Followers

Friday 15 March 2013

Aiskrim Jagung 1Malaysia



Huhhh....minggu yang mendugatahap keperitan  menahan minuman yang jenis berais ni. Mana taknya, tahap kepanasan yang memaksa mimie meneguk segelas minuman yang berais. Fuhhh! Sedapnya dapat membasahi tekak ni dengan air sirap berais. Alaaaa...sirap jer pon kann....tu pun bagi mimie dapat melebarkan senyuman ini....hihhi

Tapi....padahnya, mimie kene berjaga semalaman dek penagan air disiang hari itu. Baby Ameer memang sensitp. Ntah kenapa, baby Ameer ni memang banyak pantang larangnya... Kesian Baby Ameer, melihat tangisannya yang berlarutan baru terasa menyesal dek kerana salah diri ibunya sendiri....


haaa...tak mengapa..tahan saja air liur ni...biar meleleh-leleh sampai ke dagu....hahahhaha
Meh layan permintaan anak-anak mimie semasa cuaca panas terik ni...bukan modal tinggi pon...
Aiskrim Mallaysia. Ehhh...Aiskrim 1Malaysia....Ingat lagi zaman comel-comel dulu, suka makan aiskrim ni... tapi mimie lebih kepada aiskrim kacang hijau. Sedapnyaaaa....

Aiskrim Malaysia ni memang tidak memerlukan modal yang tinggi cuma kena rajin jer laa...masa proses pembungkusan tuu....kene tuang cermat-cermat dan sabar menunggu proses pembekuan. Proses pembekuan bagi mimie, mengambil masa seharian. Lama juga yerrr....

Memang sedap la aiskrim jagung ni dek campuram creamer jagung dan susu cair. memang terasa lemak-lemak manis jagung. Terima kasih kak Ita sudi kongsi resepi aiskrim sedap ni...


AIS KRIM JAGUNG
Rujukan : Azlita Aziz

Air secukupnya
Gula pasir
Kordial Jagung
Jagung dalam tin (creamer)
Susu cair
sedikit garam (utk rasa lebih lemak)

Didihkan air dan masukkan gula. Kacau hingga gula larut
Masukkan kordial Jagung, garam dan jagung dalam tin kacau lagi biar hingga didih.
Bila dah masak, tutup api dan masukkan susu cair dan kacau.
Masukkan dalam plastik aiskrim dan ikat. Biar ia semalaman.