Followers

Saturday 17 December 2011

Kek Kacang Tanah / Peanut Cake


Bertemu lagi di dalam keadaan cuaca yang tidak menentu di bumi Cheras ini. Mungkin seantero Malaysia mengalami musim yang tidak menentu manakala di sesetengah tempat mengalami musim banjir. Jengok-jengoklah anak-anak kita yang amat leka bermain air kerana mereka tidak mengerti bahawa bahayanya bermain hujan atau limpahan air yang bayak dikawasan kediaman kita..... 

Bercakap pada musim hujan ini, tidak terlepas dari keadaan perut yang lapar yang mahu sentiasa diisi.... Berikutan mimie mempunyai lebihan kacang tanah di dalam "peti simpanan rahsia" mimie, (stok buat nasi lemak dan mimie bandung) yang berlebihan, teruja pula ingin mencuba kek nostalgia Bumi Kenyalang ni... sedappp...ada rasa-rasa seperti kek peanut butter.... lemak-lemak kacang tanah... meamg sedappp... sesuai untuk dibuat minuman petang di kala musim hujan ni.... Jom jengah....




KEK KACANG TANAH
Sumber Resepi : Kak Dayangjack

bahan-bahan : loyang 22-23 cm
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan kacang tanah (yang sudah digoreng/panggang dan dikisar)
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 5 biji telur Gred B
  • 1/2 cawan susu segar (boleh tambah jika perlu)
  • 200 g mentega 
  • 1  1/4 cawan brown sugar  (DJ guna 1 cawan brown sugar + 1/4 castor sugar) 
  • 2 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :

  1. Panaskan oven pada suhu 170-180C. Lengserkan loyang kek dengan mentega. 
  2. Ayakkan tepung bersama serbuk penaik dan soda bikarbonat di dalam satu bekas. Kemudian, masukkan kacang tanah kisar dan kacau rata-rata. Ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk pengadun, putar mentega bersama gula hingga kembang. (HIGH SPEED)
  4. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar perlahan. 
  5. Masukkan esen vanilla dan putar lagi hingga sebati.
  6. Tuangkan susu segar sedikit demi sedikit sambil diselang-selikan dengan tepung. Kacau sebati dan perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. (JANGAN DIPUTAR DENGAN MIXER)
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 45 minit atau hingga masak keperangan.
  8. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. 

8 comments:

tun_telani said...

kak mimie, tun baru je bermandi hujan.. hihi... td cerah kejap, pastu tun gi kedai tgh2 jalan hujan pulak. tgk payung xde dlm kereta, so redah je laa..
xpernah dgr lagi kek kacang tanah.. rasa peanut butter ye.. mesti jakun kalau makan nih. hihi..

Amie said...

nampak gebu KKT tu... moist juga, sedapnya!

nOOrsha said...

salam..nmpak sedap kek kacang tanah ni...terasa2 pulak lemak2 kek ni dlm mulutt..nyumnyumm..sedapnye :)

ibundo said...

salam..
ni bundo datang membalas lawatan. Cheras dengan br baru bangi sepelaung je..

Unknown said...

yupp bundoo.... suku sakat ler ni kn...eeeeeekeekek

Unknown said...

salam kunjung balas ke sini..salam kenal juga.tq sudi singgah my blog.sedapx2 tgk makanan kat sini..saya follow juga yer:)

izahdaut said...

kek ni yang kak dayang kata sangat sedap ni. haishh tak leh imejin camne rasanya. tapi nampak sangat sedap tu

Unknown said...

tun...akk pon jakun makn...ekekeke

Amie....mmg moist...

noorsha...kat bdn ni pon da neek lemakk...ahahah

Nieza...TQ.

Izah... yup amek resepi dr kak DJ, emejin cam rase ala2 peanut butter yg blemak2 gituuuu....