Followers

Thursday 8 March 2012

PAU GORENG KACANG MERAH


Assalammualaikum....... meniti hari yang sejukkkk....
Khabarnya, di pusat Bandaraya Kuala Lumpur mengalami banjir kilat yang hampir setengah hari dihujani hujan kilat seawal dari petang semalam. Banyak kenderaan yang tersadai di tengah jalan.... Ye lahhhh... siapa sangka dalam keadaan mengalami panas terik sepanjang minggu, dalam tak sampai satu hari hujan, bandar menjadi lumpuhh....kuasa allah siapa yang tahu, mungkin ade hikmah disebalik kejadian.


Yeaaaaa....dalam dok hujan2 smalam, ekak ni memang dah lama teringin nak merasa pau goreng ni...(ngalahkn org mengidammak) terasa lama pula tidak merasa kuih yg bergoreng n gebuss...
Fuhhhh...memang sedapp laa penangan dari resepi UmmiHakim ni...terima kasih kerana sudi kongi resepi pau goreng yg marbeles nih.... resepi seakan² resepi roti manis (roti guna tpg high protein)....
Memang syokk makan masa hujan lebat-lebat ni bersama air kopi panas .... perrgghhh....


PAU GORENG KACANG MERAH
Sumber : UmmiHakim@MyResepi

500g tepung gandum
260 ml air
6 sb gula halus
3 sb marjerin
2 sb susu tepung
1 1/2 sb yis kering - mimie ltk 1 1/4 sudu besar
1 telur
1 st baking powder
sedikit garam
utk Inti : Inti kacang merah secukupnya
Minyak masak utk menggoreng

Cara-cara

  1. Guna BM : masukkan semua bahan (kecuali inti) dan pilih menu utk uli, tunggu hingga siap. Guna tangan : masukkan semua bahan (kecuali inti) dlm mangkuk adunan, uli selama 30 minit atau hingga adunan tak melekat kat tangan.
  2. Bahagikan doh kepada bebola kecil (anggaran 20 - 25 biji).
  3. Ambil satu bebola kecil tadi, leperkan dan letak inti secukupnya. Tutup balik doh tadi supaya jadi bentuk bebola dan leperkan menjadi setebal anggaran 1cm.
  4. Ulang langkah 3 hingga habis semua bebola tadi. rehatkan pau ini selama 30 minit hingga menjadi 2x ganda saiz asal.
  5. Bila agak-agak dah cukup mengembang, bolehlah digoreng menggunakan api sederhana.
  6. Tunggu pau sejuk sikit, lepas tu boleh lah dimakan.
# Nota : Jika menggunakan BM, masukkan bahan cecair diikuti dengan bahan-bahan kering....

haaaa...yang ni version kukus.....sedap mkn panas²...

4 comments:

dZana said...

aslmkum mimmie.. ada lagi ke pau grg ni.. akk suke inti kelapa.. lama jugak tak buat.. byk dah menu peram.. malas pun cam dah mjadi2 ni..

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Mimi..Sedapnya kuih pau goreng ni..salah satu kegemaran gak ni lagi2 klu dapat kulitnya yang ala-ala rangup gitewww..Sue masih peringkat nak belajar mengepau

Unknown said...

kak zana...abes...x cukup tangan nk mkan nih...hihihi

Unknown said...

Sue...mmg sedap mkn panas2...pon mmg saje wat golden brown..wallaweiii....mkn time hujan2 lak tuhh...hihih