Misi.....misi ingin perabeskan stok daging korban di dalam 'esbok'. Daging korban ni mimie sayang kalau simpan lama-lama, takut 'manis' daging baru tu nanti dah jadi 'manis' dia macam daging biasa a.k.a daging kotak/ daging import. Mimie nak rasa manis daging baru tu masih kekal di dalam masakan harian.
....dan jalan-jalan teringin nak merasa masakan ala-ala chinese sejenis stew. Apalagi stok daging masih berbaki.... dan mahu mencuba resepi stew daging ini... Resepi ini mimie ambil dari kak Hana klik sini. sedapp.... manis-manis daging di campur dengan lada hitam...memang sedapp.... kene dengan tekak mimie ni... kalau yang ingin mencuba...jom tengok resepi...saya 'cnp' dari sana....
STEW DAGING
Resepi Asal : resepiraidah
Sumber : Kak Hana memories
Bahan-bahan :-
500gm daging lembu/kambing ~ bersihkan dan potong kiub
2 biji bawang besar ~ potong dadu
5 ulas bawang putih (jgn hiris/potong, sebiji2)
1 batang lobak merah ~ potong dlm 1 inci
2 biji kentang ~ belah 4
2 helai daun bay - mimie x letak
2 sudu tepung gandum - mimie letak 1 sudu makan je
1 sudu kecil serbuk lada hitam - mimie letak 1 sudu besar
Garam dan gula
Sedikit daun bawang, sup dan bawang goreng ~ utk hiasan
Minyak untuk menumis
Air secukupnya. - mimie guna air rebusan daging
1 batang seleri dihiris - mimie tambah
Cara-caranya :-
- Panaskan minyak didalam periuk tekanan(pressure cooker) atau periuk yg sesuai. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging. (mimie x goreng, just rebus n then baru goreng bersama lada hitam n garam).
- Tumiskan bawang putih, merah dan daun bay. Kemudian masukkan pes bawang dan tepung gandum, kacau rata.
- Masukkan semula daging dan air secukupnya, kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1 1/2 hingga 2 jam(kalau menggunakan periuk tekanan, masak selama 20 minit). - daging da separa empuk dan tidak mengambil masa yg lama untuk masak hanya tunggu kuah menjadi pekat.
- Kemudian tambahkan kentang dan lobak. Tutup dan masak lagi selama 20minit atau sehingga sayuran empuk/lembut.
- Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Hidangkan dengan ditaburkan dgn bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
RESEPI PES BAWANG
Source : Kak.Raidah
Bahan-bahan
300 gm bawang putih ~ belah dua
1/2 liter minyak atau secukupnya
Cara-cara
- Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
- Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
- Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
- Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.
- Pes bawang ini boleh disimpan....taruh dalam botol dan simpan dalam peti ais.
No comments:
Post a Comment