Followers

Friday, 16 December 2011

Talam Roti Lapis Coklat


Salam Hari Jumaat semua iaitu penghulu segala hari.... mulakan semua perkara dengan Bismillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah...moga segala perkara yang kita lakukan mendapat berkat dariNya....InsyaAllah.

Hari ni mimie nak share satu resepi Talam yang mimie ambil dari blog Kak Yatie yang mengkhabarkan bahawa talam ni cukup sedap kala dinikmati. Dari laporan kak Yatie itulah mimie teruja sangat nak menyediakan talam ni, lagipun salah satu bahan nya iaitu roti dalam rumah ni hampir tamat tempoh. Bagi mengelakkan pembaziran apalagi...... siap sedia untuk merasai talam ni. Lagipun penyediaan talam ni tidak mengambil masa yang lama...
jom cuba....



TALAM ROTI LAPIS COKLAT
Resepi Asal : kak Wan
Sumber Resepi : kak yatiememories

Bahan-Bahan
  • 4 keping roti sandwich - buang tepi, siat kecil + rendam dgn 100 ml air
  • 50 gm gula pasir
  • 1/4 sudu teh garam
  • 200 ml santan KARA
  • 100 ml air
  • 60 gm tepung beras
  • 20 gm tepung sagu/tpng ubi
  • 1 sudu teh coklat emulco
Acuan Lompang (10-12 biji)


Cara-cara :
  1. Masukkan roti yang direndam ke dalam pengisar. Ketepikan.
  2. Satukan air, santan, gula dan garam, masak hingga gula larut. Biarkan suam. Masukkan tepung beras dan tepung sagu, gaul rata.
  3. Tuang campuran tadi ke dalam pengisar dan kisar bersama roti yang di rendam hingga halus.
  4. Bahagikan kepada 2 bahagian, satu warna asal dan satu lagi di campur dengan coklat emulco.
  5. Tuang warna asal, kukus selama 5 minit dalam pengukus yang di panaskan terlebih dahulu.
  6. Tanpa mengangkat dari pengukus, tuang adunan coklat ke atas lapisan bawah tadi. Lap tutup pengukus dan kukus selama 10 - 15 minit dengan api sederhana hingga masak.

10 comments:

izahdaut said...

assalamualaikum..
alhamdulillah saya dah sihat n segar ni. hehe.. lagi bertambah segar nampak talam lapis roti ni. haishh dah berapa kali nak buat ni asik tertangguh je. hehe.. nanti nak try jugak. suke nampak talam tu. lawa

Sugar 'n' Spice said...

w/salam izzah...

Alhamdulillah sehat2 da noooo.....

Farrah MF said...

assalamu'alaikum,
wahhhh, kena cuba nih!
terliur nampak talam tuh

Sugar 'n' Spice said...

w/salam Farahh...cubaaa... senang jer kn....hiihih

dZana said...

akk suke kuih2 cam ni.. tpi rakyat jelata dlm umh akk ni eksen2 belaka.. nnti akk terkulat2 mghabiskannya.. huuu.. sedapnya..

Sugar 'n' Spice said...

Kak Dzana...depa sumer hidung mancung...selera omputih, kite ni idung penyet....suka ler kuih2 kukus niii...hiihihi

tun_telani said...

kak mimie =) tun x pernah menalam.. hihi...xtau la nape x smp seru nk menalam.. tapi kalau org kasi tun akan pulun makan jugak ;p

Sugar 'n' Spice said...

Tun... jgn salam talam 2 muka ok...ekekekek
nk buat mmg x best, org buatkn amatlah besttt..hahahhaha

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum..
Talam roti lapis coklat ni ada dah di sini.. Cantik.. Bila nak buat ni????

Sugar 'n' Spice said...

Nadz...yg ni senang..sambil2 masak pon leh wat... masa n ketika jer yg kene set....
yg penting mood...kalo mood x ok...sumer mende x menjadik kn....