. Jadi...harini adalah hari yang paling seswai kan....

Ini adalah kali ke-2 mimie membaking kek ni... Pada kali pertama gagal dari segi keadaan rupa bentuknya...(tp rasa still ok). Penyediaan kek Mousse ni memang tidak mengambil masa yang lama....amat mudah sebenarnya. Yang penting sedappp....budak-budak memang suka, sebab coklat kan....



CHOCO MOUSSE BROWNIES

Resepi Asal : Yani (MyR)
Sumber : azlita@masammanis 

Bahan-bahan ( 18cm )

Brownies
45g butter
65g gula halus
1 biji telur
50g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar serbuk koko
 
  1. Penyediaan Brownies. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.
  2. Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
  3. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.
  5. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.
 


Chocolate Mousse
140g coklat masakan
1 sudu besar gelatin
100ml air
2 biji telur putih
200g whipping cream
40g gula halus
  1. Penyediaan Mousse. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.
  2. Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).
  3. Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.
  4. Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
  5. Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.(mimie pastikan whipping cream betul² sejuk baru pukul).
  6. Masukkan no.10 dan no.7 ke dalam no.9. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.
  7. Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse. Ita campurkan dgn Milo supaya tidak terlalu pahit.

Rupa paras yg tak semenggah

Friday 26 April 2013

Talam Vanilla Coklat




Assalammualaikum....

Yeeaayyy.....musim panas teriksudah berkurangan kerana sejak 2-3 hari ni hujan ribut petir. Huhhh..sejuk sikitt. Alhamdulillah....

Yerrr...bercerita mengenai Talam yang memang susah nak jumpa diluar sana ni, memang special sikit. apalagi dengan budak-budak dalam rumah ni yang suka makan kueh atau kek yang berunsurkan coklat. Haa...memnag seswai pon kann...

Talam ni mimie ambil resepi dari Ratu Talam, sapa lagi kan, kak Yatie kite tu laa... Kalau tengok sekali imbas talam ni ade iras-iras talam suji kan. Rupa sama rasa lain tau.....ade beza tuuu...

Memang mimie ni suka sangat-sangat makan kueh talam macam kak yatie juga.. Apa jua jenis talam lerr..., sebab talam ni ade keistimewaan dia sendiri. Rasa lemak-lemak manis. Kalau nak cari kat luar kueh talam ni memang payah. Nak-nak lagi jenis talam yang pelik-pelik sikit rupa wajahnya. Lagi laa tak kan jumpa. Nak tak nak kerana nak makan kueh talam jugak, kene ler merajinkan diri dok bersilat di dapur.


TALAM VANILLA COKLAT
Sumber : yatiememories

Bahan-Bahan- loyang 10x10x3 inci
Lapisan Bawah
  • 1 1/2 cwn tepung beras
  • 1/4 cwn tepung jagung
  • 1/2 cwn tepung kastard
  • 1 cwn gula
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 biji telur-pukul sikit
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • secubit garam
Cara Menyediakan Lapisan Bawah
  1. Satukan kesemua jenis tepung dlm mangkuk.
  2. Masukkan sedikit garam, gula, telur dan santan.
  3. Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dlm periuk dan masak diatas api sederhana sehingga naik wap. Sentiasalah di kacau guna whisk supaya tak berketul2.
  4. Alaskan loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.
** Setiap 10 minit saya buka penutup kukus dan lapkan air yg terdapat di penutup kukus. Tutup semula dan kukus lagi selama 10 minit.(utk mengelakkan air bertakung di permukaan kuih..)

Bahan Utk Lapisan Atas
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 cwn air
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1/4 cwn tepung jagung
  • 3 biji telur
  • 1 cwn gula pasir
  • secubit garam
  • 1 sudu besar serbuk koko- bancuh dngn 4 sudu besar air suam
  • 1 sudu kecil coklat emulco
Cara Menyediakan Lapisan Atas
  1. Masukkan kesemua bahan dlm mangkuk kecuali coklat emulco dan serbuk koko.. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya.
  2. Masukkan adunan ke dlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.
  3. Cakar2kan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan coklat ke atas lapisan vanilla tadi dan kukus selama 20 minit.
  4. Saya kukus 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yg terdapat pada penutup kukus dan kukus lagi selama 10 minit.(jumlahnya 20 minit juga kan..)
Tips.

** Sekiranya terdapat sedikit air di permukaan kuih, sengetkan loyang sedikit dan buangkan air yg terdapat di permukaan kuih...guna sudu je...atau lapkan guna kitchen towel.

** Sejukkan kuih, kuih ni hendaklah betul2 sejuk barulah cantik bila di potong.

** Gunakan pisau plastik utk memotong apa2 jenis kuih talam atau kuih lapis supaya cantik.

Wednesday 24 April 2013

Kek Lapis Coklat Cream Cheese (kukus)



Assalammualaikum....

Tak mau cerita panjang-panjang, hanya nak bercerita tentang kek kukus yang sedap bangat nih....memang best cheeese bergandingan dengan coklat. padanan yang memang terbaekkk.. Pembuatan kek ni juga amat mudah dan yang penting memang cepat licin, sedap ler tu kan... Terima kasih pada kak yatie kerana berjaya menggoda saya dengan kek kukus ni. Maaf kak yatie.saya ubah sedikit pada tajuk kek ni yer..... Pada yang belum mencuba, anda pasti kena mencubanya....sedapppp....


KEK LAPIS COKLAT CREAM CHEESE (KUKUS)
Sumber : yatiememories


BAHAN A
  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu besar tpng gandum
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  3. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sk vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tpng gandum*
  • 3 sudu besar sebuk koko*
  • 1 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara
  1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak.
  4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK.
  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
  2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.


Tuesday 23 April 2013

Cream Cheese Butter Cake



Assalammualaikumm....

Sejak akhir-akhir ni, anak bujang Mimie, Ammar teringin sangat nak makan kek. Dengan acuh tak acuh mimie jawab tunggu spesel day dia baru buatkan kek untuk dia. Sedar tak sedar semalam adalah Hari Ulangtahunnya yang ke-4. Ishhh...sekejap jer rasa masa berlalu...

Kali ini mimie buatkan untuknya kek Cream Cheese Butter Cake setelah selongkar di dapur kak Ummi. Sedap sangat kek ni. Lemak-lemak rase cheese gituuu... Part deco 'mendeco' kek ni memang mimie ni kerastangan. Tak pandai. letak itu ini pon anak dah kata cantek. hahahaha..... ape-apepon  kek yang ni memang best.....

..... dan tak lupa pada anak bujang ibu ni, Muhammad Ammar Luqman, selamat hari Ulangtahun yang ke-4, moga menjadi anak yang soleh, berjaya didunia dan diakhirat...Ameen.



CREAM CHEESE BUTTER CAKE
 Resepi Asal : suejoshua
Sumber : ummizaihadi

  • 200 gm butter
  • 200 gm cream cheese
  • 250 gm gula kastor
  • 250 gm tepung gandum
  • 5 biji telur
  • 1 s/t baking powder
  1. Pukul butter, cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur satu persatu hingga adunan ringan, campurkan tepung bersama baking powder kemudian kaub balik tepung kedalam adunan hingga rata dan sebati.
  2. Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit butter.
  3. Tutup adunan untuk mengelakkan permukaan kek hangus.
  4. Bakar adunan kedalam oven pada suhu 180c hingga masak dan permukaan kek keperangan (kira-kira 50-60 minit) mengikut jenis oven masing-masing.
Hepi Besdey Abg Ammar yg ke-4thn...

Saturday 20 April 2013

Rendang Kerang Cilipadi



Assalammualaikum...

Cuaca kat luar sekarang ni memang panas. Tidur malam memang tak lena. kepanasan. Terganggu dek mimpi-mimpi yang indah-indah.( iskkk...ado ko mimpi yang indah skang ni..) Penah ler juga bangun tengah malam nak menyejukkan badan. Dapatlah juga menyejukkan badan buat seketika.


Bercerita mengenai rendang buat entry kali ini, adalah salah satu rendang kesukaan mimie. Lebih-lebih lagi dihidangkan bersama lemang atau pulut kuning. Fuhhh, sekali pulut atau lemang tak habis, dok mengadap jer ler juadah tu...sedap tak terkira. Sementelah kalau hari raya, kebanyakkan rumah dihidangkan rendang daging atau ayam. Kerang ada kelainannya, iatu isi kerang ang manis.

Diikutkan resepi mimie ni, dalam pembuatan rendang, mimie suka lebihkan ramuan bawang merah kerana bawang merah adalah salah satu ramuan yang dapat menstabilkan rasa manis2 sesuatu rendang tersebut dan dapat rendang tidak lah kering sangat. Basah-basah manja jer. Ape2pon berbalik pada selera masing-masing....


RENDANG KERANG CILI PADI
Resepi : Mimie @Sugar n Spice

2 cawan isi kerang - kerang yg fresh di tapis isinya
2 1/2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
9 ulas cili padi
2 sudu besar kerisek
3 cawan santan pekat
1 inci halia
sedikit lengkuas
1 batang serai - diketuk
2 helai daun limau purut - disiat2
2 helai daun limau purut - diracik halus
1 sudu kecik serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cilipadi, bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas ditumbuk halus.
Satukan di dalam kuali bahan tumbuk, serai, kunyit, kerisek dan santan pekat. Gaul sebati dan dimasak dengan api sederhana hingga santan kering sedikit. Santan hendaklah dikacau selalu.
Setelah santan agak kering, masukkan isi kerang. Kacau hingga betul-betul santan kering dan sementara itu masukkan daun limau purut yang telah dicarik-carik.
Perasakan dengan garam dan masukkan daun kunyit yang telah diracik halus. Gaul sebati dan tutup api. Siap.



Friday 19 April 2013

Muffin Pandan



Alhamdulillah..... 

Cuaca yang panas terik selama ini, berakhirnya dengan dentuman kilat dan petir dan disusuli hujan yang lebat. Syukur sangat-sangat. Hujan yang dinantikan saban hari akhirnya membasahi jua bumi Cheras nan indah ini...chewwahhhh....

Haaa....hari ni mimie nak share muffin pandan semerbak bau nya ni. Rasanya minggu lepas mimie buat muffin ni. sedap. Cuma anak-anak comel-comel mimie ni tidak berkenan perasa pandan yang boleh mereka kategorikan pandan ni perasa makanan orang-orang dewasa. Ehh! iyerr kerr..? Hmmm...tak kisah lah kan...janji mimie dapat menikmati dengan banyaknya makan muffin pandan ni....



MUFFIN PANDAN
Resepi Asal : rinnchan
Sumber : kakNor@secubitgaram

Bahan-bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.


Thursday 18 April 2013

Pau Gebu dan Lembut



Assalammualaikumm...

Bercerita mengenai kueh 'peberet' mimie yang satu ni, dalam dok dendiam, fikiran merawang-rawang dan tekak ni terasa nak mengunyah², teringat pula kueh pau makan tatkala panas² baru saja angkat dari kukusan....fuhhh tentu lembut giler kann...

So...mimie merayau-rayau di'rumah' kak Sitidelima, jumpa pula resepi yang senang la mimie nak mengulinya untuk dijadikan pau sedap ni (mimie guna BM jerr)....tapi dalam adunan pau yang lembut ni mimie 'derhaka' sedikit resepinya bak kata CMG, mimie tambah sebiji telur umpama membuat adunan roti...hasilnya memang lembut dan sangat sedap bile diletak inti kesukaan mimie inti kacang merahh...fuhhhh...sedappp dimakan tatkala pau panas-panas baru keluar dari kukusan.... lagi terangkatt.....layannn....


PAU GEBU DAN LEMBUT
Resepi Asal : noreen
Sumber : sitidelima

Bahan-bahan :
250 gm tepung pau atau tepung gandum
1 sudu teh yis
1/2 sudu teh baking powder
4 sudu besar gula kastor
1 biji telur - mimie tambah
1 sudu besar lemak sayuran
1 sudu teh bread softener - optional kalau tiada pun pau masih lagi gebu dan lembut
1/2 cawan air suam
inti pau secukupnya

Cara membuatnya :
1. Satukan tepung, yis, baking powder, gula dan bread softener ke dalam mangkuk adunan.
2. Ulikan sebati dengan memasukkan telur dan air sedikit demi sedikit
3. Masukkan lemak sayuran dan ulikan lagi sehingga doh menjadi kental dan tidak melekat di tangan
4. Jika menggunakan breadmaker masukkan semua bahan mengikut turutan air suam-yis-tepung-baking powder-gula-bread softener-lemak sayuran.
5. Kemudian pilih menu doh (tidak perlu menunggu sehingga doh siap selama 1 1/2 jam cukup sekadar 10 min atau sehingga doh sebati dan bolehlah dikeluarkan dari BM).
6. Setelah itu bahagikan doh kepada 10 bahagian dengan setiap satu seberat 45gm dan bentukkan menjadi bulat.
7. Ambil satu doh kecil tadi dan leperkan di tapak tangan dan letakkan satu sudu kecil inti yang disukai dan tutupkan semula menjadi bentuk bulat.
8. Letakkan doh yang telah disiap di atas daun pisang atau kertas yang telah disapukan dengan sedikit minyak. Buat sehingga habis.
9. Kemudian biarkan doh naik dua kali ganda selama 45 min atau 1 jam.
10. Sementara itu panaskan kukusan dan pastikan setelah air mendidih barulah di masukkan doh-doh tadi dan kukuslah selama 10 minit.

Note: air kukusan perlulah betul-betul panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yang gebu dan lembut


Monday 15 April 2013

Puding Koktel



Assalammualaikum...

Fuhhh! Cuaca harini memang panas. Best mandi berkali-kali, kalau boleh nak aje suasana sejuk bilik air sama jer macam dalam rumah nih....
Kalau cuaca panas-panas ni, best jerk makan mende-mende yang sejuk. Umpamanya seperti buah tembikai, air yang berais tak kiasah ler air apa asalkan yang berais, air kosong berais pon best jer telan kan....
Cuaca panas-panas ni mimie suka buat puding dan caramel....huiiii..best kalau telan...sejuk jer tekakkk...
Koktel puding ni mimie ambil resepi dari Kak June Ahmad rakan FB mimie yang suka masak puding-puding ni....Thanks kak June kerna sudi kongsi resepi yang best ni...cuma mimie tak pandai nak me'layer'kannya...fail habiss....so nak me'layer' tu, ikut ler kretiviti masing-masing yerr....



PUDING KOKTEL
Sumber : June Ahmad @FB

Bahan A
1/2 sk serbuk agar-agar
3/4 cawan jus koktel
1-2 sudu besar gula

Bahan B
4 sudu besar buah-buahan koktel (lebih pon x pe)
sedikit pewarna kuning

Bahan C
10g serbuk agar-agar
4 1/2 cawan santan pekat + cair
4sudu besar gula
1 sudu kecil garam

Bahan D
2 sudu besar serbuk koko

Masukkan semua Bahan A kedalam periuk, masak hingga mendidih dan dikacau rata.
Campurkan Bahan B, kacau dan dibiar seketika. Tutup api.
Masak semua Bahan C hingga mendidih dan dibahagi kepada 2 bahagian. 1 bahagianwarna putih dan sebahagian lagi dicampur dengan Bahan D. Kacar rata.
Tuang adunan Putih kedalam loyang dan dibiar separuh beku dan tuangkan pula adunan warna coklat.biar separuh beku dan tuangkan pula adunan koktel ditengah dan diulang aduna putih dan coklat. buat sampai habis...
Sejukkan. Sedap dimakan ketika sejuk.



Friday 12 April 2013

Udang Masak Lemak + Belimbing Buluh


Salam Jumaat semua.....
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk 'menghapdet' blog yang kecil molek nih....

Hari ni mimie nak kongsi Udang Masak Lemak bersama Belimbing Buluh ni. Semenjak musim hujan berganti dengan musim panas yang lepas, pokok belimbing buluh mimie yang baru berusia 4 tahun tu, lebat sungguh buahnya. Musim buah belimbing buluh agaknya, sebab dimana2 dipasar atau dikedai2 banyak pula yang menjual belimbing masam ni...Kalau mimie suka petik fresh2, terus terjun kedalam periuk....hiihihih



UDANG MASAK LEMAK BERSAMA BELIMBING BULUH
Resepi : Mimie @SugarnSpice

20 ekor udang 
Santan pekat
7-8 ulas cili padi (ditumbuk lumat) - ikut kepedasan masing-masing
1 keping asam keping/gelugor
1 helai daun kunyit - dicarik-carik
sedikit kunyit
Belimbing buluh - dibelah dua
Garam secukup rasa

Didalam periuk, satukan santan, cili padi, asam gelugor, serbuk kunyit dan daun kunyit. Masak dengan api perlahan hingga mendidih. Kacau selalu.
Apabila mendidih masukkan belimbing buluh kacau seketika hingga mendidh. Akhir sekali masukkan udang dan garam secukup rasa. Tutup api.

Nota : Udang tidak perlu dimasak terlalu lama kerana udang akan menjadi keras dan tidak segar.




Monday 8 April 2013

Puding Roti BerSos Kastard


Assalammualaikum....

Cuaca hari ini tidaklah sehebat panas sebelumnya...kira redup sebelah pagi. Dapatlah menyejukkan badan seketika. hihihiih....

Bercerita mengenai Puding Roti Bersos Kastard ni, rase2nya dah banyak kali mimie mencuba resepi dari kak Hanamemories ni...memang sedapp...selamba jer kami sekeluarga makan sekali hadap jerr...(memang sedap ler tu..)

Terjadinya Puding Roti Bersos Kastard ni ada lebihan roti yang hampir taikh luput di rumah ni. Kira tak nak membazirkan roti yang banyak tu, di'godek' ler menjadi PRBK ni......
Terima kasih kepada tuan empunya resepi asal yang sedap ni dan dipanjangkan resepinya disini....


PUDING ROTI BERSOS KASTARD
Sumber : hanamemories
Resepi Asal : maya.zakry Myr & F&N Myr

  Bahan-bahan
  • 8 keping Roti
  • * 500 ml Susu segar (mimie guna susu cair 1 tin)
  • * 4 sudu besar Gula halus
  • * 2 sudu besar Butter- cairkan
  • * 2 biji Telur
  • * 1 sudu teh Esen vanilla
  • * 1 sudu besar Tepung Jagung
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar Kismis
Untuk Sos Kastard
  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepungkastad- hana ltk 11/2 sb je..
  • 2 s/b gula
Cara-cara
  1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
  2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
  3. Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
  4. Taburkan kismis diatas adunan.
  5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  6. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.


Friday 5 April 2013

Puding Caramel III



Assalammualaikum....jumpa lagi di petang Jumaat yang penuh Barakah ini. Tak perlu Mimie celoteh panjang² yang entah apa², hanya mimie nak share resepi dari Kak SitiDelima berkenaan Puding Caramel ni. Mimie amat2 ler suka-suki makan adik-beradik puding ni, lebih-lebih lagi puding Karamel. Fuhh! sedap kalau makan sejuk-sejuk baru keluar dari petiais dalam cuaca yang agak panas sekarang ni kann.... cuma, sukatan kemanisan bergantung kepada tekak masing-masing. Jika tak suka manis kurangkan gula tambahkan manis dalam senyuman......hihihihi


PUDING KARAMEL
Resepi Asal : sitidelima

Bahan untuk Pudding:
5 biji telur A
125gm gula - mimie ltk 60g shj
500ml susu cair
2 sudu besar tepung jagung
sedikit esen vanila

Bahan untuk Caramel:
100gm gula - mimie guna hanya 3 sudu besar shj
(panaskan dalam loyang hingga cair keperangan, kemudian diketepikan)

Cara-cara:
campurkan telur dan gula, kacau hingga gula larut. Masukkan tepung jagung kedalam susu, larutkan dan masukkan kedalam telur bersama esen vanila. kacau rata dan tapis kedalam Karamel tadi. tutup loyang dengan cling film dan kukus selama 30min.


Thursday 4 April 2013

Ombak Rindu vs Kek Alunan Kasih



Assalammualaikum.... bertemu lagi...

Ombak rindu..??? ehhh! pasni ade ker filem lakonan haron ajis dalam filem kek alunan kasihh..??? hahahha sebenarnya....masa menelan kek ni, boleh plak tertengok citer haron ajis hero malaya tuu.....bole laa kn...??? abiss laaa..hero malaya tu kalay berlakon dalan kek alunan kasih nanti, abis shoot asyik makan kek sajokk...no..leleh2 ayaq mataa nooooo...

Hari ni mimie nak kongsi kek keramel yang paling sedap nih...(family mimie lagi ler peberet) ia sama saja dengan kek karemel yang selalu mimie buat cuma yang membezakannya ialah lapisan dan juga ada sedikit bahan perasa....(essen ler tuuu...)...


KEK KARAMEL ALUNAN KASIH
Sumber : fizanordin

Bahan A - Gula Hangus :
2 sudu besar gula - tabur gula ke dalam loyang yang akan digunakan untuk membakar kek nanti dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna bertukar jadi perang. Ketepikan.

Bahan B - Lapisan Atas :
½ tin susu cair - boleh tambah kalau nak karamel tebal sikit
70gm gula kastor - saya guna 4 sudu besar rata
½ sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
1 sudu besar tepung kastad

Bahan C - Lapisan Kek :
140gm tepung gandum
70gm gula kastor - saya gunakan 4 sudu besar rata
3 biji kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45ml minyak masak
2 sudu besar susu pekat manis

Bahan D - Merinque
6 biji putih telur
70gm gula kastor - saya gunakan 4 sudu besar rata
1 sudu teh cream of tartar

Serbuk koko secukupnya (mimie tambah dengan sedikit milo)
Penapis teh yang halus
Pewarna mengikut citarasa - apple green, lemon yellow, pink
Emulco mengikut warna - pandan, strawberry (optional)


Cara-cara :
  1. Campurkan semua Bahan B dan kacau perlahan2. Jangan sampai berbuih. Nanti tak jadi karamelnya. Tapis dan ketepikan.
  2. Campurkan semua Bahan C dan kacau hingga sebati dengan menggunakan whisk sahaja. Ketepikan.
  3. Pukul Bahan D hingga jadi kental dan tidak jatuh bila adunan diterbalikkan.
  4. Campurkan Bahan D ke dalam Bahan C dan kacau hingga sebati.
  5. Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan dan masukkan 1 sudu teh emulco untuk setiap warna. Warna hijau + pandan emulco, pink + strawberry emulco. Kacau rata.
  6. Masukkan Bahan B ke dalam dalam loyang gula hangus.
  7. Tuangkan adunan berwarna hijau dan ratakan. Ayak nipis2 serbuk koko di atasnya.
  8. Lapiskan pula dengan adunan berwarna kuning. Ratakan dan ayakkan serbuk koko di atasnya.
  9. Akhir sekali lapiskan adunan berwarna pink dan ratakan. Tidak perlu diayak serbuk koko.
  10. Bakar secara bain marie (loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar) selama 1 jam pada suhu 175oC. 
  11. Bila masak, keluarkan dan rehatkan selama 10 minit sebelum diterbalikkan.
  12. Masukkan dalam petiais selama 1 jam sebeluim dimakan.
 Nota mimie : Mimie bakar menggunakan kaedah Bain Marie/Double Boiler api bawah sahaja. Regangkan oven selama 10min/kek regang dari loyang baru keluarkan dari oven.