Assalammualaikum.... arini barulah mentari memunculkan diri setelah 3-4 hari disebalik tabir awan sahaja. Panas. Hurmm...berlonggok-longgok laaa baju hendak dicuci. Apa-apa pon kerja jangan ditangguh-tangguh, takut nti dalam kesibukan yang tak diduga, haa bertimpa-timpa kerja yang ingin dilakukan, begitu juga cuaca yang sejak kebelakangan ini tidak menentu panas di pagi hari da hujan ribut diwaktu petang....
Kali ni mimie nak berkongsi satu pemanis mulut yang sedap juga dikala memasuki kerongkong mimie nihh......sebenarnya petang semalam mimie teringin lagi nak menjamu puding karemel oleh kerana stok telur kehabisan, terpaksa melupakan untuk menjamah puding karemel....
......... dan setelah "menggoogle" resepi 'encik google' dessert yang tanpa menggunakan telur dan mudah ni, Puding Karemel Tanpa Telur'...wahhh...kebetulan....tercapai juga nak manjamah karemel. Pada yang alah telur atau tidak suka bau telur dalam karemel tu, yang ini pasti menepati citarasa anda....
Sedapp......
PUDING KAREMEL TANPA TELUR
Sumber Resepi : firasyira@myresepiBahan-bahan:-
2 senduk gula - mimie guna 1/4 cawan gula castor - untuk karemel
1 bungkus agar-agar serbuk (7g)
4 cawan air
2 1/2 senduk gula - mimie guna 1/4 cawan gula castor
1 tin susu cair(lebih kurang 400g)
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil essen vanilla
4 cawan air
2 1/2 senduk gula - mimie guna 1/4 cawan gula castor
1 tin susu cair(lebih kurang 400g)
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil essen vanilla
Cara-caranya :-
- Panaskan gula dengan api perlahan didalam loyang dan apabila gula menjadi perang senget-sengetkan gula hingga menjadi rata diatas permukaan loyang. Ketepikan.
- Dalam periuk satukan serbuk agar², air dan gula. Masak dengan api perlahan hingga mendidih.
- Didalam bekas lain satukan susu cair, tepung kastard dan essen vanillan. Kacau rata dan masukkan ke dalam air gula ayng telah mendidih tadi hingga adunan menjadi pekat dan likat. Tutup api.
- Masukkan adunan kedalam acuan atau loyang. Sejukkan.
- Hidang semasa sejuk.
1 comment:
sedapnya tgk puding ni...saya pun pernah buat yg versi tanpa telur ni memang best dimkn bila disejukkan:)
Post a Comment