Followers

Thursday, 10 November 2011

Udang Kertas Tumis.



Fuhhhh....berpeluh-peluh makan tumisan udang ni....yee laaa....sudah beberapa hari sejak kebelakangan ini asyik sangat makan masakan daripada daging korban, Masak lemak, sup, masak kicap...dan pada hari ini ingin pula tukar pada menu yang lain.

Apalagi, kalo dah tak tahu nak masak ape...tuuu diaaa....yang murah (sebab udang ni memang murah pun), sedap, pedas dan terangkat dek kepedasannya. Sebenarnya udang tumis ni, makanan simple kami sekeluarga umpama pengubat selera. Haaa....amat seswai menu ni kala di hujung-hujung bulan....hihhiihi


UDANG KERTAS TUMIS

Bahan-bahan :-

200g udang kertas - dibersih dan toskan
1 labu bawang besar - dimayang
5 ulas bawang putih - dimayang
10 tangkai cili padi - hiris halus
1 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
Minyak

Cara-caranya :-
  • Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga naik bau. 
  • Masukkan sos tiram dan garam.
  • Masukkan udang kertas dan masak hingga air udang kering. Sedia dihidangkan.



2 comments:

ummiarissa said...

udang kertas ni memang berguna pada semua masakan...buh dalam cekodok bawang pun sedap..sebagai bahan tumis dalam sayur pun sedap...wah goreng macam tu pun sedap jugak kan...

Sugar 'n' Spice said...

sedappp ummi....udang ni kalo pedas2 mmg sedapp.... kalo cekodok boh udang ni sy x bkenan plakk...lain tekak kott...hihihi