Followers

Wednesday, 9 November 2011

makan sampai tak hengat....



hati ni...bagai melonjak-lonjak nak rase kek yang pemes di abad ini....ramai yang telah mencuba dan mengatakan keenakan KEK KAREMEL tidak akan mengecewakan tekak anda semua. Apakan daya, dikawasan mimie pada masa itu tidak diketahui ade yang menjual kek ini...jengah di blog-blog dan di FB, semuanya berada di luar kawasan liputan mimie. Aduhhhhhh.....bagai mengidam bak Dang Anum ingin makan buah Nangka. Kepinginnnnnn bangattt....


Ehemmmmm...Dengan semangat membara, dengan kudrat tulang 4 kerat yang gagah perkasa ni yang ada, mimie terus menyelinsing lengan untuk mencuba kek ini dengan hasil sentuhan sendiri. Resepi dari kak Azlita memang tidak menghampakan kerana beliau memberi tunjuk ajar yang amat lengkap.

Pertama kali makan kek karemel ni....fuhhhh...dalam hati berkata....patut laaa kak azlita mengflikasikan kek ni sebagai raja segala kek...dengan kek yang lembut dan gebu dimakan bersama karemel yang lemak-lemak manis. Sukar nak digambarkan betapa enak nye kek karemel ni...mungkin tekak ni sudah biasa makan kek yang seadanya ....kek yang satu ni memang sedappp....setiap minggu menjadi santapan kami kek ini....tunggu sampai muak kot baru boleh berhenti makan.... haiii...bertambah comel ler mimie ni...(perasannn.....)..

mimie just 'cnp' dari resepi kak Ita ni....tq sifuuuu...tapi tekstur kek karemel mimie ni tak berapa molek dari sifuu yerr.....saya budak baru belajar.... peaceeee....



KEK KAREMEL
Sumber  :  Azlita Aziz


Untuk Karemel

2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang. Ratakan.
Ketepikan.


Bahan Karemel

1/2 tin susu cair
70g gula castor - mimie guna 50g sahaja
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )


Adunan Kek 

70g gula kastor - mimie guna 50g sahaja
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
 
Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukkan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.
Merinque 
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor - mimie guna 50g sahaja
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.






Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.

Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.

8 comments:

ummiarissa said...

mmm...sedaplah...dah banyak blog buat kek karamel ni...teringin nak buat..cuma masa je tak sempat lagi...

Sugar 'n' Spice said...

ummi...mmg sedap kek ni...blom jemu2 mkn lg....hiihi

Izzah Idz said...

ngaaa~ternganga kejap tengok kek yg sedap kt ats nih..huhu..nk try la nnt..thx sudi singgah blog saya..saya follow awak..sudi2kn la jenguk blog sy tu lagi ye (:

Sugar 'n' Spice said...

izzahh...nganga beso2....nti lalat masyuklkk...ngeee..
insyaAllah.....kite ronda sama2 yerrr....

Kak Sal said...

mimie..resepi sama cam gini la yg akak guna..tapi maybe ade cara akak yg salah..terkurang atau terlebih kot...

Sugar 'n' Spice said...

kak sal...bakar api bawah kn...

@lfidah @dim said...

sy dah 2x bt kek nie tapi xjadi.tengah dia xmsk..lps tue karamel dia xkeras mcm akak punya.knp erk kak?sy mmg xpuas hati jea.nk cuba bt lg tp takut xjadi lg..akak nnti bgtahu sy blh..

Sugar 'n' Spice said...

fidah...cuba try ikut cara akk ni...step by step....insyaAllah....mybe tang maringue tu kot....kene pukul sampai softpeak...