Wahhhh.... diam tak diam, arini adalah hari jumaat yang terakhir dalam tahun 2011 dan dah pon sampai ke penghujung akhir tahun...umur pon da meningkat..badan jangan cakap lerrr...dah bertingkat-tingkat..muhehehhe
MARBLE CHEESE BROWNIES
Sumber Resepi : Ros@jintanmanis Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla
Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.
Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor - mimie guna 1/2 cawan jerr
1 biji telur gred B
Optional
2 sudu besar susu segar - mimie tambah
3 sudu besar jus lemon/oren - mimie letak 1 sudu besar oren sunquick
Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.
7 comments:
Salam..emmm sedapnya brownie ni..buat minum petang ngan kopi pans sedap ni
terliur doe.. nampak sedap.. :)
sedapnyer!! tun suka mkn brownies, tp x leh makan kerap sgt sbb manis n lagi berlemak dr kek.. tambah2 ada cream cheese tu, mmg xleh berenti makan la.
naaakkkk.. sedap tul brownies gini. i likeee
aslmkum mimie.. apa kbr.. sedapnya tgok brwnis ni.. akk dah lama gantung piuk.. huuu.. lately ni mmg buzy dgn keje2 kt sek.. balik terus lepak.. tak smpt nk BW pun byknya menu yg terlepas..
Sue : sedap...pagi, ptg siang mlm pon leh blasah brwnies...
ella : sedappp..
tun : mmg x leh benti mkn...tp buat tatau jerr..muehehhe
izah : i lioke toooooooo...
kak zana : w/salam...baek kakk... x per la kakkk..demi tugas utk keluarga..... almaklum ler nk bukak sekolah ni....mcm sy ni yg x de kene mngene ngan urusan skola pon da cam lipas kudung nk uruskn bbdk ni haa...hihiih
Post a Comment