sawi masin..... terkenang masakan mak...aduhhh...rindunya masakan dari air tangan mak... sedap tk terkira manakan tidak, sedari dari kecil itulah kita menjamah makanan hasil dari air tangan mak...sedapp..walaupon makan ala kadar saja.... itulah penangan hasil kasih sayang dar seorang yang bergelar ibu.
ehh...melalut plakkk....Assam pedas ni..memang peberet mimie sekeluarga. Setiap minggu pasti assam pedas terhidang di atas meja makan. Bagi mimie assam pedas ni membangkit selera makan sebab tidak menggunakan santan dan berlemak. Adakalanya mimie suka menghirup kuah assam pedas selepas makan. Orang melaka laa katakan......ngeeeeeeeeee....
Tapi kali ni mimie terkenang plak hidangan assam pedas mak.... bersama sawi jerukk...sukaaaa sangatt.....dan assam pedas ni ada pelbagai citarasa dan pelbagai variasi, tapi yg ini version mimie....sedap dan sesuai pada tekak kami sekeluarga....jom...
ASSAM PEDAS IKAN MABONG BERSAMA SAWI JERUK
Bahan-bahan :-
3 ekor ikan mabong - dicuci bersih
sawi jeruk direndam seketika dan ditoskan
5 sudu besar cili kisar
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci belacan bakar - x letak pon x pe
1 batang serai - diketuk
1 ikat daun kesum
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil pes assam jawa - mimie guna pes adabi
air dan garam secukupnya]
cara-cara :-
- bawang besar, bawang putih, halia dan belacan ditumbuk.
- Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan masukkan cili kisar. Masak hingga air cili kering. Dan masukkan halba, daun kesum, sawi jeruk dan ikan. Biar seketika.
- Kemudian masukkan air asam jawa pada paras ikan (tak perlu byk nti x pekat).
- Letak garam ikut rasa. Masak seketika. Tutup api.
2 comments:
sedapppnyaa asam pedas letak sawi jeruk...nanti akak nak try...
my peberet nihh...sawi jeruk masak lemak pon sedappp...
Post a Comment