Followers

Tuesday 6 December 2011

Kek Tiramisu


Inilah pertama kali mimie makan kek yang dikenali ramai ni. Selepas mengikuti rancangan realiliti MasterChef di tv, teringin plak nak makan tiramisu ni.... tak dapat makan air tangan Chef Rizz, dapat makan hasil air tangan sendiri cukup laa kan...hihihi

Intai-intai di rumah kak zai terserempak pulak dengan kek yang memang menternak lemak ni...bagai di panggil-panggil lemak tu suruh disimpan.... 
Aduhhh...memang sedap sesangat lah kek tiramisu nehh....again...again n again akan makan kek tiramisu nih lagi...Jom intai resepi....resepi kek span yang gebus boleh klik SINI....


KEK TIRAMISU
Resepi Asal : umi_e@myresipi
Sumber : Kak Zai

Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )
1 biji sponge kek atau apa2 kek
250ml whipping cream
200ml cream cheese - haniss guna jer sebuku tu 250gm
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan

Cara-caranya :-
1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. Satukan gula, cheese dan cream
3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
4. Potong kek pada 3 bahagian
5. Susun 1 bahagian dalam bekas
6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
10.Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...




No comments: