Followers

Monday, 19 December 2011

Eggless Chocolate Cake


Assalammualaikum w.b.t dan bertemukembali.... dalam dok kemalasan dan cuaca seperti disogok-sogok supaya dok dendiam ni, si anak dare dah ketagihan nak menjamu kek sepanjang masa. Aittt, depa ni takut gumuk kaaa..? dan yang pasti bukan penjamah yang gumuk yang tukang mengadun itulah penternak lemak sebenarnyaa...hahahahha (senyum sumbeng japp..)

Puas di cari resepi manakah yang paling senang dan sedapp...yeahhh...ketemu di dapur kak Dayang lagi... kek yang memudahkan kerja mimie di dapur dan rasanya tak sampai 1/2 jam, kek ni dah berada didalam gobok oven, dan yang memudahkan kerja mimie ni sebab tidak menggunakan timbang kati kilo itu sumerr..just guna sukatan cawan sudah mempercepatkan kerja mimie ni haaa...memang mudah dan sedappp.....cukupppppp moist sangat....dan jimat belanja....(jimat telur laaa)...

Psstt...kek ni pon tak sampai 1 jam dah licin...kebulurkah mereka......hahahahah



EGGLESS CHOCOLATE CAKE
Sumber Resepi : Dayangjack


Bahan-bahan :-
  • 1 cawan (125g)  tepung naik sendiri
  • 1 1/4 cawan gula perang (soft brown sugar)
  • 1/2 cawan serbuk koko 
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan air sejuk
  • 1/3 cawan minyak jagung / minyak masak
  • 1 sk serbuk soda bikarbonat
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sk cuka / jus lemon

Cara-cara :

  1. Panaskan oven pada suhu 160-170C. Lengserkan loyang kek (DJ guna yg berukuran 17.5 cm) dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Ayakkan tepung, koko, serbuk soda bikabonat di dlm mangkuk adunan. Kemudian masukkan gula. Kacau rata-rata.
  3. Masukkan susu, air dan esen vanilla. Kacau sebati dgn menggunakan senduk kayu. Pastikan adunan tidak bergentel dan gula larut. (Jika perlu, boleh juga diputar dgn mixer)
  4. Masukkan minyak jagung/minyak masak. Kacau lagi dgn menggunakan senduk kayu.
  5. Akhir sekali, barulah dimasukkan cuka atau jus lemon. Kacau cepat2 hingga adunan sebati.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30 minit atau sehingga masak.
  7. Sejukkan kek setelah masak. Jika suka, bolehlah dihiaskan dgn topping atau ganache. 
***sukatan dgn menggunakan cawan metrik.
***tidak perlu letak garam sb tepung naik sendiri sudah ada kandungan garam.


4 comments:

tun_telani said...

walaa.. mmg moist semoist moistnyer.. tuhh... hujan ke kak mimiey? hujan2 ni mmg lapoo manjang. seminggu tun duk kt kg nih, xtau laa bape byk dh lemak berjaya diternak.. hehe

Sugar 'n' Spice said...

kt sini hujan Tun... onn n off jepp.. tu yg lapo byknyer onnn....hahahha

mmg moist ler kek ni....walau x guna teloo....

dZana said...

akk pun tgh bermalas2an.. hujan dr semalam.. jap teduh pas tu hujan balik.. tgok kek mimie ni sungguh myelerakan.. ak tk pernh cuba rspi ni..

Sugar 'n' Spice said...

kak Zana...sy pon pestaim wat ni...sebabnyer opkos ler senang bangat... tp sodappp....