Followers

Monday 31 October 2011

Harum Semerbak





Beberapa hari yang lalu, neber mimie yang berbangsa Chinese ni ade 'sedekah' pada kami buah-buahan untuk kami sekeluarga. Alhamdulillah, syukur. Mereka amat baik pada kami sekeluarga dan apatah lagi pada "Si Bujang" kami ni....Luqman....segala manisan Luqman akan dapat...opsss...yang Halal sajer yerrr.....

Selain buah anggur, lai, epal merah/hijau yang diberi, orange melebihi dari buah-buah yang lain. Almaklumla, orange ni 'kurang laku' dirumah mimie ni selain buah-buahan lain. Daripada membazir, ternampak resepi dari kak Ct Delima.....ape lagi...kletang...kletung lerrr....(kes buat keje cam lipas kudung)...

Blended Orange Cake...itulah yg diberi nama. Sedap. Harum satu rumah waktu membakar. harum oren.... seperti ulang tayang cerita jer...Along (refer anak yang sulong) balik dari sekolah, buka jer pintu...fuhhh....sedapnyer bauuuu....mcm sedappp...ibu wt kek eyhh...?? Macam tau-tau ajer mimie buat kek...ye lahh....bau pon da semerbak......rase kek ni..nice2 jerr....manis2 umpama kek butter, cuma ade sedikit rase-rase oren.....rugi kalau tak mencuba...... rasenyer ramai pembaca di luar sana telah mencuba kek ini...mimie jer yang ketinggalan keretapi.....keretapi arang ler katakan....

Ok, bagi yg nak mencuba, sila lihat ni...


BLENDED ORANGE CAKE
Sumber : Kak Ct Delima


Bahan-Bahan :-

1 biji buah limau
1 cawan minyak - (mimie guna 1 cawan butter dicairkan)
2 cawan gula halus - (mimie guna 1 cawan jerr)
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sudu besar baking powder* ( *diayak bersama ) 



Cara-caranya :-
  • Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah-tengah. Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali. Masukkan kedalam blender bersama minyak, gula dan telur dan kisar hingga halus. 
  • Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit-sedikit sambil dikacau sebati. 
  • Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris. 
  • Bakar pd suhu 170c selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak. 





Sunday 30 October 2011

BLACK BOTTOM CUPCAKE




Salam semua dihujung minggu.....ape jua yang anda lakukan hendaknya mendapat keberkatan dariNya. InsyaAllah....

Dihujung minggu yang cuaca tidak menentu ni, panas terik dan disusuli hujan pada sebelah petang membantutkan aktiviti kami sekeluarga. Mana tidaknya, rancangan awal kami ingin menemani anak-anak bermain layang-layang bersama bagi memenuhkan masa yg terluang. Angin ntah kemana, layang-layang ntah kemana, tuan badan pon ntah kemana.

hurrmmm....tiada apa aktiviti yang ingin dilakukan hanya internet menemani kami sekeluarga.... hihihi... sambil melayari internet di waktu hujan ni, jom share resepi yang amat mudah dan sedap ni....Kombinasi coklat dan cheese amat serasi.....lemak dan rasa coklat yang hebat....dan tidak sukar untuk menyediakannya.....





BLACK BOTTOM CUPCAKE
Sumber : JoyOfBaking

Cream cheese filling:

227gm cream cheese (suhu bilik)

1/3 cup ( 65gm ) gula
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanilla


 
Chocolate cupcakes:


1 1/2 cups ( 195gm) tepung serbaguna / tepung gandum

1 cup (200gm) gula - mimie, 150gm gula sahaja.
1/3 cup (30gm) serbuk koko
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
1 cup (240ml) air
1/3 cup (80ml) minyak sayur
1 sudu besar white vinegar (cuka)
1 sudu kecil esen vanilla.






 
Cara-caranya :-

Untuk cream cheese filling:

Gunakan electric mixer, mix cream cheese dan gula hingga sebati dan masukkan telur dan esen vanilla. Mix lagi sampai creamy dan smooth.

Untuk chocolate cupcake:

  • Panaskan oven pada suhu 177 c.
  • Dalam bekas besar, ayakkan tepung + serbuk koko + gula + garam + baking soda + garam dan kacau.
  • Dalam bekas lain, mix kan semua air + minyak sayur + cuka + esen vanilla.
  • Buatkan lubang di tengah-tengah bahan-bahan kering yang telah diayak.. Campurkan bahan-bahan basah dan kacau sampai sebati.
  • Sediakan 12 bekas cupcake yang besar. Dan boleh bahagi sama rata. Isi sehingga 3/4 penuh. 
  • Kemudian gunakan sudu teh, spoonkan cream cheese filling tadi ke dalam setiap cupcake coklat tadi. Dan bolehlah dibakar selama 25 minit.






* Adunan ini untuk 12 biji cupcake yang bersaiz besar. Kalau medium saiz akan dapat lebih  kurang 18 biji.



Saturday 29 October 2011

Aduhh kenyang nyerr....





aduhhh..duuuu...duuuu...duuu....kenyang banget seyhhh....kekenyakan dek penangan Macaroni Bakar...memang mengenyangkan untuk kami sekeluarga.....apatah lagi menjadi salah satu menu peberet kami sekeluarga. Semgaja mimie buat lebih, biar anak-anak mimie ni makan sepuas-puasnye. Almaklumla....hidangan ni sudah sekian lama mereka minta untuk mimie buat sebagai pengalas perut mereka di waktu petang.

Puas mimie mencari menu Macaroni Bakar, kalau boleh ingin mencari menu yang simple kerana masa dan waktu yang agak terbatas. Almaklum laa....mimie ni tiada pembantu.....pembantu penyibuk memang ramai....hahahha
Dan mimie terjumpa resepi ni di MyResepi...agak mudah, cuma mimie bak kata chef CMG yang tersohor di blogger ni...resepi ni mimie "terderhaka sikit" tapi rase nyer tetap enak...

Jom jengok...


MACARONI BAKAR
Sumber : Syuhaiza


Bahan-bahan :-

3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 paket daging kisar (mimie guna daging segar dicincang)
1 tin cendawan butang (dipotong nipis)
3 ekor sotong (dipotong nipis)
10 ekor udang (dibuang kulit)
1/2 paket macaroni (direbus)- mimie guna 2 cawan sahaja
1 kiub daging knor (mimie tambah)
3biji tomato - potong dadu (mimie tambah)
3 sudu besar soso cili (mimie tambah)
2 sudu kecil serbuk oregano
6 biji telur
sedikit garam
minyak untuk menumis
mayonis, cili sos, cheese mozarella (topping)







Cara-caranye :-

  • tumis bawang putih hingga naik wangi.
  • masukkan daging kisar, dan masak hingga air daging kering.
  • Masukkan sotong, udang, cendawan, tomato, kiub daging, serbuk oregano, dan garam kacau rata. Setelah air kering masukkan macaroni yang telah di tos tadi.Tutup api dan masukkan telur dan kacau rata.
  • sapukan loyang dengan mentega dan letakkan macaroni yang telah di masak tadi di dalam loyang.
  • taburkan cheese mozarella yang telah di sagat di permukaan macaroni tadi sehingga menutupi permukaannya. 
  • letakkan mayonis dan cili sos di atas cheese tadi. bakar pada suhu 120 selama 45-60minit.

Nota : Mimie bakar pada suhu 150 selama 35 minit.



Friday 28 October 2011

simple banget wehhh....

salam ...di kala cuaca yang tidak menentu harini...kejap panas terik, kejap mendung, kejap renyai, panas balik pastu trus ribut petir....tekojut dennn.....dan begitulah juga keadaan kesihatan para penduduk di bumi Cheras ni...kejap ok, kejap tak ok. So...nasihatkan pada anak-anak dare ni, perbanyakkan minum air kosong....biar sejuk dalam badan ni...

pon juga....keadaan porot nan menggeleber ni tidak menentu...kejap lapo, kejap sekejap aje kenyang, pastu meringkuk kelaparan...hahahha....kebulur ape mimie..? Insaf-insaf la sikit...ade yang lebih susah dari kita...MasyaAllah...aku bersyukur atas kurniaanMu ini...


dan...dek kerana terlalu melayani perut nan berkeroncong ni laaa..tercari-cari..apakah kudapan yang yang ingin dijamah...kerana masa nan singkat...yaaaaaaaaaa...intai kudapan dari kak ita kita ni...yang penting senang dan sedap...benarlah kata kak ita....memang mudah cara penyediaannya, tak sampai 20 minit pegang senduk da siapp.....

Jom semak resepi ni...


TALAM MARBLE
By : Kak Fida
Sorce :  Azlita Aziz


Bahan-bahan ( loyang 10x10 inc. )
240 g tepung Hoen Kwee hijau
450 g gula halus (2 1/4 cwn rata)
2100 ml santan pekat (drpd 2 biji kelapa)
1 sk garam
3 sb serbuk koko 
choc emulco - mimie tambah
  • Satukan kesemua bahan ke dlm mangkuk kecuali koko dan dibahagi 2, dan 1 bahagian di campur koko. 
  • Masak adunan dlm periuk yg berasingan sehingga pekat,licin dan kelihatan meletup2. Matikan api. 
  • Loyang di griskan dgn minyak masak terlebih dahulu.
  • Marblekan adunan berselang-seli warna hingga habis di dlm loyang. Sejukkan. 
  • Siap utk dipotong dan dihidangkan. 
  • Semasa memarbelkan adunan hendaklah lakukan dengan pantas kerana adunan cepat mengeras.









Talam marble ni tidak seperti talam kebiasaan....bagi saya ia seperti puding dari segi penyediaanya. Tidak perlu mengukus. Simple sajer...suker dengan rase kecoklatannya....



ini la tepung Hoen Kwe, terdapat banyak di pasaraya dan di kedai-kedai...







Thursday 27 October 2011

Terasa kecoklatannya

helloooo...haaa harini mimie nak kongsi satu resepi muffin. Benornyerr, muffin ni dah lama mimie buat tapi hari baru berkesempatan nak tayang resepi. Lagipon resepi ni mimie ambil dari MyResepi...dah tak ingat siapa empunya resepi ni.... kepada empunya resepi ni...halalkan  yerr...kang tak berkat lak mimie masak-masak nanti....jadi hangit laaahangus laa....haiiiitt...mintak dijauhkan laa......

Muffin ni mewah dengan rasa coklat sebab penggunaan coklat yang banyak


Jom....





Bahan-bahan :-

200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum  *
1 sudu kecil serbuk penaik  *

bahan yang bertanda * di ayak.


Cara-caranya :-

  • Cairkan coklat masakan dengan kaedah "double-boiler" sehingga cair dan masukkan mentega dan kacau hingga sebati.
  • Di dalam mangkuk lain, pukul telur dan gula. Kacau gula hingga larut dan masukkan adunan telur ke dalam mangkuk coklat tadi. Kacau sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau menggunakan spatula hingga sebati.
  • Bakar pada suhu 160 selama 20 minit.

sedapppp dan gebuuu....DONUT KELEDEK




dapat pujian harini dari keluarga mimie..... the best donut yang pernah mereka makan hasil tangan ini....manakan tidak...another donut tu...just donut biasa jerrr....hehehee

Tapi, yang donut satu ini...memang ade kelainan.... thumbs-up siapa yg cipta resepi donut keledek ini, terima kasih pada izahdaut dan KakNor@SecubitRasa kerana sudi kongsi resepi...dari 1 biji hingga 5 biji donut tak perasan dah masuk ke mulut ni...(manakan tidak, tuan tanah dah lebih gebu dari donut) dan yang paling best aksi rebut berebut donut oleh anak-anak mimie (kalau dah since gitu, sedap la kan).....


tak payah cerita panjang-panjang....jom intai resepi donut ni....



Bahan-bahan :-

500 gram tepung gandum  
200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek  
4 sudu besar susu tepung   
1 biji telur -  dipukul sedikit  
200 ml air suam -  lebihkan air sbb guna 1bj telur jer   
3 sudu besar marjerin  
3 sudu besar gula  
3 sudu kecil yis - lain kali nak kurangkan sket 




cara-caranya :-

  • Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan.Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
  • Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  • Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  • Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..



Wednesday 26 October 2011

manis dan simple....DONUT SURIA




kueh yang satu ni...memang boleh dikatakan peberet kanak-kanak dan orang dewasa....apatah lagi rasenyer yang enak, lembut dan gebu ni sesuai untuk mereka yang suka pada yang manis sebabnyer kueh ni kebanyakkannyer disaluti dengan gula halus....

Jom kita lihat kueh ini....




Bahan-bahan:-

3 cawan tepung gandum
3sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula halus
3 sudu besar shortening
200ml air suam  *
2 sudu kecil yeast  *  (* disatukan selama 2 minit)


Cara-caranyer :-

  • Satukan tepung gandum, susu tepung, gula, dan shortening. Gaul rata. Tuang bancuhan yeast dan gaul hingga menjadi doh. (Jika tak cukup air atau tepung tambah sedikit demi sedikit hingga tak melekat pada tangan dan mangkuk).
  • Canai doh dan terap dengan acuan donut. Alih ke dalam dulang yang telah ditabur dengan tepung agr donut tidak melekat hingga habis. Biarkan selama 30 minit hingga donut kembang.
  • Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan. Toskan. Gaul donut dengan gula halus atau hias dengan mangikut citarasa sendiri.


Siapa Pandai Masak...


hurmmm....demam masak-memasak da bermula kt bumi bertuah ni..... dalam hati ni...ingin juga masterchef ni..hahaahha...masak western pon x brapa pandai...nk joint..??? haishhhh....bawak bertenang ler mimie oiii... blogger masterchef pon belum tentu layak lagii.....malu donggg...

Ape-ape pon rancangan masterchef ni...membuatkan kami sekeluarga berkumpul depan tv...pot...pet..pot..pot.. itu..ini...meriahh....suka tengok peserta-peserta yang tak pandai memasak boleh menyajikan satu hidangan yang menarik dan lazat.....itu kata juri lerr....mimie tak dapt rasee...... tugasan yg diberikan tu... Jomm tengok siapakah gerangan yang akan merangkul Masterchef yang pertama di Malaysia....

COTIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII.......HAPPY DEEPAVALI...



kesempatan ini....nak wish to all Hindu to 
HAPPY DEEPAVALI.....

Tuesday 25 October 2011

Roti Jala zam-zam ala kazzam....




aduhhhh...kenyang bangat sehhh....lepas lunch terus terkejar-kejat nak wat roti jala atas permintaan cek abe tersayang ni....manakan tidak...kalo dah wat kari ayam sepoyok besoo...ofkos ler lebihan kari tu untuk wat santapan bersama dengan roti jala ajaib nih...

menariknyer roti jala nih...bergantung pada acuan roti jala ni...thx a lots tu Ms Reen Khan sudi memperkenalkan acuan roti jala ajaib nih...kemas skit dapor mimie tu kalo menjala guna botol ni...kalo tak...comot sana comot sini...




Sebenarnyaa...mimie tak pandai wat sukatan untuk adunan roti jala ni.... hanya mimie bagi anggaran saje yerr...lepas tu...you all bole ler adjust man yang patut..... sori mori to all....



Bahan-bahan :-

2 cawan tepung gandum
3 3/4 cawan air  (mimie guna santan cair nk rase2 lemak skit)
1biji telur
2 sudu besar minyak masak
sedikit garam



  • Gaul tepung dengan air/santan yg dicampur dengan garam
  • masukkan telur yang telah dipukul dan minyak kacau rata.
  • Blend kesemua bahan dan tapis.
  • Dan letak beberapa titik pewarna kesukaan anda.



Tips :- tekstur kepekatan adunan ini seperti kepekatan sos cili....

Custard Tea Cake...kek yg sedappp....


As-Salam semua....salam ceria sempena coti deepavali nih....
Harini tak ade apa yg nak saya kongsikan story-mory tentang tugasan harian saya...cuma nak kongsi resepi kek yg sedap ini sajer.....sebenarnya kek ni dah lama saya buat...cuma tulis dalam buku catatan resepi saya sajer....almaklum laa....da ada tempat nak dikongsi dengan semua blogger ni....saya tepek sajer resepi dari kak Ida 1001 Resepi...time kasih kak Ida...kerana inform mimie yang kek ni memang sedap...kalo x sedap, manakan saya tak membaking kek ni sudah 4 kali....jom jengah resepi...



bahan-bahan

125g/1/2 cawan butter
1/3 cawan gula castor
1 biji telor
3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung kastard

  • pukul mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur...gaul rata...masukkan tepung dan gaul rata.
  • guna kek pan yang boleh ditanggalkan di bahagian bawahnya...alas dengan kertas dan gris supaya tidak melekat...
  • letakkan sebahagian kek batter dan ratakan...tuangkan kastard dan kemudian tuang baki kek tadi, ratakan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 30 minit pada 180C...
  • keluarkan dari oven, sejukkan dan taburkan gula icing...


bahan kastard
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula kastor
2/3 cawan susu
15g butter
2 sudu teh vanilla

larutkan tepung kastard dan gula kedalam susu, panaskan hingga mendidih dan pekat....masukkan butter dan vanilla...sejukkan...

note: doublekan kuantiti jika mahukan kek yang lebih besar...

Monday 24 October 2011

Homemade Ice-Cream


klingg....klingg...klinggg....eskremm...eskremmm...mari...mari....2 singget....hahaha...dulu teringat zaman kanak-kanak dulu...punyala payah nak beli eskrem....dok tercangok depan pintu tunggu 'bahiyya' juai ice-cream ni...jgn kata budak-budak jer yg suka....kadang tu mak budak yg berlebih-lebih...nak yg coklat ada topping 3....ihihiiih




haaaaa....sekarang mak budak dah tak perlu risau kalau dengar motor ice-cream lalu depan rumah...manakan tidak....handmade lebih terbaekkk dari yang jual atas motor tuu...sumer perisa kita boleh buat....nak lebih perisa pon kita boleh buat....

Terima kasih pada D'Dapur Suria kenalan di fb kerana sudi kongsi resepi ice-cream yg mudah ini...jom kite cubaaa....


1 biji putih telur
5 sudu besar gula
1 sudu besar ovalette
2 cawan susu cair (prefer IDEAL)
1 sudu kecil essen vanilla (wajib)
Perisa kesukaan


* untuk ice-cream coklat : 5 sudu besar milo + 1 sudu kecil coklat emulco



  • Putar putih telur dan gula dengan kelajuan tinggi hingga kembang (3 minit).
  • Masukkan essen vanilla dan ovalette dan pukul lagi hingga sekata.
  •  Masukkan susu cair dan putar lagi hingga rata.
  •  Dan Masukkan perisa kesukaan.
  •  Bekukan dalam 6 jam keatas.








Puding Roti Karamel

eheemm....ehemm... mood pagi-pagi ni mmg terasa malas yg amat...almaklum laa... still mood cuti skola.... jangan ingat budak sekolah jer yang cuti.... ade berkaitan juga dengan mak budak.... salah satunya, tak payah terkejar-kejar bangun awal nak sediakan sarapan mereka...dan lagi...dan lagi.... hanya mak budak saje yang mengertik.....hahahah



Oklah...atas permintaan sahabat lama ingin mencuba resepi Puding Roti Karamel ni..... just 'cnp' sajer resepi dari tuan empunya resepi ni...siapa lagi kalau bukan CMG.. takut dikatakan 'derhaka' resepi pula nti hihihih....


BAHAN-BAHANNYA :-)

3 camca besar gula pasir
1 camca besar air
3 biji telur gred A @ 4 biji telur gred B
4 keping roti 
1 cawan susu sejat "IDEAL"
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat manis
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam

Cara - caranya :-
  • Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih. Masak gula pasir tadi hingga menjadi karamel. Berhati2 tuang 1 camca besar air, kacau hingga larut bersama karamel tadi dan tuang dalam tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci. Ketepikan.

  • Roti dicarik2 kecil, kisar bersama susu pekat manis, susu sejat dan air suam hingga halus. Tuang dalam satu bekas. Telur dipecahkan dalam bekas lain, kacau perlahan dengan garfu, tapis telur tadi dan tuang dalam roti kisar bersama esen vanilla dan secubit garam, kacau perlahan dengan senduk hingga rata.

  • Tuang dalam tin tadi dan kukus dengan api sederhana selama 45 minit. Kemudian keluarkan dan biar sejuk sebelum diterbalikkan. 

  • Simpan dalam peti sejuk hingga dingin. Sedap dimakan sejuk...


Sunday 23 October 2011

Apam Salju @ Apam Tepung Beras

Wahhh!...sedapnyer apam hasil air tangan sendiri ni.... ecceece...puji nampakkk...masuk bakul naik liff... hahahaa... Sah. Memamg sedap apam ni dan cara membuatnye pon tak la susah apa yg dibayangkan. Lembut jer mase masuk dalam mulut apatah lagi pada saat perut yg berlemak ni dah berkeroncong......





Rase-rasenyer ramai yg dah mencuba resepi apam yg lembut dan enak ni...terima kasih pada Cha Myresepi atau Hanamemories yg sudi berkongsi resepi bersama mimie ni...







Jom kite semak resepi apam ni... dan bagi tak  mencacatkan resepi asal... mimie just 'cnp' ajer dari tuan empunya resepi...


Bahan - bahanyer...


2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar
3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam




Cara-cara
  • Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  • Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  • Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  • Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung dan kacau sehingga sebati. Perap selama 3 jam.
  • Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  • Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  • Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.


 Tips : Untuk kelapa tahan lama, kukus kelapa dengan garam selama lima minit untuk mengelakkan mudah basi/rosak.

Ikan Sumbat

Lama dah tak makan ikan sumbat nii....lagipon ikan sumbat ni memang senang nak di sediakan selain bahan-bahannyer memang sentiasa ada di dapur....





seingat-ingat mimie.....last sekali mimie buat ikan sumbat ni pon da beberapa taun yg lepas...that means mase tu...anak-anak dare mimie ni tak reti lagi makan ikan...selain ayam, yam, ayam...itu saje santapan harian mereka....

ok now....depa semua dah besar manjang n tekak mereka dah bole menerima ikan sebaiknya.....


bahan-bahannya :-

3 ekor ikan cencaru (di belah belakang buang isi perut dan bersihkan)
1 inci belacan bakar
1 ulas bawang besar
2 tangkai cili merah/besar
5 sudu besar kelapa parut
sedikit kunyit
sedikit garam
3 helai daun pandan



cara - caranya...

  • Tumbuk belacan bakar, bawang besar, cili merah, dan garam.
  • Masukkan kunyit dan kelapa dan tumbuk lagi. Gaul rata.
  • Dan masukkan bahan tumbuk tadi kedalam ikan hingga penuh atau rata. Dan ikat dengan daun pandan bagi mengelakkan isinya keluar ketika mengoreng.
  • Goreng pada api sederhana ketika menggoreng.
  • Hidang bersama air assam atau assam kicap.


Saturday 22 October 2011

Ikan Patin Masak Tempoyak

Salam semua....di kala musim cuti sekola (deepavali) bermula....berkira-kira menu apa yg ingin dihidangkn untuk keluarga.....almaklum laaa....kalo cuti sekolah semua berkumpul di rumah....anak-anak dare saya tuu...mesti fikirkan menu istimewa di kala mereka bertapa di rumah seharian.

Haiii...punya laa lama saya termenung di pasar....menu apakah yg ingin di saji pada mereka....ingin hidangkn yg lain pulaaa...yeeeee....iakn patin menjadi pilihan saya....sementalah stok tempoyak durian pada musim lepas terperuk saje di dalam peti ais tuuu....




1 ekor ikan patin (saiz sederhana)
2 batang serai  -  dititik
15 batang cili padi - ditumbuk lumat (ikut selera sendiri yer kalo nk kurangkn..)
4 tangkai daun kesum
1 tangkai bunga kantan (belah dua)
5 sudu besar tompayak 
2 keping asam gelugor/keping
sedikit kunyit
garam secukup rasa
air


  • Ikan di potong 4 bahagian dan dicuci dengan air limau kasturi bagi mengelakkn bau hanyir ikan patin.
  • Di dalam periuk, masukkan ikan patin, cili padi, serai, kunyit, asam gelugor/keping dan air atas paras ikan. Didihkan.
  • Apabila kuah menggelegak, masukan tempoyak, daun kesum dan bunga kantan. Kacau perlahan bagi mengelakkan isi ikan hancur.
  • Masukkan garam dan sedia di hidangkan.


Friday 21 October 2011

Muffin Pisang

Haaaa.... baru sajer smalam balik kampung MIL di Sekinchan, Tanjung Karang Selangor. TIdak sah kalau tak bawak buah tangan dari sana....ape lagi selain tapai ubi, ulaman kampung, ikan-ikan segar dan pisang....

Kalau da banyak stok pisang kt umah ni...selain dari kita buat cekodok, lepat, kek...dan kali ini saya nk try buat muffin plak...ye laaa....muffin kn senang nk dimakan...x payah potong-potong macam kek kalau nk disediakn....
ermmm....rase muffin ni mmg enak dan gebu...mcm tuan yg membuatnya....hahaa...tidak terlalu manis dan amat sesuai pada ytekak kami sekeluarga.... Jom semak penyediaan muffin ni...




1 1/2 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
1/2 cawan gula castor
1/3 cawan minyak jagung
1/2 cawan susu segar
1 biji telur
3 biji pisang (di lenyek)
1/2 sudu teh essen vanilla




  • Didalam satu bekas gula dan susu di kacau hingga gula larut.

  • di dalam bekas lain pula pukul telur dan masukkn kedalam gula dan susu tadi.

  • Dan masukkan pisang yg telah di lenyek dengan menggunakna whisker kacau hingga sebati.

  • Masukkan tepung pula sedikit demi sedikit hinggat rata dan akhir sekali masukkan minyak dan gaul serata.

  • Bakar pada suhu 170 selama 30minit.

Wednesday 19 October 2011

Puding Jagung



Puding Jagung ni makan masa cuaca panas2 mmg ade ummph...teringat zaman kecik2 dulu mmg suke makan puding jagung ni...... ye laaa...mase tu mana tau makan kueh2 yg sedia ada sekarang.... Jom semak resepi...

Bahan-bahanyer (senang ajerr.....)

1 cawan tepung kastard
4 cawan santan
3/4 cawan gulapasir
1 cawan jagung kernel (lebih pon x pe lg byk jagung lg sedap)
1 sudu kecil garam


cara2nya :-


  • Masak ke semua bahan dia tas api sederhana dan senantiasa di acau bagi mengelak adunan berketul-ketul.
  • Kacau sehingga pekat dan likat 
  • Sejukkan di dalam loyang atau acuan kesukaan. Sejukkan.



    Puding Koktel




    mase cuaca panas2 ni...tekak ni rase nk mkn benda2 yg sejuk-sejuk....iskkk...asyik fikir pasal mkn jerr....patut laaa badan ni bagai di pam2...hihiihihi...ntah bile ler nk rase balik badan ringan n selim melim...bole gak merasa pakai kebaya nyonya.....mimpi ajer laaa mimie....


    Jom wat Puding Koktel ni....thx pada Kak Zaharah abu Bakar rakan fb yg sudi kongsi resepi dgn mimie ni.....

    Bahan2 :-

    1 packet agar2 (20 gram)  - agar2 tali
    6 cawan air
    200g gula pasir
    1 tin susu cair
    1 biji telur
    1 sk essen vanilla
    1 tin buah-buah koktel (di tapis airnya)


    Cara-caranya :-

    • Rendam agar-agar selama 5 minit dan toskan.
    •  Didihkan agar-agar bersama air dan gula hingga larut.
      • Blend susu cair bersama telur dan essen vanilla. 
      • Masukkan bahan blend kedalam agar-agar hingga mendidih sedikit shaja dan tutup api. 
      • Masukkan buah-buahn koktel ketika suam dan masukkan ke dalam loyang atau acuan kesukaan. Sejukkan.

      Seri Muka


      dok belek-belek resepi2 n intai2 kat blog sifu2 ni....ternampak plak kueh Seri Muka di CMG. terliur tgk kueh ni....dan cuba memberanikn diri utk membuatnya. alahaiii...kalo makan kueh ni, mesti muka yg dah bak bulan yg segan silu nk tunjukkn diri akan berseri-seri bak bulan purnama nanti....hahahah...

      Seri Muka ni, memang peberet mimie dari dulu yakni since dari budak kecik yg baru tau makan kueh.....hihihiih..Mmg serasi la gabungan pulut, santan, tepung....kire bole ler mkn separuh loyang...gumuk lagi laaa....


      Lapisan Bawah (pulut)

      3 cawan beras pulut (di rendam semalaman)
      3 cawan santan cair
      1/2 sudu kecil garam

      Gaul semua bahan dan kukus sehingga masak kira-kira 10-15 minit.
      Setelah masak tekan-tekan pulut ke dalam loyang. Ketepikan.

      Lapisan Atas (tepung hijau)

      1/2 cawan tepung gandum
      1/2 cawan tepung jagung
      1/2 cawan gula
      3 cawan santan pekat
      4 helai daun pandan - utk mendapatkn jus pandan (di blend dengan sedikit santan pekat dan tapis)
      1 biji telur
      1 sudu kecil garam
      beberapa titik pewarna hijau

      • Kisar tepung gandum, tepung kastard gula bersama santan pekat.
      • Masukkan telur, garam, dan jus pandan. 
      • Tuang bahan blend tadi kedalam loyang yg berisi pulut tadi. dan kukus selama 1/2 jam.
      • Sejukkan sebelum dipotong untuk mendapat tekstur yg cantek.