Followers

Sunday 27 November 2011

Kerang Tumis Berapi



wahhh...kerang gorengggg.... bak kata sue  tuan  yg memperkenalkan resepi  ni pada  mimie di blognya, katanya biasa kita makan kerang di kopek kulinya dan baru kita masak or tumis kan selain kita rebus bersama kerangnya....biasanya kalau melibatkan tumisan kerang, kita akan kopek kulit dan ambil isinya untuk ditumis, rendang, sambal.... yang ini kite tumis dengan kulit-kulitnya sekali.

Pertama kali makan, reaksi dari suami dan anak-anak...memang mereka menggemarinya...yelah...biasa mimie hanya buat rebus dicicah dengan sambal belacan atau dibuat sambal, kali ni mempersembahkan pada mereka lain laa sikit kan....kita tukar selera....hhahah...next time mimie kene tambahkan cili kerana kami ni 'hantu pedas" kalo tak pedas kurang kick.....


KERANG TUMIS BERAPI
Sumber : sue


Bahan-bahan :-
  • 1kg kerang
  • 1cm Halia
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah kecil
  • 5 sudu makan sos tiram
  • 10 tangkai cili api
  • 3 helai daun sadri & daun sup.
  • sesudu minyak makan
Cara-cara :-
  1. kerang direndam dengan asam keping selama 2 jam untuk memudahkan segala kotoran tanggal.toskan dan cuci sampai besih.Rebus skit kerang.
  2. tumbuk lumat bawang putih, merah dan lada cili.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing.Masukkan sos tiram dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan kerang, biar rempah melekat dan sebati.tiutup api dan taburkan daun bawang dan sadri.




2 comments:

Sue @ Nenie said...

Salam S&P..Wahhhhh kat sini pun dah start berapi2 kerangnya..Betul tu, sebelum ni Sue pun biasa rebus jeee, tapi cara ni pun best juga pasal kita boleh wat pedas-pedas kan.....

Unknown said...

Sue....mmg sedappp....leh ler wt selalu kn....hiihihih