Followers

Friday 9 November 2012

Roti gebus dan sedappp....


Salam Jumaat semua....

Hari ini adalah hari terakhir alam persekolahan pada tahun 2012 inii. Disana sini sibuk dengan majlis graduasi buat pelajar-pelajar cemerlang, jamuan akhir tahun, menghadapi ujian peperiksaan dan bermacam-macam lagi. Ape² pon buat anak-anak yang cemerlang, diucapkan tahniah dan terus cemerlang menjadi insan-insan berperibadi mulia dimasa akan datang. ameen. Anak den tahun tak terpilih plak nak dapat anugerah pada tahun ni...hukhukhukuhk...tidak mengapa anakku masa depanmu masih jauh dihadapan.....


heiiiiii...banyak celoteh jerkkk.... kali ini mimie nak share santapan roti yang selalu jerk singgah kat mulu t ni haa...ape tidaknya, semenjak ade pembantu ni (BM) terajin plak nak membuat roti samada untuk santapan sendiri mahupun bekalan anak-anak dare ni ke sekolah ade juga rakan-rakan mereka ingin menumpang merasai air tangan roti mimie ni. Haishhhh..... dapat juga menambah duit poket mereka....hihiihhi


ROTI MANIS
Sumber : Dah tak ingat buku resepi mn yg mimie refer...nti mimie update yerr...

250g tepung roti
11g yis
4g garam
50g gula
4g susu tepung
1sk bread improver
1/2 biji telur
120ml air
30g butter
Cara-cara :-

Mimie guna BM yerr...

Masukkan kesemua bahan kedalam BM kecuali butter. Jarakkan antara garam dan yis. Dikhuatiri yis akan tidak aktif. Tekan untuk 'dough' dan ON. Biar BM yang membuat kerja.  Tika dough dah membulat masukkan butter. (jika dough masih melekat ditangan tambah tepung sedikit hingga sedikit)
Bulat2kan dough seberat 40g dan susun dalam dulang biarkan rehat selama 8 minit. Kemudian uli (lemperkan mengikut bentuk yang ada suka. Perap roti selama 2 jam.Bakar pada suhu 160 selama 12-15 minit.

Nota : Untuk menguli dough menggunakan tangan, sila refer kat SINI



Thursday 8 November 2012

Chocolate Chips



Ehemmmm...Jumpa lagi nooooo.....

Kali ni mimie nak share resepi biskut chocolate chips (ehsan resepi dari Difa) yang biasa tiap-tiap tahun terhidang di meja tatkali hari raya menjelma. Hishhhh....raya dah abes laa mekkk... (koleksi kueh yang dah dok lama duduk dalam folder... baru arini nak dok tayang and nak share).

Walaupun biskut chocolate chips ni bermacam-macam version, entah...yang ni jugak yang menjadi pooojaan hatikuuuu. Mengikut adunan diatas, memang boleh mendapat berbalang² tau, kalau nak diagih-agihkan kepada keluarga dikampung memang sesuai untuk membuat 1 adunan ni, yang pasti mesti ade pembantu... kalau nak makan sendiri tu, boleh ler mencuba 1/2 adunan yerr.... nak lagi sedap boh ler banyak2 kekacang yang anda suka, lagi banyak lagi sedap.


CHOCOLATE CHIPS
Sumber : Difa Abdul Hayon

Bahan-bahan :-

2 cawan mentega
4 cawan tepung gandum - diayak
2 sk baking soda - diayak
2 cawan gula halus - mimie letak 1 1/2 cawan saja
2 cawan gula perang
5 cawan oats - dikisar halus
1 sk garam - mimie x letak
18 oz  coklat bar - diparut - mimie parut coklat bar 250g
24 oz  chocolate chips - mimie letak 400g
4 biji telur
2 sk essen vanilla
3 cawan kekacang - dicincang (badam, walnut, etc)

Cara-cara :

Pukul mentega bersama gula, gula perang hingga kembang dan diikuti dengan esse vanilla dan pukul lagi.
Masukkan tepung gandum, oats, garam dan gaul hingga rata menggunakan spatula.
Masukkan chocolate chips, parutan coklat, kekacang dan gaul hingga rata.
Bulat-bulatkan doh dan tekan sedikit. Susun diatan loyang dengan jarak 2 inci. (biskut akan mengembang)
Bakar pada suhu 170 selama 8-10 minit.


Monday 5 November 2012

Kueh Bakar / Bingka Pandan


Assalammualaikum.....

Kueh peberet arwah abah (Al-Fatihah), teringat kalau makan kueh ni mesti ingat arwah abah...huhuuh kalau ler abah ade lagi mauk dibuat hari-hari.

Mengikut resepi ini ade persamaan dengan chef Kak Hanieliza.....memang senang resepi ni...tak payah nak di timbang sukat, hanya menggunakan sukatan cawan metrik atau sukatan cawan mangkuk anda sendiri (jika mahu adunan yang lebih)..heheheheh



Kueh Bakar / Bingka Pandan
Resepi asal : Chef Hanieliza

1 cawan gula - mimie letak 1/2 cawan gula
1 cawan jus pandan - 6 helai daun pandan diblend bersama 1 cawan air
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan
2 susu besar mentega - dicairkan
3 biji telur
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau
Bijan secukupnya

Cara-cara-

Satukan kesemua bahan dan diblend kecuali bijan.
Lenser loyang dan tuangkan adunan.
Bakar pada suhu 180 selama 1 jam atau masak.

Note : taburkan bijan pada 20 minit pertama dan bakar semula hingga masak.



Saturday 3 November 2012

Buang Habokk jap...

Assalammualaikummmm......yuhuuuuuuu....


Haishhhhh.....banyaknyer habokkk! tak berkemas² kaa..?? kuikuikui.....

Mimie jengok jap arini blog yang dah bersarang-sarang ni haa.. takut plak "Niyang Rapik" menghuni nanti...elok diberi udara segar bugar sebentar....mueheheh

Hmmm....dah jauh ketinggalan ketapi ghupernyer mimie ni dalam mencoba resepi-resepi dari sifu-sifuku yang lain.... tak terkejar plak rasenyer...pelan-plan dulu noooo....mengah nak mengejorr.....urat tangan pon dah naik kejang ni haa...camne nak menguli nih....hihihihih

Ape²pon, jika ade kesempatan mimie mmg nak memeriahkan dunia masakan ni ....buat renungan dan tatapan anak-anak dare mimie kelak.....

Jumpa lagi noooo.....