Semenjak kebelakangan ini, hampir setiap petang hujan lebat setiap hari. Cuaca yang tidak boleh diramal dengan tepat mengingatkan kite betapa besarnye ciptaan Yang Maha Esa ini. Syukur Alhamdulillah kita semua masih bernafas di bumi yang bertuah ini.
Hari ni Mimie nak share satu menu dengan semua pembaca di luar sana betapa sedap dan termimpi-mimpinya penangan dari sambal warisan daripada daerah mimie ini iaitu di Jasin Melaka atau yang seangkatan dengannya (sempadan nogoghi rasenyer kot...). Mengingatkan hasil air tangan Arwah emak (Al-Fatihah) rasenya macam tiada tolok tandingannya, ialah air tangan emak laa kita makan dari kecik kan...
SAMBAL LEMAK BELIMBING BULUH
Bahan-bahan :-
10-15 biji belimbing buluh (hiris nipis menyerong/bulat)
segenggam ikan bilis (goreng garing)
5 sudu besar cili kering kisar
1 labu bawang besar - di tumbuk kasar
2 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
1/2 cawan santan
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis
cara-caranya :-
- Belimbing direndam dengan air garam seketika bagi mnegelakkan rasa yang masam. (mimie x rendam lagi suka rasa2 masam).
- Tumis bahan yang ditumbuk kasar (bawang merah & bawang putih) hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan kacau hingga masak.
- Masukkan santan dan diikuti dengan buah belimbing dan kacau sebati hingga santan masak.
- Dan apabila santan agak pekat masukkan ikan bilis yang telah digoreng garing dan diikuti dengan garam.
- Kacau sebentar dan tutup api bagi mengekalkan kerangupan ikan bilis.
No comments:
Post a Comment