Followers

Thursday, 22 December 2011

Self Frosting Nutella Muffin


Assalammualaikum w.b.t... jumpa lagi. Hari ni mimie nak share resepi muffin yang sangat-sangat la sedap nii...asalnya resepi ni mimie ambil dari Kak Puteri Manja @fb. Tengok dari dia present pon mimie da berkenan dan dah menjejeh2 ayaq liur nih...(huiihh...bughuk pangai..) Walaupun tidaklah sehebat kak Puteri Manja 'mendeko' tapi hebatlah di mata anak-anak mimie nih...hihiihih (depa mana tau deko2 nih...hahah)....

Asalnya swirl kat atas tu letak nutella, oleh kerana stok tak ada, mimie tukar pada 'Choki' lagipon senang sikit nak buat bulatan kat atas tu....  ;)



SELF-FROSTING NUTELLA MUFFIN

Sumber : Kak Puteri Manja @fb


Bahan-Bahan :-

180gm butter
100gm gula castor
3 biji telur gred A
1 sudu kecil essen vanilla 
200g tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
30ml susu segar
1/2 cawan chocolate chips - mimie tambah
Nutella secukupnya -
mimie guna chokki saje...

Cara-caranya:-
  •  Tepung gandum dan baking powder diayah terlebih dahulu.
  • Pukul Butter dan gula hingga kembang dan masukkan telur satu persatu dan diikuti dengan essen vanilla dan pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan tepung dan diselang-seli dengan susu segar kacau kaup balik dengan menggunakan spatula atau senduk kayu
  • Masukkan adunan ke dalam papercup lebih kurang hampir 3/4 penuh 
    Masukkan nutella ke dalam piping bad dan pipekan sedikit nutella di atas muffin buat corak seperti 'Swirl Pattern' 
  • Bakar pada suhu 170 selama 15-18 minit atau hingga keperangan.


Abaikan pattern yang comot ini



3 comments:

Sue @ Nenie said...

Assalamalualaikum S&S..Menarik juga muffin ni..mesti cuba gak ni..kena kumpul virus M dulu...

Unknown said...

W/salam Sue... hahahaha virus M mmg kerap melanda sumer org pd musim2 hujan nih...

dZana said...

sedapnya klau dpt mkn muffin yg panas2..kt rmh akk ni rakyatnya dah bkurang.. anak2 semua dah ikut maksedaranya di JB.. tu yg malasnya mjadi2.. huuuu