Followers

Monday, 12 December 2011

PAVLOVA


Pavlova...manis, tapi anak-anak suka. Pavlova ini terhasil berikutan ade lebihan putih telur, maka terjadilah pavlova versi mimie ni. Rasanya agak manis, sebab itulah dimakan bersama cream dan buah-buahan segar yang masam. Barulah seimbang...kalo tidakk.....adooiiii...manis yang amat...

Pavlova ni, rasenya lebih kurang seperti gula-gula kapas, dan didalamnya apabila dipotong lembut bak buih.Itu versi mimie laa..sebab 1st time mimie makan ni.... kalau nak rase jom cubaa...

PERINGATAN : AMATLAH TIDAK SESUAI BAGI PENGHIDAP ATAU BAKAL PENGHIDAP DIABETES.


PAVLOVA
Sumber Resepi : joyofbaking

4 biji putih telur 
1 cawan gula halus  - mimie letak 1/2 cawan + 2 sudu besar gula 
1/2 sudu kecil essen vanilla
1 sudu kecil cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung 
  • Pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan gula dan pukul lagi dengan kelajuan tinggi hingga menjadi kaku atau soft-peak.
  • Masukkan essen, tepung jagung dan cuka kacau perlahan-lahan dengan menggunakan spatula dan masukkan adunan didalam piping bag dengan menggunakan nozel bunga.
  • Di atas kertas minyak atau baking paper lukis bulatan seperti rajah dan paipkn adunan mengikut rajah hingga adunan habis.
  • Bakar pada suhu 130 selama 1-1jam 20 minit.
  • Rehatkan pavlova hingga betul-betul sejuk dan barulah letak topping.


Topping:-

1 cawan (240 ml) heavy whipping cream 
1 1/2 sudu besar gula halus - mimie letak 1 sudu kecil 
1/2 sudu kecil essen vanilla - mimie x letak 

Pukul whipping cream hingga kaku atau berkrim masukkan gula dan essen dan pukul lagi.
Sapukan cream dan hias dengan buah-buahn segar mengikut kreativiti sendiri.

Fresh fruit - kiwi, strawberries, raspberries, blackberries, passion fruit, peaches, pineapple, atau buahan pilihan anda. (prefer buahan segar yang rasa masam²)


2 comments:

CT Delima said...

As'salam Mimie

Teruja juga nak mencuba buat pavlova ni. Tapi memandangkan k.ct ni tak berapa gemar makan manis2 jadi kena lupakan lah bab2 nak mencuba buat ni..hehehe. Takut kalau buat pun k.ct seorang jer yang makan, anak2 semua dok tengok jer sayang nyawa..hahaha

Sugar 'n' Spice said...

yer la Kak CT...manis....ni pon sy da kurangkn gulaaa.... nk rase skit jer bole ler kot...kalo nk soh perabihkn....haiii...mintak maap lerr...hihihih