Followers

Monday 21 January 2013

Bingka Labu


Bertemu lagi di pagi hariiiiiii.....

Hari ini hanya nak kongsi kueh peberet kami sekeluarga. Kueh yang simple sesangat. Penyediaan yang tidak memerlukan masa yang lama. Amat sesuai untuk minuman dikala petang....

Resepi ni mimie ambil DISINI cuma mimie olah saja kepada labu....memang sedap melayannnnnn.....


BINGKA LABU
Olahan : Mimie @SugarnSpice

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula - mimie letak 1/2 cawan saje
3 cawan santan - resepi asal 3 1/4 cawan
1 cawan labu - yang telah direbus dan dilenyek
2 sudu besar butter - dicairkan
3 biji telur
1/2 sudu kecil garam 
Bijan secukupnya

Satukan kesemua bahan kecuali bijan dan dikacau hingga rata.
Lenser loyang dengan butter dan diikuti dengan sedikit tepung. Buang lebihan tepung.
Masukkan adunan dan dibakar pada suhu 170 selama 1 jam.

Nota : 20 minit pertama, taburkan bijan dan bakar semula hingga masak. (mimie bakar 1jam 20minit - mengikut kecanggihan oven masing²).



Friday 18 January 2013

Bubur Kacang Durian

Salam pagi Jumaat.... semoga hari ini adalah lebih baik dari hari-hari sebelumnya....ameen.

N3 kali ni adalah dessert yang mesti dilayan kala musim doyan ni. (tak musim doyan pon layan gakk). Bubur kacang dah lama dok tersimpan dalam folder, ntah kali ni baru nak tayang.... kesian bubur dennn.....hihihihi

Bubur kacang ni memang teringat kisah nostalgia dulu... tatkala kakak² mimie pulang ke kampung dari bandar, mesti manisan inilah yang menjadi santapan istimewa dari arwah emak.....memang nostalgia gituuu... 

Jom layan bubur kacang......


BUBUR KACANG DURIAN
Resepi Asal : Mimie @SugarnSpice

2 cawan kacang hijau - dicuci bersih
4 cawan air
2 inci halia - diketuk
3 helai daun pandan - disiat dan disimpul
1/4 cawan biji sagu putih
1/2 cawan gula merah 
4 cawan santan cair
1 cawan santan pekat 
3-4 ulas durian
4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam

  1. Satukan kacang hijau, air, halia, dan daun pandan kedalam periuk dan masak kacang hingga lembut. Kemudian masukkan biji sagu.
  2. Di dalam periuk lain, masakkan air gula merah hingga larut dan tapiskan 
  3. Masukkan santan cair, garam dan gula kedalam kacang hijau tadi, kacau rata dan masukkan durian dan air gula merah yang telah ditapis tadi. (ikut sukatan warna bubur - jangan terlalu kecoklatan sangat). Biar hingga mendidih.
  4. Dan masukkan santan pekat. Kacau hingga sekata dan tutup api. Siap.

 

Wednesday 16 January 2013

Kek Durian Marble



Assalammualaikum wbt....

Bertemu kita lagi. Di pagi hari ni, mimie nak share resepi yg boleh dikategorikan marbeles juga ler ni.... yang 'specialnyer' adalah kombinasi durian di dalam adunan kek....best...memamg best.... apa taknyer,  selain durian dimakan begitu saja, durian ni bole diolah dengan pelbagai jenis masakan dan manisan.....

Resepi ni saya panjangkan dari dapor Madiha dan seterusnya disni. Betul kata Madiha, dengan camporan topping coklat, lagi marbelessss.....terasa gigitan coklat bersama kek durian tersebut....


KEK DURIAN MARBLE
Resepi Asal : hanazmanis

Bahan2nya

1 cawan isi durian
1 cawan susu segar
1 cawan mentega cair
3 butir telur gred A
1 cawan gula kastor (mimie guna 3/4 cwn jerr)
2 cawan tepung gandum
¾ teaspoon soda bikarbonat (resepi asal 1 teaspoon)
1½ teaspoon baking powder (resepi asal 1 teaspoon)
2 teaspoon coklat emulco
Pewarna kuning secukupnya
Sedikit marjerin & tepong gandum utk menggris loyang

Cara2 Menyediakan

1. Ayak tepong, soda bikarbonat & baking powder sebanyak 3 kali.  Ketepikan.
2. Kisar isi durian, susu segar & mentega cair sehingga halus.  Panaskan oven 170C & griskan loyang dengan marjerin & taburkan tepong sehingga rata. Buang lebihan tepong.
3. Pukul telur dengan gula sehingga benar2 kembang & gebu.
4. Masukkan sebahagian bahan2 yang dikisar halus & kacau rata.  Masukan lebihannya dan kacau lagi sehingga rata.
5. Masukkan bahan2 yang diayak sedikit demi sedikit dan kaup balik dengan spatula sehingga sebati.
6. Bahagikan kepada 2 bahagian sama rata.  Satu bahagian dicampurkan dengan coklat emulco & kacau rata.  Satu bahagian lagi dimasukkan dengan pewarna kuning & kacau rata.
7. Sudukan 3 sudu besar adunan warna coklat.  Sudukan 3 sudu besar adunan warna kuning di atasnya.  Sudukan lagi 3 sudu & diikuti dengan 3 sudu lagi adunan secara bergilir2.  Ulangi sekali lagi proses yang sama.  Step yang ke empat.. sudukan pula 2 sudu besar adunan seterusnya & ulangi sehingga 3 kali ulangan.  sudukan 1 sudu besar untuk pusingan yang seterusnya sehingga adunan habis.  Hentak2kan sedikit loyang supaya adunan turun & rata.
8. Bakar (api atas bawah) dalam oven selama 45 minit atau sehingga kek masak (suhu & masa membakar kek bergantung oven masing2). Untuk menguji kek sudah masak.. cucukkan ditengah2 kek dengan lidi penguji sekiranya lidi keluar bersih bermakna kek sudah masak & bolehlah dikeluarkan dari oven.



Thursday 3 January 2013

Durian Crepe


Tertunai sudah hajat dihati untuk merasai 'Durian Crepe Mania' ni...sedangkan mereka-mereka diluar sana mungkin sudah jemu untuk merasai penangan DC ini. Bukannya apa, menunggu musim durian jatuh keriba yang tidak kesampaian....hehehhehehe. Awal-awal lagi cuak juga lerr untuk mencuba merasai Durian Crepe ini, disebabkan campuran krim dengan isi durian, tak dapat ler nak membayangkan rasanya nanti tapi dek keterujaan iparku Yanie beriya-iya mengatakan DC ni sodapppp.....ngapp juge ler.....fuhhhhhh.......cuba ler sendiriiii.....



Fullamakkk aiii...pestaim menggigit DC ini, huhhhh....memang malatoppp.... sedappppp, sangat sedappp...
apatah lagi menggunakan durian D24....fuhhh....
Tapi awas, jika ingin menikmati sepenuhnya DC ini, terlebih dahulu jangan le memakan isi durian, ia akan membantutkan rasa DC sebenarnya.

Terima kasih kepada sifu Azlita Aziz kerana sudi berkongsi resepi Durian Crepe ini dengan Mimie, moga dirimu akan mendapat keberkatan dari perkongsian ini.


DURIAN CREPE 
Resepi : Azlita Aziz

40 gm tepung gandum
40 gm tepung ubi
20 gm tepung jagung
20 gm tepung Hoen Kwe ~ jika tak ada boleh gantikan dengan tepung kastard
1 biji telur saiz A
1 sudu besar minyak Mazolla ~ jika tak ada gunakan butter yang dicairkan atau minyak masak
130 ml susu segar
50 ml air ~ bergantung kepekatan
Secubit garam
1 sudu besar gula halus
Pewarna kuning - mimie tak letak
Perasa durian / durian paste - mimie tak letak


FILLING

Non-Dairy Whipping cream - Pukul hingga kaku @ soft peak
Isi durian secukupnya - dilenyekkan


Dalam satu bekas, satukan semua tepung kemudian di ayak
Kemudian campurkan semua bahan lain dan kacau rata
Kepekatan adunan hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair
Jika pekat tambahkan sedikit lagi air.
Kemudian di tapis

Sediakan pan untuk membuat crepe
Panaskan dengan api yang kuat hingga pan benar-benar panas ini untuk mengelakkan crepe melekat.
Kemudian perlahankan api ke sederhana
Oleskan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu
Bila kuali dah sederhana panas baru kita letakkan sedikit adunan
Goyang-goyangkan kuali supaya ia rata
Masak hingga ia mengelembung-gelembung sedikit
Tak perlu di balikkan,buat sehingga habis
Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik
Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh di tindih satu persatu

P/s - Adunan ni dapat anggaran 15 ~ 20 bergantung ketebalan dan besar pan kita.

Ambil sekeping crepe, biar permukaan yang licin dibawah, sapukan whipped cream dalam anggaran 1 sudu besar, dan 1 sudu besar isi durian diatas cream tersebut. Lipat kiri, kanan, atas dan bawah dengan kemas. Siap.


Tuesday 1 January 2013

Selamat Tahun Baru

Assalammualaikum....

Pembuka tirai awal 2013 ini....

Semoga dengan kehadiran tahun baru ini akan meningkatkan usaha kita dari sebelumnya dan mempertingkatkan iman kita kepadaNya. Jesteru itu, dengan tahun baru ini juga akan lebih mendewasakan kita agar mengutip pengalaman dari tahun lalu agar yang buruk akan menjadi ikhtibar dan yang baik akan menjadikan kenangan untuk lebih meningkatkan usaha dalam kehidupan ini......


Ameen.....