Followers

Wednesday 27 February 2013

Kek Coklat Moist (Kukus) & Hepi Besdey Ateh



Assalammualaikum...

Haaa...arini dok lagi entry yang tertangguh dalam folder.... bukannya apa, sibuk dok belek-belek baby Ameer. So.... blog ni pon dah banyak hari ler tak di 'hapdet2'....hihihiih

Bercerita pasal kek ni, mimie amek resepi dari KEK KUKUS LEMBAB MUNIRA. Kire lebih kurang gitu ler namaya. Mimie dah tak ingat resepi ni amek dari blog/forum mana, sebab asyik dok ulang kali buat kek cekelat yang simple dimple ni dan memang teramat ler sedapnya...

Baru nak tayang kek ni, sebab selalu buat tak sempat nak 'snap' dah abes dingappp. Ini oleh kerana tunggu besdey gegurl ni balik dari sekolah, sempat ler juga mimie interpremkan kat sini. Actually, besdey gegurl ni 06/02/2013 aritu....hihiihi Sori Ateh....Hepi Belated Besdey....Muuaahhh....


KEK COKLAT MOIST (KUKUS)
Resepi Asal : Munira Baharum

A
1 cawan gula pasir (mimie letak 3/4 cwn jer)
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis (mimie letak 1/2 cwn)
1 cawan minyak (mimie guna minyak jagung)
1 sk nescafe (mimie tak letak sbb x de stok hhiih)

(Semua bahan diatas dimasak dengan api perlahan. Rehatkan)

B
3/4 cawan tepung gandum
1 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder

(Satukan dan diayak)

C
4 biji telur (pukul hingga kembang)

  • Masukkan bahan B dan C secara berselang seli dan gaul dengan senduk atau spatula.
  • Masukkan adunan kedalam loyang yang telah dilapik kertas kalis minyak. (mimie hanya letak butter dan ditabur dengan sedikit tepung)
  • Kukus selama 1 jam 

NOTA : Jangan buka pengukus semasa proses pengukusan 45 minit pertama, dikhuatiri kek akan menjadi mendap.

Abg Amman sibuk jugak nak interprem

Friday 22 February 2013

My Little Khalifah - 22/1/2013

 MUHAMMAD AMEER ZAQUAN

Assalammualaikum.....

Terasa lama dah bercuti dalam menulis dalam blog mimie ni...ape tidaknya...bercuti dapat baby laaa....  so...dapur mimie ni pun on and off jerr...masak yang simple2 untuk org yang berpantang, kire dalam umah ni pon makan juga ler makanan orang yang berpantang....hihiihih


Pada 22/1/2013 tepat jam 6.49ptg, maka lahirlah anak mimie yang ke-5 ni. 3.3kg. Alhamdulillah. selamat dah. Buat masa ni pon Ameer dah genap 1 bulan baru nak 'publish' kat sini.


Sayu hati ini bile terkenangkan Ameer ditahan di wad NICU Hospital Serdang tatkala diserang demam. Meraung Ameer apabila badan si kecil ini dicucuk sana sini untuk merawat demamnya. Meraung si Ameer dan meraung juga la diri ini....huhuuhu sedeyyyy sesangat.

Now, Alhamdulillah Ameer dah sehat hendakNya. Mimie pula meraung setiap malam pabila perut meragam....pantang, jangan tak berpantang yerr....