semenjak 2 menjak ni...tekak ,imie asyek jer nak makan kek....ehhh....mengidahkah aku..??? Ohh tidakkk...perut ini mahu dilayan dengan kasih sayang....hihihiihi
Memang...tekak ni rasa macam nak makan kek-kek yang simple (mimie bukanlah amatur pon dalam bidang kek ni) dan tak berat. Dan kek ini memang menepati citarasa kami sekeluarga dengan rasa lemak-lemak oren. Kira adek beradik ler ni dengan kek oren tempohari, tapi yang satu ini ada kelainan dan kehebatanya tersendiri. Tak jemu makan...amat sesuai buat sajian di waktu petang.
ORANGE MARMALADE CAKE
Sumber : kak sarimah
4 cawan tepung
1 tsp baking powder
2 cawan gula
2 cawan butter
6 biji telur gred A
2 biji oren yang dibuang kulit
Cara-caranya :-
- Pukul gula dengan butter hingga gebu.
- Telur dan orange dikisar (blend) hingga sebati. Kemudian masukkan bahan blend kedalam butter dan pukul rata.
- Masukkan tepung gandum sedikit-sedikit hingga habis dengan kaedah kaup balik. Akhir sekali masukkan kulit orange(1 biji kulit orange) yang dihiris nipis-nipis kedalam adunan.
- Bakar pada suhu 160. (mimie bakar selama 45 minit dan bergantung pada kecanggihan oven masing-masing.
Sapukan marmalade ketika kek sudah sejuk. Resepi Marmalade klik sini.
Nota : Marmalade sejenis jem boleh didapati di semua gedung pasaraya.
Mimie hanya buat 1/2 adunan jer dari adunan (guna 2 biji oren)diatas pon dah mencukupi untuk kami sekeluarga.
No comments:
Post a Comment