Followers

Tuesday 18 June 2013

Biskut Dahlia



Assalammualaikum....

Dah nak raya ker niiiiii...??? Ramadhan pon belum tiba lagiiii..... Haishhh....makan biskut nostalgia ni, tak perlu la nak tunggu hari raya kan.... bila-bila ada kelapangan dan nak merasa biskut ni, terus jer mengadun. Lagipun buat kuih ni tak ler susah sangat. Bahan nyer mudahh...dah sedia ada didapur kecik molek ni haaa... apalagii...projek ngan anak dara ler petang semalam...Harini......da licin.... 
Ala-ala nak praktiskan tangan ni nak buat kukis raya nanti. Biskut ni juga antara peberet anak-anak mimie dan setiap tahun mesti ade biskut dahlia zaman berzaman ni.....cuma ditengah-tengah biskut ni selalu letak hirisan cherry kali ni mimie tukarkan pada chocolate chips. Bebudak ni tidak pula menggemari cherri tapi kalau chocolate chips ni habis sekali ngapp ajerrr....hihiih


BISKUT DAHLIA
Sumber : Mat Gebu

300 g mentega (SCS atau Anchor atau mentega pilihan)
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose)
240 g tepung gandum*

100 g tepung jagung*

160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan - mimie tukar pd chocolate chips

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...


Monday 17 June 2013

APPLE PIE



Assalammualaikum....

Hmmmm...serang ni cuaca dah tak menentu. Setelah seminggu dibumi Cheras ni tak dilimpahi hujan timbul pula keadaan yang agak berjerebu. Mendung yang tak beerti nak hujan. Amatlah tidak sesuai untuk membuat aktiviti bersama keluarga diluar. Jalan yang terbaik adalah berkumpul bersama keluarga dirumah saje lah kan....

Bercerita mengenai Pie Apple ni, memang dah lama mimie idamkan dan petang semalam baru tertunai hajat mimie ni. (bahan baru cukup..hihihi). Sedap dimakan waktu senggang. Cuma inti pie tu, rasa mimie tak perlulah diletak gula berlebihan (manis sangat bebb..) memadailah hanya di karemelkan saja apple tu. Tak perlu manis-manis sangat nanti hilang pula rasa masam-masam apple original tu nanti. Biarlah senyuman tu yang terlebih manis kannn.... ;)



APPLE PIE
Sumber : Lyana

Inti

6 biji epal ( 4 biji epal merah + 2 biji epal hijau ) - dibuang kulit dan dipotong dadu
200g gula/gula perang - mimie letak 130g next time nk ltk sedikit saje
20g tepung jagung (mimie letak 1sb jer)
  • Gula dimasak dengan 2 sudu besar air hingga keperangan (caramel). Masukkan buah epal yang telah dipotong dadu tadi dan dikacau rata.
  • Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga menjadi pekat. Tutup api. Ketepikan.

Inti pie yang telah siap.

Dough

500g tepung gandum
200g mentega
2 biji telur
250g gula halus (icing) 
  • Gaul tepung dan gula. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seperti serbuk roti.
  • Masukkan telur (tinggalkan sedikit telur untuk sapuan dough nanti) dan gaul/uli hingga adunan tidak melekat pada tangan.
  • Wrap dough dengan plastik dan sejukkan dlam peti sejuk selama 30 minit.
  • Keluarkan dough dan canaikan dough setebal 1/2cm dan ditampal pada loyang pie. Masukkan inti dan tutup pie dengan baki adunan dough tadi. (boleh ditutup mengikut kretiviti masing-masing).
  • Sapukan dough dengan baki telur hingga rata dan bakar pada suhu 175 selama 30minit.






Thursday 13 June 2013

MUFFIN CHOCOLATE CHIPS



Assalammualaikum....

Hari ini hanya nak share resepi yang sangat-sangat mudah ni....Resepi Muffin Chocolate Chips ni...Kalau di google ade pelbagai jenis dan cara Muffin Chocolate Chips ni. Tapi yang ni mudah bagi mimie dan sedap dimakan. moist jerrrrr.... nak lagi sedap letak ler chocolate chips tu banyak-banyak bagi mewah sikit.



MUFFIN CHOCOLATE CHIPS 
Sumber : Syamammokhni

250g tepung gandum
2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sk serbuk soda bikarbonat
2 sb serbuk koko 
170g gula caster  (bleh kurangkan sikit...)
150g coklat chips ( tinggalkan suku bahagian untk ditaburkan sbg hiasan...)
200ml susu segar - mimie ltk 250ml
80ml minyak sayuran (guna minyak jagung....) - mimie ltk90ml
1 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
 
Cara-caranya:
  • Panaskan oven pada suhu 180-190 darjah Celcius.
  • Campurkan tepung + serbuk penaik + serbuk soda bikarbonat (ayak sikit supaya tiada ketul2 yg bleh mnyebabkan rasa pahit jika tak rata) + serbuk koko + gula dan tiga perempat coklat chips ke dlm mangkuk besar dan digaul rata. 
  • Campurkan semua bahan2 cecair ke dalam jug dan kacau sebati.
  • Gaul bahan2 kering bersama bahan2 basah dengan perlahan. Kacau / kaupbalik aje cukup sekadar adunan sebati. JANGAN TERLEBIH KACAU !! Adunan akan nampak cam berketul2 untuk pastikan muffin akan kekal lembap dan fluffy.... 
  • Sudukan adunan ke dalam kertas muffin.
  • Taburkan baki coklat chips ke atas muffin dan bakarnya selama 20 minit atau sampai muffin masak...(dark, risen n springy....)

Monday 10 June 2013

Donut Labu



Assalammualaikum......

Wahhh! Bermula rutin harian seawal pagi lagi setelah 2 minggu cuti sekolah berlalu. Dah tak dapat bangun lewat. Cuti bermalas-malasan dah habesss...

Hmmm...mengenai donut labu kali ini, setelah mimie merasa donut kentang, donut tauhu, donut keledek dan ini antara donut-donut yang paling sedap mimie makan.
Tergoda pula melihat hasil dari dapur Tun Telani, dan keesokannya terus mencari sayur labu. Lagipun amat mudah cara penyediaanya. Semestinya kalau donut olahan ni sedap dan lembut dari donut yang biasa-biasa kita makan tuu... Memang sedap dan lembut sesangat donut ni. Si anak bujang yg sulung tu pun makan macam tak hengat...takut kehabisan. Sedap sangat ler tuuu.....hihihihi



DONUT LABU
Sumber : Tun Telani

Bahan-bahan
  • 500 g tepung gandum
  • 50 ml susu sejat
  • 11 g yis (mimie ltk 3sk saje)
  • 200 g puri labu
  • 100 g gula
  • 75 g marjerin (mimie ltk 60g jer)
  • ½ sk garam
  • 2 bj telur
Cara-cara

  • Campurkan semua bahan kecuali marjerin dan garam dan uli sebentar.
  • Campurkan marjerin dan garam dan uli lagi hingga tdk melekat ditangan. Rehatkan doh selama 15 minit. Campurkan sedikit air jika perlu.
  • Bentukkan menjadi donat dan biarkan 20 minit atau hingga kembang.
    Goreng dan tabur dgn gula.
 ps: dlm resepi ni tun x guna air sbb puri labu dh berair.


Thursday 6 June 2013

Oreo Balls



Assalammualaikum....

Jumpa lagi nooo....

Bercerita mengenai Oreo Balls ni... pada mulanya Angah si anak dara mimie beria-ia sungguh ingin menyuruh mimie mencuba resepi kudapan simple dan sedap ni hasil daripada kelas ala-ala chef dari rumah rakannya. Balik saja dari rumah rakannya terus beria-ia mengajak mimie membeli bahan-bahan oreo balls ni. Senang sangat. Kanak-kanak boleh ler mencuba resepi ni sebab tidak melibatkan api dapur atau pon api elektrik. Bahaya kan...

Resepi senang sangat....sedap dimakan sewaktu menonton tv bersama keluarga. Rasa lemak-lemak cheese bersama manis coklat dan oreo...Fuyyyoooooo....


OREO BALLS
Sumber : Amy
Olahan : Mimie Sugar n Spice

* 1 peket oreo (137g)
* 100 g cream cheese
* 200g dark@milk chocolate compound (pilih 1 ikut citarasa masing2)
* Badam nibs - optional disangai tanpa minyak
* Chocolate Rice untuk hiasan

CARA2NYA:

Masukkan oreo didalam plastik dan tumbuk-tumbukkan hingga hancur. (mimie guna anak lesung). 
Masukkan cream cheese dan gaul dengan tangan yang telah dicuci yerr hingga sebati. Masukkan badam dan gaul rata lagi.
Bulat-bulatkan kecil adunan tadi hingga habis dan sejukkan didalam freeze dalam 1/2 - 1 jam.
Cairkan dark chocolate dan masukkan bola-bola oreo tadi satu demi satu dan susun dia atas loyang. Hias mengikut kretiviti masing-masing.
NOTE : Kuantiti oreo dan cream cheese bergantung pada selera masing-masing hingga boleh dibulat-bulatkan kecil.


Tuesday 4 June 2013

Blackpepper Beef Roll



Assalammualaikum....

Nak bercerita tentang keadaan cuaca dibumi Cheras ni sekejap. Fuhhh! Panas. Panas terik hampir 5 hari tidak simbahi hujan di Cheras ni. Tidur malam tidak selene tika hujan lebat. Rindunya pada bunyi sang hujan...apa-apa pun Alhamdulillah. Syukur hendakNya.....

Haaaa.... bercerita mengenai Blackpepper Beef Roll ni, sudah lama Along merengek meminta mimie 'bikin' untuknya. Cuma baru minggu lepas dapat merealisasikan idamannya. Chewwahh..
Mengenai Blakpepper Beef Roll ni memang sedap la pada tekak mimie ni...dengan penggunaan kulit pastry yang rangup dan makan bersama sos blackpeppernya....huhhhhhh.....kene cubalahhhhh....


BLACKPEPPER BEEF ROLL
Sumber : Majalah ASUH Sept '08

Bahan-bahan :-

Kulit Pastry - mimie guna jenama 'KAWAN'
Keju Permesan

Bahan Inti

250g daging kisar - mimie guna 1 kpg daging RAMLY
3 ulas bawang putih
Sedikit garam
Sedikit Oregano
5 sb sos lada hitam
Minyak untuk menumis - mimie guna sedikit butter

  1. Tumis bawang dan masukkan daging. Kacau hingga daging masak. Masukkan garam dan blackpepper sos. Kacau sebati. Masukkan pula oregano.
  2. Gelekkan kulit pastry, masukkan inti dan taburkan parmesan. Gulung dengan kemas. Boleh juga dilipat menjadi segitiga. Bakar pada suhu 180 selama 25-30 minit.

Bahan Sos

1/2 labu bawang besar - dipotong dadu
4 sb sos lada hitam
4 sb sos tomato - mimie guna sos cili
secubit garam
sedikit Oregano
Minyak untuk menumis - mimie guna butter
  • Tumis bawang hingga naik bau dan masukkan sos lada hitam dan sos cili. Taburkan oregano. Perasakan dengan garam dan masak hingga sedikit pekat.


Monday 3 June 2013

Homemade Twisties



Assalammualaikum....

Takmo citer panjang-panjang, projek bersama anak-anak petang semalam. Excited sungguh anak dara mimie nak membantu, sebab nak tau rasa homemade twisties ni. Sedap laaa...leh ler wat banyak kaliii....

Resepi ni mimie ambil dari May. Thanks May sudi share resepi kudapan yang best ni.Dan tak perlu lah anak-anak dare mimie ni nak kenen-kenen jajan kat luar.....twities jer...hihiihi


PRINGGGG.....(ala-ala nenenk korean dlm iklan twities..)


HOMEMADE TWISTIES
Sumber : May Agumo

  •  1/2 keping laksa kering eka
  • 1 sudu makan serbuk kari daging babas
  •  1 1/2 sudu makan serbuk pati ayam tumix
  • 8 sudu makan nestum
  • 3 sudu makan serbuk cheese
Note : Sukatan bergantung pada selera masing², kalau nak pedas letak serbuk kari lebih yerr
  1. Patah-patahkan laksa kering anggaran 4cm (lebih kurang panjang twisties) dan goreng laksa kering dengan minyak yang panas. Tos dan ketepikan.
  2. Satukan kesemua bahan kecuali laksa kering tadi dan blend hingga halus.
  3. Masukkan bahan blend tadi de dalam plastik ziplog (mimie masuk dalam tupperware yg bertutup jer) dan masukkan laksa yang telah digoreng tadi dan digoncang hingga rata. Letak banyak-banyak serbuk yang telah diblend tadi lagi sedap.
  4. Keluarkan dan sedia untuk dimakan.