Followers

Thursday 8 December 2011

Light CheeseCake


Keterujaan nak membaking kek chese ni akhirnya tercapai jua....mimie bukan lah peminat tegar pada cheese kek ni...ntah kenapa tekak ni tak boleh ditelan kek cheese ni. Maybe tekak ni sudah sebati dengan desert melayu ala² kampung agaknya....almaklumla...hidung pesekkk...kuikuikui (pecah tembelang..)

Oleh kerana nak jugak merasa macam hidung mancung bak omputih kn...mimie cuba laa kek yang seperti ini yang tidak mengandungi totally cheese saja....
Hmmmm...tekak ni da bole laa merasa cheese ni...sedapp...lemak-lemak berkrim...maybe pasni mimie kene ler put something yang masam2 seperti blueberry, lemon and etc bagi rase balance dengan cheese ni kot...
Tutorial penuh sila lihat SINI


LIGHT CHEESECAKE
Sumber : sue-hasue

Bahan-bahan :-

• 125g cream cheese [ nak rasa cheese lebih sket,leh letak 150g]
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon


Cara-caranya :-
  • Panaskan susu, menetga, cream cheese dengan api perlahan dengan menggunakan hand whisk. Apabila cream cheese dan mentega sebati, tutup api dan ketepikan. 

  • Didalam 2 bekas, asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur dan gula hingga menjadi soft peak (meringue).

  • Pukul kuning telur (dlm 1minit) dan masukkan adunan cream cheese dan ratakan dengan menggunakan spatula kacau dengan perlahan. 

  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata masukkan essen vanilla/lemon.

  • Akhir sekali masukkan adunan meringue dan kacau perlahan hingga rata.

  • Gris loyang atau alas dengan kertas. Bakar selama 45minit pada suhu 160.

No comments: