Followers

Friday 2 December 2011

Pau 3's


Pertama kali terpandang kueh pau ni di blog kak zana , bersemangat ingin 'membikinnya'. Tidak pula diketahui apa maksud 3's tuuuu....Rupa-rupanya melihat pada tuan empunya resipi ni iaitu Maz 3's ni bermaksud Senang, Sedap dan Simple. Betul...betul...betul.... amat mudah.

Melihat dengan inti kelapa...aduhhh..duh..duh.. membuat 'powot ni terus terasa lapar...apa tidaknya, dilihat begitu lembut dan gebu. Memang sedap, gebu  dan lembut. Satu adunan mimie 12 biji dan oleh kerana nak makan dengan puas mimie buat 2 adunan....tu pon tak sampai 4jam, dah licin. Kira berbaloi-baloiii.....


PAU 3's
Sumber Asal : Maz
 
  • 1 1/4 tepung serbaguna (allpurpose flour) - tepung gandum pun ok
  • 110ml air sedikit suam
  • 1/2 sudu besar yis kering
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 3 sudu besar minyak masak -
  • 1/2 sudu kecil garam
  • inti secukupnya - kelapa, kaya, kacang merah ikut citarasa
  • kertas minyak secukupnya - potong 4 segi kecil untuk lapik bawah pau
Cara

1. Dalam bekas yang sesuai masukkan air, yis dan gula. Biarkan seketika dalam 1-2 minit.

2. Kemudian masukkan minyak masak dan kacau sikit guna garfu.

3. Satukan baking powder, tepung dan garam, kemudian tuang dalam bancuhan yis tadi sampai dikacau guna garfu dan tepung melekat pada garfu.

4. Kemudian boleh la diuli guna tangan. Kalau lembik celup je tangan dalam tepung (atau tabur je tepung sikit) dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan dalam 8-10 minit. Ramas-ramas manja pun ok semasa proses menguli tu.

5. Tutup bekas dengan plastik/tuala yang sesuai dan rehatkan doh selama 30-35 minit atau dah naik sekali ganda.

6. Sediakan pengukus. Amik doh yang telah naik tadi dan tumbuk sikit buang angin. Kemudian amik doh sebesar bola ping pong dan leperkan sedikit, masukkan inti dan tutup kemas. Kemudian letakkan sekeping kertas minyak dan susun dalam pengukus. Buat sampai habis dan rehakan pau selama 10-15 minit.

7. Kukus dalam air yang telah mendidih selama 8-10 minit dengan api sederhana. Pastikan penutup pengukus dibalut dengan kain/tuala agar air tidak menitis atas pau.


4 comments:

Ainnur Syamira said...

akk dah 2 x buat.. bila tgok mimie tayang2 ni pun rasa nk buat lagi.. hujan2 sejuk ni rasa lapar jer.. abis musim hujan nnti baru timbang kilo lemak2 ni eh.. nak pi beli kelapa parut pulak la ni.. akk nk 1 pau yg hijau tu dulu ye..

dZana said...

ainnur syamira tu anak akak.. ni kes anak branak bblog.. tak perasan pulak akk.. hihihi

dZana said...

lupa nk beritau sukatan air yg asal tu maz kata ada silap.. akk letak air sikit2 jer.. tak abis pun sukatan air tu.. harap mimie tak da masalah ya..

Unknown said...

oowhh ye kerr.... ptt laa btk kali sy kene tepek tepung....hihiihhi
x perr....kene adjust ni.... btul la kakk...pau ni x muakk...kene standby buat inti byk2...nti senang nk 'mengepau'.....