Followers

Thursday 15 December 2011

Telur Puyuh Lada Hitam


Bertemu kembali setelah bumi Kuala Lumpur hampir lumpuh dek hujan lebat berturut-turut selama 2 hari.... Hmmm baru berkira-kira nak turun KL untuk membeli persiapan persekolahan anak-anak.Ehhh...Kl jer kerr yang memenuhi persiapan persekolahan ni.... alasan paling senang...nak merewang jer lebih..hihihih 
Arrghhhh...di kawasan perumahan ni pon dah banyak pilihan untuk keperluan persekolahan ni, da tak payah dengan sesak-sesak orang ramai dan kesesakan lalu lintas, tak pasal-pasal nanti kene plak berkampung ditengah-tengah bandar tuu....

Hari ni mimie nak kongsi salah satu menu sampingan peberet kami sekeluarga, iaitu Telur puyuh masak Lada Hitam... hidangan ini main letak itu ini, kebetulan kami semua amat menyukainya.... jom selakkk...


TELUR PUYUH LADA HITAM

Bahan-bahan :-

30 biji telur puyuh - direbus terlebih dahulu dan di goreng hingga agak garing sedikit 
1 labu bawang besar - dimayang
5 ulas bawang putih - dimayang
3 inci halia - dihiris
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar/ mimie guna lada hitam serbuk yg kasar sedikit
2 tangkai cili merah
1 tangkai daun kari
sedikit air (dlm 3-4sudu besar air)
Garam secukupnya.


Cara-caranya :-
  • Tumis halia, bawang merah, bawang putih hingga naik bau dan masukkan lada hitam. Kacau rata.
  • Masukkan sos tiram, cili merah, daun kari, garam dan air kacau hingga agak pekat dan akhir sekali telur puyuh kacau sebati. Tutup api.

8 comments:

Qhaifa Nur said...

salam singgah..

sedapnya, sesekali makan telur puyuh ni..

maz said...

sdppp jgk npak tlur pyuh msk mcm tu..meratah pun ok tu..comel je duk lam pngan tuu..

Unknown said...

Qhaifa...mmg sedap, sbb lwn ngan lada hitam...fuhhh...

Maz...meratah pon sedapp..sbb dia kecik2...skali ngapp sajok...hihihihi

Amie said...

langkah kanan ni...banyaknya telur puyuh, naktapau 10 bijik bawa balik.

SufatihaNur said...

slalu tgk org masak cili je telur puyuh ni...ermmm lain dr yg lain neh..mesti best

Unknown said...

Amie... dah licin da ponnn....hihiihi

Sufatiha.... kene cuba sedappp... halia kene lebey br besstttt...

CT Delima said...

As'salam Mimie

wahhh...fav k.ct telur puyuh, selalu masak sambal campur dengan udang. Tapi ni ada kelainan, sedap tu. Hubby pulak dengan anak bujang yang kecik tak suka sebab banyak kolestrol katanya..hehehe. tak nak tak apa duk aje tengok k.ct makan kan Mimie..hehehe

Unknown said...

Btul3x...hihihiih

wahhh...baguih asben akk n ank2 akk, jg bdn n kesihatan....mimie ni kalo yg sedap bedal jerrr....


Hmmmm...sy bese telut puyuh masak gini, x penah plak wat sambal....
nti nk cuba wat sambal lahhh....kolestroll...jaga2...hihihih