Followers

Saturday 31 March 2012

KEK KAREMEL LAGI...dan lagi....


Salam ceria..... jumpa lagi dihujung minggu ini. Kali ni mimie nak share kek yang menjadi idaman anak-anak mimie ni... depa ni tak jemu-jemu makan kek ni...(mimie hanya tumpang bukak mulut jerr..) kire kali ni nampak ler sikit molenyerr...hihihiih

Haiiii...rasenyer kek yang satu ini, dah banyak kali dok godek-godek di dapor....dah jd peberet depa...layan kan ajer laa kannn.... resepi boleh tengok kat SINI  yer.... layan.....

Thursday 29 March 2012

Hokkaido Chiffon Cup Cake


Psstt...psttt...meh nak share kapkek yang marbeles nehh....gebus wehhhh....ala-ala kek chiffon gituuu..(nama pon dah chiffon kan...) tergerak plak nak bikin kapkek yang simple ni....ala2 kek krim karemel pon adoo...tapi ada tambahan tepung jagung disitu....sedap laaaa...memang sedapppp...rugi yang tak penah merasa..... khabarnya, HCCC ni di luar pasaran, mahal gilerrrr...... kalahkan RVC....

Yang bestnyer, HCCC ni sekali hadap jer da licinn..... Boss pon bagi thumbs-up....apa lagiiii....



HOKKAIDO CHIFFON CUP CAKE
Resepi Asal : cornercafe

4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder

4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar
Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras
Atau boleh juga gunakan cawan muffin

Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata

Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks)

Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama

Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh
Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek

Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
Keluarkan dari oven bila kek masak
Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.

CREAM CUSTARD
by :   rosrikitchen

-*3/4 cawan susu segar

-*2 sdb tepung kastard

-*2 sdb gula (boleh tambah kalau nak manis lagi)

-*1/4 cawan air




Cara-cara:-

-Satukan semua dan kacau sebati...masak atas api sederhana...pastikan sentiasa kacau untuk elakkan krim berketul...bila krim mula memekat kecilkan api dan kacau sekejap...kemudian tutup api dan alihkan periuk...kacau lagi hingga krim nampak licin...biarkan sekejap dan masukkan dalam piping bag dan pipe kan pada kek tadi.



Wednesday 28 March 2012

POPCORN


Salam pagi Rabu semua.....N3 kali ni, buat POPCORN homemade...minggu lepas punya projek....dan dah beberapa kali dah membikin popcorn nih.....  saje jer buat popcorn ni dok makan sambil layan ulang tayang Tranformers Prime cartoon, yang tak muak-muak bebudak lam umah ni dok layan....makan dok dalam gelap-gelap.... cepat jer abesss ala² cam dalam wayang.....hehehehe


POPCORN
Resepi : Aludra@MyR

  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak masak
  • jagung kering secukupnya
  • garam secukup rasa 
  • Tambah Karamel [Optional]
  • 1 sudu mentega/margerin
  • 3 -5 sudu besar gula pasir (ikut suka/byk mana pop corn yg ada)
  • Tambah Coklat [Optional]
  • 60 - 80 gram coklat bar (ikut suka/byk mana pop corn yang ada)

Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panas kan minyak& butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit. 

Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi. 

Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk.. 

Taburkan garam secukupnye..(kalau nak buat karamel tak payah tabur garam) 
Untuk Karamel [Optional]
Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat2. Hati2 sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan yea.

Untuk Coklat [Optional]
Cairkan coklat guna double boiler. Tutup api dan gaulkan dgn pop corn yg dah disalut karamel. So ni jadi caramel popcorn bersalut coklat.

ni ler rupa jagung kering


Popcorn on the making

Monday 26 March 2012

Kueh Keria


Assalammmualaikum...jumpa lagi di hari Isnin, cuaca yang agak tidak menentu.... pagi panas dan petang hujan hampir membasahi bumi bertuah ini..

Yupp... keria...kueh keria... kueh tradisi salah satunya darinya dah berumur ni baru ler "terpandai" membikin hasil tangan sendiri dan makan sendiri. Biasanya mimie buat kueh keria ni menggunakan keledek putih, memandangkan keledek merah terdampar kat dapur nun tak berusik2 dari dok membusuk, maka jadilah keria yer dakkk...??? Keria dalam umah ni, si angah ajer yang pandai masuk mulut, yang lain....huhhh..memilih....makan jer lah apo yang adooo.....
 

KUEH KERIA
Resepi : Mimie@Sugar n Spice

1 cawan keledek - mimie guna keledek merah direbus dan dilecek halus
sedikit garam
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula - untuk disalut dgn keria
1 1/2 sudu besar air

Keledek direbus bersama sedikit garam hingga lembut. Lecek hingga halus
Didialam satu mangkuk, satukan kledek dan tepung gandum. Gaul rata dan bulatkan seperti bentuk donat.
Goreng hingga kekuningan. Toskan.
Untk sira keria :-
Didalam kuali, panaskan gula dan air dengan api besar (kuat) selama1-2 minit sehingga disekeliling air gula berbuih. Apabila buih dikeliling kuali hampir menutupi air gula, masukkan kreia yang telah digoreng tadi. Kacau rata, tutup api dan sambil kacau hingga gula kering.


Friday 23 March 2012

Kueh Cucur / Penyaram / Mexican Hat


Assalammualaikum semua....bagi pada hari Jumaat ini kite semua akan mendapat barakah dan melipatgandakan amalan kite sehariam. Ameen

Yeehhhaaaa..... dapat juga rasa hasil kueh warisan zaman dulukala nih....yer laaa...kueh ni laaa mendapat takhta dihati mimie semasa zaman kanak-kanak dulu....apanyer tidak... kueh ni ler selalu dibeli oleh arwah Abah mimie dulu ketika untuk dihidangkan sewaktu berbuka puasa...hari2 youuu.....(masa tu mana nak kenal kueh yang berbagai2 rupa...jakun kan...hiihihih


Idea nak buat kueh ni apabila terlihat rakan pesbuk Shanty Suziana Sukiman tayang kueh ni...tp belah2 Sabah/Sarawak kueh ni dipanggil kueh Penyaram. Penyaram rata-rata tidak memerlukan perapan yang agak lama. Jadi terkonpis sedikit dengan resepi di kawasan kampung mimie yang memerlukan perap semalaman. Janji sedapkan.

Apabila mimie hidangkan pada anak-anak dan suami, alangkah terkedu mereka seketika sepertimana mimie dihidangkan kueh yang pertama kali untuk dijamah.... dan pertama kali juga lerr encik suami menhadap kueh tuu.... alaaaaa....kalo hari-hari bikin opkos mereka semua suka kan.....hihihiihhi


KUEH CUCUR
Sumber Resepi : izah ns@MyR

2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 1/2 gula gula pasir - mimie letak 1 cawan gula perang
1/2 cawan gula merah - mimie letak 1 cawan
2 cawan air panas - mimie guna air biasa dan tambah 1/4 cawan lagi
sedikit garam
1 helai daun pandan

Cara-carnya :-

Gula merah dicairkan dengan 2 cawan air panas - mimie masak hingga gula larut dgn api sederhana bersama daun pandan. Sejukkan.
Tepung beras, tepung gandum, gula pasir dan garam dicampurkan dengan gula merah yang telah dicairkan (gaulkan sebati sehingga tidak berketul sewaktu air gula merah masih suam-suam)
Dibiarkan semalaman
Digoreng dengan minyak 2 senduk (kalu nak banyak guna senduk kecil/ kalu guna senduk besar kuantiti kuih yang dapat cikit jer ler) - mimie goreng dengan minyak 5 sudu besar bersamaan hampir menutupi permukaan kueh cucur. Goreng dengan api perlahan/kecil bagi mengelakkan kueh cucur mudah hangus.
Bancuhan tadi digoreng dengan menuangkannya sesenduk demi sesenduk untuk mendapatkan kuih yang bulat dan cantik seperti topi.

Terbalikkan apabila kueh (sarang) memenuhi permukaan (masak).Toskan dan sedia di makan.

Tuesday 20 March 2012

Jus Jambu Bertih

Buah jambu bertih ni....kalau la makan gitu jer memang tak jalan....tak terusik...pandang jerr...sampai buah ni merajuk dan membusuk. Teringat plak zaman mimie comey2 dulu...buah ni ler menjadi santapan n peberet mimie sebelum mengenal buah epal, anggur, oren, maklum ler jakun kann....hukhukhuk

Huhhh.... dari dok pandang sepi jer buah ni.... better di buat air minuman fresh dalam cuaca yang agak panas nih.... idea nih datangnyer dari BIL mimie... kunjunagan mimie tempohari ke rumah beliau dihidangkan pula air jambu bertih buat pertama kali mengalir kat tekak nih....ai tell U....sedappppp.... memandangkan dirumah beliau penuh dengan buah jambu bertih ni, dibekalkan ler dengan jambu fresh...dan harini mimie menikmati air jambu bertih fresh sambil² berfb dan hapdet ler blog nih...hihihihi
memamng best gilerrr....sedapppp... thx my BIL kerana kongsi air yang sedap ini dan mimie kongsikan pula air jambu yang sedap ni kat sini yerr....


JUS JAMBU BERTIH
Resepi : Mimie @Sugar n Spice

Jambu bertih
Gula
Air Masak secukupnya
Ais kiub

Cuci bersih jambu bertih dan toskan.
Potong pangkal dan hujung buah jambu dan dibelah 4 (buang kelopak bunga) dan dibuang makhluk2 tanpa izin tu... 
Blend semu bahan hingga halus kecuali ais.
Hidangkan bersama-sama ais.

Monday 19 March 2012

NASI LEMAK TUMIS


Walaweiii.... memang betul-betul sedap nasi lemak nan satu ni...sekali jer rase sumer dalam umah ni dah jatuh cinta ngan nasi lemak tumis ni... apanyer tidak nasi ni ada iras-iras rasa seperti nasi ayam + nasi beriani + nasi lemak.... hahhhh...kan ker sangat-sangat sedap rasenyer kan...kan...kan.... tu yang kilo dalam badan ni makin terkinja-kinja doh menambahh....haiiipppp.....

Memula izahdaut dok tayang kat dapur dia dulu...memang nampak menarik dan nampak macam teruja sesangat nak mencuba, apalagi feedback dari tuan empunya badan yang dah mencuba...haiii macam virus plak cepat jer hinggap kat tangan dan mulut nihhh....memang lain dari nasi lemak yang biasa...
Jom cuba nasi lemak nih....


NASI LEMAK TUMIS
resepi: kak Jun sumber: Dapur Mamasya n izahdaut

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar halba
1 daun pandan
1 cm halia-hiris halus
1 batang serai-titik
2 biji bawang merah-hiris
garam secukup rasa
1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi


Cara-cara :- 

Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing.
Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai n\dan garam.
Pastu masak seperti nasi lemak biasa..
Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.

Nota Dapurmamasya
Utk nasi lemak kuning ni , tambah 1 sb kunyit semasa masukkan santan dan air.

# Untuk memasak nasi, sukatan air/santan bergantung pada jenis beras yang digunakan...dan masak seperti biasa.

Friday 16 March 2012

Asam Pedas Siakap


Alhamdulillah..... syukur padaNya diberi kesihatan dan kekuatan hingga hari ini untuk meneruskan perjalanan hidup yang penuh pancaroba ini.... cheewwwahhhh...

Hahhh.... Jumaat dah.?? cepatnya masa berlalu.... tup tup persekolahan bermula seperti sediakala, rutin harian pon berjalan seperti biasa...kene bangun awal. Tung tang di opis dapor tuu.... da tak leh wat bangun2 manja, tak bole dah tergeliat sana tergeliat sini, dan x leh bangun tido hingga ke tengahari (mak budak jer bole...single nti takut x laku...heheheh)..bangun jer trus macam lipas kudung terus ke dapo...huaarrggghhh...

Mehh...layan asam pedas siakap...asam pedas ni peberet kami sekeluarga....1 minggu tak bole jika dikatakan tidak jika tiada menu asam pedas ni cuma berlainan ikan sahaja..... Kali ini mimie guna ikan siakap yang sangat la lembut isinya....sedapppppp....


ASAM PEDAS IKAN SIAKAP
Resepi : Mimie @Sugar n Spice


1 ekor ikan siakap (sederhana besar) - dipotong dua dan cuci bersih
1 1/2 labu bawang besar
1 1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
2 1/2 senduk cili kisar
1 sudu kecil pes assam jawa - ADABI
Air secukupnya - sebatikan dengan pes assam jawa
1 batang serai - diketuk
2 sudu kecil halba
1 ikat daun kesum
1 kuntum bunga kantan - dibelah 2
2 helai daun limau purut
1 biji tomato - dibelah 4
Garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
Sayur Bendi

  • Tumbuk halia, bawang merah, bawang putih. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan masukkan cili kisar. Masak hingga air cili kering (masak).
  • Masukkan serai, halba, daun kesum dan kacau rata. Masukkan ikan dan masukkan pula air assam jawa hingga paras ikan sahaja - untuk mendapatkan kuah yang pekat dan diikuti buah tomato.
  • Apabila mendidih, masukkan bunga kantan, daun limau yang disiat-siat, dan bendi. Perasakn dengan garam. Tutup api. Siap.

Thursday 15 March 2012

DONUT TOFU LEMBUT


Assalammualaikum....donut lagi. Best betul makan donut time musim-musim hujan ni. Lembut bak tauhu lembut salah satu bahan dalam donut ni. Sedap laaa. Penyediaanya pun amat mudah. Haishhh...donut ni mengganggu jer diet den....segebusgebasnya umpama diriku ini...huhuhuhu.
Thanks kak Ros@jintanmanis yang sudi kongsi resepi yang hebat ini. Mimie panjangkan resepinya disini...


DONUT TOFU LEMBUT
Resepi Asal : Ros@jintanmanis

Bahan-bahanya


300 gram tepung gandum
125gram taufu lembut
1 1/2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
160ml susu suam@air suam
40gram shortening
4 sudu besar gula
6gram yis
100 gram tepung roti ( ganti dgn tepung gandum pun boeh)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder

sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut ni nanti.

Cara-caranya :-

1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

Nota: Ros bentukkan donut taufu ni macam anyaman dan pintalkan, lepas tu goreng macam biasa, kasi lain sikit rupanya, anak-anak pun suke. topping saja donut ni ikut selera masing2, boleh dicelup dengan coklat bagi menaikkan lagi rupa donut taufu lembut  ini, Selamat Memasak semua.
 
Tauhu Lembut (alamak...dah guna br teringat nak snap)

Wednesday 14 March 2012

Talam Sago Seri Kaya


Hmmm.... musim-musim hujan ni...memang cepat bebenornyer terasa powot ni berkeroncong....ye lahh...waktu sejuk-sejuk ni kan best mengunyah sambil menikmati permandangan hujan yang membasahi bumi yang subur ni....chehhh...

Bercerita mengenai Talam Sago ni, pada mulanya mimie menikmatinya, sewaktu jiran memberi juadah minum petang....waduhhhhh enak banget sehhh...ala² talam seri kaya + sagoo... talam ni ade iras² talam tokyo + seri muka..... mimie gandingkan resepi ni dengan resepi talam tokyo dengan resepi pulut seri kaya dari rumah kak Yatie.... mohon ampun yer kakkk....derhaka sedikit....


TALAM SAGO SERI KAYA

Bahan Utk Lapisan Bawah (loyang 10x10x2")
  • 300 gm sago kecil warna putih
  • 60 gm sohoon
  • 100 gm kelapa parut putih
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 1 sudu kecil garam.
Cara-Cara
  1. Cuci sago sebentar, rendam selama 30 minit dan toskan.
  2. Rendam sohoon dngn air suam selama 30 minit, toskan dan potong kecil2.
  3. Satukan bahan2 di atas dan masukkan ke dalam loyang 10x10x2" yang telah dioleskan dengan minyak. Saya alas plastik dan oleskan sedikit minyak.
  4. Kukus selama 25-30 minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata.
Bahan lapisan atas

1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
3/4 cwn gula merah/brown sugar/gula melaka
1/2 cwn gula pasir - mimie letak kurang sedikit dr 1/2 cwn
2 biji telur
2 cwn santan pekat
1 cwn air (utk di masak bersama gula merah dan gula pasir)
1/2 sk garam
sedikit coklat emulco(warna gelap sikit) - mimie tak letak

Cara Untuk Lapisan Atas
  1. Masak gula merah dan gula pasir bersama 1 cwn air dan tapiskan....sejukkan sebentar.
  2. Satukan tpng gandum, tpng beras dan tepung jagung ke dlm mangkuk besar.
  3. Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam.
  4. Di ikuti dgn air gula yg telah sejuk.
  5. Masukkan telur dan gaul sebati...nak mudah blend semua bahan.
  6. Masak di atas api sederhana sebentar dan sentiasa di gaul.( biar berwap saja)Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 20 minit saja.
  7. PERINGATAN...kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
  8. Potong menggunakan pisau plastik/pisau kek supaya kuih cantik dn licin.

Tuesday 13 March 2012

Slice Cheese Cake


Huiihhh....sedap betul kek yang gebus gebas kek yang memang menternak lemak nihh....x leh nak makan sikit....sedar tak sedar sekali hadap jer kek ni dimakan oleh kami sekeluarga....dan memang mudah tentang penyediaannya..... kire ni kek adek badek ler ngan kek Light Cheese kek n SCJCC tu kan....hullaweiii...sedappp bebenor....


SLICE CHEESE CAKE
Resepi Asal : Ros(Onigiri)@MyResipi
Sumber : K.Nor@SecubitGaram

4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi....

Telah dimekapkan dengan blueberry filling....pergghhh...

Monday 12 March 2012

Sweet Potato Bread


Vahhh....mode meroti dah kembali sebab menjeleskan diri tengok teman-teman blogger masa-masak dok tayang roti sendiri....(pon dah lama terkenan dgn roti kentang dr umah Izahdaut....)...

Best...memang best la potato bread homemade nih....cam same jerk standard beli kat luar nunnn....chewwahhh puji diri sendiri skit....walaupon guna tepung bese jerk...tak cayo..??? try... tp cam x bape kene plak makan ngan kari ni...ishhh3x.....


SWEET POTATO BREAD
Resepi Asal : Tulip77@MyR
Sumber : izahdaut

300g tepung gandum
3 sudu kecil emplex @ bread softener
2 sudu kecil bread improver 
3 sudu kecil yis segera
1 sudu kecil garam
2 sudu besar butter 
60 gram ubi keledek -  direbus di lenyek baru timbang
2 sudu besar susu tepung
4 sudu besar gula halus
1 biji telur - pukul sikit - simpan sedikit kuning telur untuk disapu atas roti
130 ml air sejuk 

Inti Kastard :
3/4 cawan susu segar
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
1 sudu kecil butter
1/2 sudu kecil esen vanilla


Cara membuat inti kastard :
Satukan susu segar, tepung kastard dan gula dalam periuk dan sebatikan. Kemudian masak menggunakan api perlahan hingga sos kastard pekat. ( sentiasa kacau menggunakan whisk ) Masukkan butter dan esen vanila dan sebatikan, apabila butter cair dan sebati, tutup api dan biarkan sejuk baru masukkan dalam bekas paip..


Cara membuat bun roti :
Masukkan tepung gandum,emplex @ bread softener,bread improver dan yis segera ke dalam mangkuk besar. Gaul biar sekata. Kemudian masukkan gula, susu tepung dan ubi keledek. Gaulkan biar sebati.
Masukkan pula butter, telur dan garam. Gaul lagi supaya bahan semua sekata. Last masukkan air sejuk sikit2 sambil tepung diuli. Uli hingga jadi doh yang licin selama 20-25minit. Jika terkurang air boleh masukkan sikit demi sedikit.
Jika anda uli menggunakan bread maker, skip step 1 & 2 masukkan semua sekali bahan dan uli hingga jadi doh yg licin.
Kemudian perap doh dalam mangkuk yg besar dan tutup dengan cling film selama 40 minit di tempat yg panas supaya adunan naik elok.
Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin. Bentukkan doh menjadi bebola seberat 20g dan letakkan di dalam loyang pembakar yg telah di gris sekelilingnya. Ini untuk mengelak dari roti melekat. Perap lagi sekali selama 40 minit.
Sapukan telur ke atas roti dan paipkan sedikit adunan kastard. banyak pun tak mengapa sebab kastard tak meleleh turun masa bakar nanti.
Bakar pada suhu 180C dengan api atas bawah selama 15 - 20 minit atau hingga permukaan roti nampak perang. 
Simpan dalam bekas bertutup untuk mengelakkan roti mengeras sebab terkena angin.



Sunday 11 March 2012

Sambal Sotong


Lama dah rasenya tak makan sambal sotong ni...... bukannya ape..lam umah ni ramai plak alergik pada seafood...... cik abe dengan goutnye, anak dare dan mimie sendiri pun alergik pada seafood nih...krak kruk...gatal sana gatal sini....ntah kenapa ler alergik pada seafood ni....

Argghhh....blasah jerr...krak kruk kark krukk...lain kireee..yang penting tekak pikir duluuuuu...(sesekali tak per kannnnn....) hehehee


SAMBAL SOTONG
Resepi : Mimie@Sugar n Spice

6 ekor sotong sederhana besar - hiris bulat dan cuci dan toskan
1/2 labu bawang besar (merah)
1 ulas bawang putih
6 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
1 labu bawang besar - potong bulat
garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Caracaranya :-
  • Didalam kuali, panaskan 2 sudu besar minyak dan masukkan sotong. Masak kira-kira dalam 1-2 minit. (bg menghilangkan bau hanyir sotong) Angkat dan toskan.
  • Bawang besar  dan bawang putih ditumbuk lumat. Didalam kuali, panaskan 3 sudu besar minyak masak, dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau.Masukkan cili kisar hingga cili betul-betul masak dan masukkan cili sos cili dan garam. Kaca rata.
  • Masukkan sotong dan gaul rata dan masukkan bawang bulat. Kacau . Tutup api. Siap.(tak perlu masak lama sbb sotong dah dimasak terlebih dahulu..)
 

Saturday 10 March 2012

Nasi Ayam


Assalammualaikum.... sedar tak sedar sudah memasuki hampir pertengahan bulan Mac dan kini memasuki bermulanya cuti persekolahan anak-anak.
Hmmmmm..... kalau dah namanya cuti persekolahan, bermakna bermulalah sibok didapor menghidangkan menu peberet mereka semua.....nak tuu...nak niii....main order jerr....dok nak mengunyah sepanjang masa....

Sebenarnya N3 nasi ayam ni...adalah menu kami pada cuti hujung minggu lepas.... tyerlepas pandang plak nak "mengupload" kat dalam ni haa.... layan jer laa yerr.... menu yang lengkap dalam pyramid makanan kita....layan jer laaa


NASI AYAM 
Resepi : Mimie @Sugar n Spice

Bahan Sup
1 ekor ayam - dipotong 4
1 packet sup bunjut - ADABI
2 inci halia - diketuk
3 ulas buah pelaga
1 batang kayu manis
1 labu bawang besar - dimayang
5 ulas bawang putih - dimayang
1/2 kiub ayam - knorrs
1 biji kentang didadu
4 biji bebola ayam - potong 4
Daun sup/bawang
Air untuk merebus (lebihkan untuk masak nasi)
Garam secukup rasa

Didalam  satu periuk, masukkan air, ayam, halia, kayu manis, buah pelaga, kentang, bebola ayam, kiub ayam
dan direbus dengan api sederhana.
Didalam kuali lain, tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan dan masukkan kedalam kuah sup. Perasakan dengan garam. Tutup api dan taburkan dengan daun sup/bawang dan bawang goreng. Asingkan ayam dari kuah sup. Ketepikan.

Nasi
3 cawan beras
Air Rebusan sup

Masak nasi seperti biasa dengan menggunakan kuah sup tadi.

Ayam Perap
Ayam - yang telah direbus dengan sup
2 senduk sos tiram
1/2 senduk kicap manis

Lumurkan ayam bersama sos tiram dan kicap manis dan perap selama 45 minit - 1 jam. 
Dan ayam digoreng dengan api sederhana kecil hingga masak.

Sos Cili
3 ulas cili merah - nk pedas + cili padi
1/2 cawan air
3 ulas bawang putih
garam dan gula secukup rasa

Blend kesemua bahan dan di masak dengan api sederhana. Perasakan garam dan gula.

Sos Kicap
2 senduk sos tiram
1 senduk sup ayam

Masak atas api sederhana kacau hingga pekat sedikit.

Hidangkan nasi bersama timun, salad dan tomato hiris. Selamat menjamu selera.

Thursday 8 March 2012

PAU GORENG KACANG MERAH


Assalammualaikum....... meniti hari yang sejukkkk....
Khabarnya, di pusat Bandaraya Kuala Lumpur mengalami banjir kilat yang hampir setengah hari dihujani hujan kilat seawal dari petang semalam. Banyak kenderaan yang tersadai di tengah jalan.... Ye lahhhh... siapa sangka dalam keadaan mengalami panas terik sepanjang minggu, dalam tak sampai satu hari hujan, bandar menjadi lumpuhh....kuasa allah siapa yang tahu, mungkin ade hikmah disebalik kejadian.


Yeaaaaa....dalam dok hujan2 smalam, ekak ni memang dah lama teringin nak merasa pau goreng ni...(ngalahkn org mengidammak) terasa lama pula tidak merasa kuih yg bergoreng n gebuss...
Fuhhhh...memang sedapp laa penangan dari resepi UmmiHakim ni...terima kasih kerana sudi kongi resepi pau goreng yg marbeles nih.... resepi seakan² resepi roti manis (roti guna tpg high protein)....
Memang syokk makan masa hujan lebat-lebat ni bersama air kopi panas .... perrgghhh....


PAU GORENG KACANG MERAH
Sumber : UmmiHakim@MyResepi

500g tepung gandum
260 ml air
6 sb gula halus
3 sb marjerin
2 sb susu tepung
1 1/2 sb yis kering - mimie ltk 1 1/4 sudu besar
1 telur
1 st baking powder
sedikit garam
utk Inti : Inti kacang merah secukupnya
Minyak masak utk menggoreng

Cara-cara

  1. Guna BM : masukkan semua bahan (kecuali inti) dan pilih menu utk uli, tunggu hingga siap. Guna tangan : masukkan semua bahan (kecuali inti) dlm mangkuk adunan, uli selama 30 minit atau hingga adunan tak melekat kat tangan.
  2. Bahagikan doh kepada bebola kecil (anggaran 20 - 25 biji).
  3. Ambil satu bebola kecil tadi, leperkan dan letak inti secukupnya. Tutup balik doh tadi supaya jadi bentuk bebola dan leperkan menjadi setebal anggaran 1cm.
  4. Ulang langkah 3 hingga habis semua bebola tadi. rehatkan pau ini selama 30 minit hingga menjadi 2x ganda saiz asal.
  5. Bila agak-agak dah cukup mengembang, bolehlah digoreng menggunakan api sederhana.
  6. Tunggu pau sejuk sikit, lepas tu boleh lah dimakan.
# Nota : Jika menggunakan BM, masukkan bahan cecair diikuti dengan bahan-bahan kering....

haaaa...yang ni version kukus.....sedap mkn panas²...

Tuesday 6 March 2012

Talam Roti Paun


Fuhhhhh.... sedap ler talam dari resepi Chef Asma ni....manis-manis lemak manja jer rasenya.... Kueh talam/kukus ni, memang tak jemu-jemu makan n anak bujang saya pon suke sangat²...w/pon lapisan tengah terrrlembek sedikit, tp tidak ler menggugat kami nak merasanya (kes kukus nk cepat ler nihh..) memalam dok godek2 kat dapo...kes mengantuk ler nih....hhihihihhi

Time kasih banyak pada kak Yatie@yatiememories coz sudi kongsi kueh talam yang sedap lemak² berkrim nihh.... tak rugi mencubanya......

Hmmm..lapisan tgh terlembik sikit.....argghhhh (maybe kukus tak lama hukhuk)


TALAM ROTI PAUN
(Resepi Asal : Chef Asma)
Sumber II : Kak Zana

Lapisan Bawah
  • 13 keping roti putih Gardenia- di carik²
  • 2 biji telur
  • 50 gm raisin-Yatie tak letak
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 150 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 1/4 sk vanilla essence
Cara-caranya
  1. Satukan semua bahan-bahan dan rendamkan roti selama 30 minit (sehingga lembut)
  2. Masukkan dalam loyang 10x10x2"(Sapu minyak dulu sekeliling loyang dan alas plastik)
  3. Kukus selama 25 minit.
  4. Apabila masak angkat dan cakar dengan garfu.
  5. (Jika terdapat sedikit air di permukaannya, sendengkan loyang dan buangkan air guna sudu atau kertas tisu, pastu baru cakar2kan sedikit dan tuangkan adunan lapisan tengah)
Lapisan tengah
  • 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 2 biji telur
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit perisa pandan
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan2, kacau rata dan tapis ke dalam periuk.
  2. Masak hingga naik wap, guna api sederhana je. Masa ni sentiasa kacau guna whisk je...jngn terlalu pekat atau terlalu cair, adunan seolah2 susu pekat je.
  3. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit ( Apabila masak, cakar dengan garfu)
Lapisan atas
  • 1/2 cwn tepung kastard
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/4 sk garam
  • 1/8 sk vanilla essence
  • 3 biji telur
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • sedikit pewarna kuning/oren (tak letak pun takpe)
Cara-caranya
  1. Ikut seperti lapisan tengah. Satukan semua bahan2 dan tapiskan.
  2. Masak jangan terlalu pekat & jangan terlalu cair. Guna api sederhana dan sentiasa di kacau supaya tak berketul2.
  3. Tuang adunan ke atas lapisan tengah dan kukus selama 25 minit.
  4. Sentiasa lap tutup pengukus. Saya lap setiap 5 minit, permukaan kuih kelihatan rata dan licin.
  5. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk bolehlah di potong guna pisau plastik.