Followers

Friday, 30 December 2011

Marble Cheese Brownies


Wahhhh.... diam tak diam, arini adalah hari jumaat yang terakhir dalam tahun 2011 dan dah pon sampai ke penghujung akhir tahun...umur pon da meningkat..badan jangan cakap lerrr...dah bertingkat-tingkat..muhehehhe

Ekceli Marble Cheese Brownies ni dah beberapa kali mimie menggodek, dan baru ler kali ni dia enterprem kt dalam ni haaa.... dan entah yang keberapa kali, mimie godek lagi petang semalam bagi menjamu sepupu anak mimie yang berkunjung ke rumah...(benornya mimie pon nak tumpang sekaki makan brownies ni)...MCB ni juga slaah satu cake peberet kami sekuarga....sedap wehhh....segala tok nenek brownies memang sodappp.... makan pon sampai lelap-lelap mata.....hahahahha


 


MARBLE CHEESE BROWNIES
Sumber Resepi : Ros@jintanmanis 


Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor  - mimie guna 1/2 cawan jerr
1 biji telur gred B 


Optional

2 sudu besar susu segar - mimie tambah
3 sudu besar jus lemon/oren - mimie letak 1 sudu besar oren sunquick
Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.


*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.



Wednesday, 28 December 2011

Cucur Udang Geragau


Bertemu lagi.... hidangan ni adalah hidangan minum petang kami petang semalam. Saja nak mencuba udang papai  yang tertera di pack bungkusan udang tersebut. Udang Papai..?? ehhh...udang papai ni tak sama ker dengan udang geragau ?? yang mimie tau selepas di goreng, huhhhh memang sedapppp.....

Yang mimie tau segala jenis udang kalau buat cucur ni memeng sedap melainkan udang kertas dan udang beso² tuuu...makkk aiihh...mana ade udang beso² buat cucur...rugiii....hiihihih..... jom layannn....


CUCUR UDANG GERAGAU
Resepi Asal : Sugar n Spice


3 cawan tepung gandum
20g udang geragau/udang papai
1 labu bawang besar - dihiris
1 biji kentang - potong dadu
1 biji telur
1/4 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit daun sup/daun kucai -
sedikit garam halus
air secukupnya.
Minyak untuk menggoreng


Di dalam mangkuk kecil pukul telur.
Satukan tepung gandum, udang geragau, bawang, kentang, daun sup dan gaul rata. Air dan garam disatukan dam masukkan kedalam adunan tepung sedikit demi sedikit. Dan Masukkan telur dan soda bikarbonat. Tambah air lagi. (tidak terlalu cair atau pekat). Goreng dengan minyak yang panas hingga kekuningan Toskan.


Nota : Sedap dimakan bersama sos kegemaran dan sambal tumis. (Mimie layan dengan kari ayam jerr...)


Sunday, 25 December 2011

Puding Karemel Tanpa Telur





Assalammualaikum.... arini barulah mentari memunculkan diri setelah 3-4 hari disebalik tabir awan sahaja. Panas. Hurmm...berlonggok-longgok laaa baju hendak dicuci. Apa-apa pon kerja jangan ditangguh-tangguh, takut nti dalam kesibukan yang tak diduga, haa bertimpa-timpa kerja yang ingin dilakukan, begitu juga cuaca yang sejak kebelakangan ini tidak menentu panas di pagi hari da hujan ribut diwaktu petang....

Kali ni mimie nak berkongsi satu pemanis mulut yang sedap juga dikala memasuki kerongkong mimie nihh......sebenarnya petang semalam mimie teringin lagi nak menjamu puding karemel oleh kerana stok telur kehabisan, terpaksa melupakan untuk menjamah puding karemel.... 
......... dan setelah "menggoogle" resepi 'encik google' dessert yang tanpa menggunakan telur dan mudah ni, Puding Karemel  Tanpa Telur'...wahhh...kebetulan....tercapai juga nak manjamah karemel. Pada yang alah telur atau tidak suka bau telur dalam karemel tu, yang ini pasti menepati citarasa anda....
Sedapp......



PUDING KAREMEL TANPA TELUR
Sumber Resepi : firasyira@myresepi


Bahan-bahan:-

2 senduk gula - mimie guna 1/4 cawan gula castor - untuk karemel
1 bungkus agar-agar serbuk (7g)
4 cawan air
2 1/2 senduk gula - mimie guna 1/4 cawan gula castor
1 tin susu cair(lebih kurang 400g)
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil essen vanilla


Cara-caranya :-

  • Panaskan gula dengan api perlahan didalam loyang dan apabila gula menjadi perang senget-sengetkan gula hingga menjadi rata diatas permukaan loyang. Ketepikan. 
  • Dalam periuk satukan serbuk agar², air dan gula. Masak dengan api perlahan hingga mendidih.
  • Didalam bekas lain satukan susu cair, tepung kastard dan essen vanillan. Kacau rata dan masukkan ke dalam air gula ayng telah mendidih tadi hingga adunan menjadi pekat dan likat. Tutup api.
  • Masukkan adunan kedalam acuan atau loyang. Sejukkan.
  • Hidang semasa sejuk. 
 


    Thursday, 22 December 2011

    Self Frosting Nutella Muffin


    Assalammualaikum w.b.t... jumpa lagi. Hari ni mimie nak share resepi muffin yang sangat-sangat la sedap nii...asalnya resepi ni mimie ambil dari Kak Puteri Manja @fb. Tengok dari dia present pon mimie da berkenan dan dah menjejeh2 ayaq liur nih...(huiihh...bughuk pangai..) Walaupun tidaklah sehebat kak Puteri Manja 'mendeko' tapi hebatlah di mata anak-anak mimie nih...hihiihih (depa mana tau deko2 nih...hahah)....

    Asalnya swirl kat atas tu letak nutella, oleh kerana stok tak ada, mimie tukar pada 'Choki' lagipon senang sikit nak buat bulatan kat atas tu....  ;)



    SELF-FROSTING NUTELLA MUFFIN

    Sumber : Kak Puteri Manja @fb


    Bahan-Bahan :-

    180gm butter
    100gm gula castor
    3 biji telur gred A
    1 sudu kecil essen vanilla 
    200g tepung gandum
    2 sudu kecil baking powder
    30ml susu segar
    1/2 cawan chocolate chips - mimie tambah
    Nutella secukupnya -
    mimie guna chokki saje...

    Cara-caranya:-
    •  Tepung gandum dan baking powder diayah terlebih dahulu.
    • Pukul Butter dan gula hingga kembang dan masukkan telur satu persatu dan diikuti dengan essen vanilla dan pukul lagi hingga sebati.
    • Masukkan tepung dan diselang-seli dengan susu segar kacau kaup balik dengan menggunakan spatula atau senduk kayu
    • Masukkan adunan ke dalam papercup lebih kurang hampir 3/4 penuh 
      Masukkan nutella ke dalam piping bad dan pipekan sedikit nutella di atas muffin buat corak seperti 'Swirl Pattern' 
    • Bakar pada suhu 170 selama 15-18 minit atau hingga keperangan.


    Abaikan pattern yang comot ini



    Tuesday, 20 December 2011

    Cinnamon Pull Apart Bread


    Hahahaha...akhirnya kekempunanku ini terjawab jua. Melihat komen rakan-rakan yang mengatakan CPAB ini, menggeletek tangan yang gebus ini untuk merasa kelembutan yang diwar2kan. Semalam melihat izahdaut tayang CPAB ni lagi lah 'kejelesan' ku ini dirobek-robek. Malah dah ramai yg mencuba resepi dari joythebaker ini. Selain Tun Telani, Izah, Kak Zana, Kak Nor@secubit garam dan ramai lagi dapor-dapor yang berbau harum semerbak dek CPAB ni yang mimie mungkin tidak perasan.....(soriiii...)....

    Fuhh...harum semerbak satu rumahh....dan sedap dimakan waktu panas-panas keluar dari oven dan dinikmati pada musim-musim hujan ni...lembut...w/pon menggunakan tepung gandum.


    CINNAMON PULL APART BREAD
    Recipe: Joy the Baker
    Sumber : Tun Telani


    For the Dough
    2 3/4 cups plus 2 tbs tepung
    1/4 cup gula kasar
    2 1/4 sudu kecik yeast
    1/2 sudu kecik garam
    4 tbs butter  - tun letak 50g
    1/3 cup susu penuh krim
    1/4 cup air
    2 biji telur (size A)
    1 sudu kecil Vanilla extract

    For the Filling

    1 cup gula kasar - sama dengan tun guna guna gula perang, tun pun x habiskn 1 cawan tu
    2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon) ~ k.nor letak 1 sudu kecil jer
    1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg) ~ ade stok tu yg letak
    4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi brown
     
    Cara:

    Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cups tepung, sugar, yeast, and salt. Ketepikan

    Pukul telur, ketepikan


    Dalam small saucepan, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam2 kuku.


    Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi. Add 3/4 cup tepung, dan uli sehingga sebati. The dough will be sticky. Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.

    note : dough yang the naik, boleh disimpan di dalam peti semalaman, dan diguna keesokan hari. (I skipped this)

    Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk.




    Canai dough dan sapukan dough dengan butter yang dpanaskan tadi dan taburkan campuran cinnamon + gula perang. kerat doh kepada 6 bahagian.

    lapiskan ke enam2 lapisan, pastu kerat kepada 6 bahagian yg sama besar. susun dlm loyang.. (sila abaikan susunan yg sesuka hati tu.. hehe...)

    Bila dough dah naik 2 kali ganda, bolehla dimasukkan kedalam oven yang telah dipanaskan.

    Bakar pada suhu 175 C, selama 30-35 minit sampai lapisan atas menjadi dark brown.. tutup bahagian atas dgn aluminium foil kalau x nk terlampau garing.




    Monday, 19 December 2011

    Eggless Chocolate Cake


    Assalammualaikum w.b.t dan bertemukembali.... dalam dok kemalasan dan cuaca seperti disogok-sogok supaya dok dendiam ni, si anak dare dah ketagihan nak menjamu kek sepanjang masa. Aittt, depa ni takut gumuk kaaa..? dan yang pasti bukan penjamah yang gumuk yang tukang mengadun itulah penternak lemak sebenarnyaa...hahahahha (senyum sumbeng japp..)

    Puas di cari resepi manakah yang paling senang dan sedapp...yeahhh...ketemu di dapur kak Dayang lagi... kek yang memudahkan kerja mimie di dapur dan rasanya tak sampai 1/2 jam, kek ni dah berada didalam gobok oven, dan yang memudahkan kerja mimie ni sebab tidak menggunakan timbang kati kilo itu sumerr..just guna sukatan cawan sudah mempercepatkan kerja mimie ni haaa...memang mudah dan sedappp.....cukupppppp moist sangat....dan jimat belanja....(jimat telur laaa)...

    Psstt...kek ni pon tak sampai 1 jam dah licin...kebulurkah mereka......hahahahah



    EGGLESS CHOCOLATE CAKE
    Sumber Resepi : Dayangjack


    Bahan-bahan :-
    • 1 cawan (125g)  tepung naik sendiri
    • 1 1/4 cawan gula perang (soft brown sugar)
    • 1/2 cawan serbuk koko 
    • 1/2 cawan susu segar
    • 1/2 cawan air sejuk
    • 1/3 cawan minyak jagung / minyak masak
    • 1 sk serbuk soda bikarbonat
    • 1 sk esen vanilla
    • 1 sk cuka / jus lemon

    Cara-cara :

    1. Panaskan oven pada suhu 160-170C. Lengserkan loyang kek (DJ guna yg berukuran 17.5 cm) dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
    2. Ayakkan tepung, koko, serbuk soda bikabonat di dlm mangkuk adunan. Kemudian masukkan gula. Kacau rata-rata.
    3. Masukkan susu, air dan esen vanilla. Kacau sebati dgn menggunakan senduk kayu. Pastikan adunan tidak bergentel dan gula larut. (Jika perlu, boleh juga diputar dgn mixer)
    4. Masukkan minyak jagung/minyak masak. Kacau lagi dgn menggunakan senduk kayu.
    5. Akhir sekali, barulah dimasukkan cuka atau jus lemon. Kacau cepat2 hingga adunan sebati.
    6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30 minit atau sehingga masak.
    7. Sejukkan kek setelah masak. Jika suka, bolehlah dihiaskan dgn topping atau ganache. 
    ***sukatan dgn menggunakan cawan metrik.
    ***tidak perlu letak garam sb tepung naik sendiri sudah ada kandungan garam.


    Saturday, 17 December 2011

    Kek Kacang Tanah / Peanut Cake


    Bertemu lagi di dalam keadaan cuaca yang tidak menentu di bumi Cheras ini. Mungkin seantero Malaysia mengalami musim yang tidak menentu manakala di sesetengah tempat mengalami musim banjir. Jengok-jengoklah anak-anak kita yang amat leka bermain air kerana mereka tidak mengerti bahawa bahayanya bermain hujan atau limpahan air yang bayak dikawasan kediaman kita..... 

    Bercakap pada musim hujan ini, tidak terlepas dari keadaan perut yang lapar yang mahu sentiasa diisi.... Berikutan mimie mempunyai lebihan kacang tanah di dalam "peti simpanan rahsia" mimie, (stok buat nasi lemak dan mimie bandung) yang berlebihan, teruja pula ingin mencuba kek nostalgia Bumi Kenyalang ni... sedappp...ada rasa-rasa seperti kek peanut butter.... lemak-lemak kacang tanah... meamg sedappp... sesuai untuk dibuat minuman petang di kala musim hujan ni.... Jom jengah....




    KEK KACANG TANAH
    Sumber Resepi : Kak Dayangjack

    bahan-bahan : loyang 22-23 cm
    • 1 1/2 cawan tepung gandum
    • 1 1/2 cawan kacang tanah (yang sudah digoreng/panggang dan dikisar)
    • 1 sudu kecil serbuk penaik
    • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
    • 5 biji telur Gred B
    • 1/2 cawan susu segar (boleh tambah jika perlu)
    • 200 g mentega 
    • 1  1/4 cawan brown sugar  (DJ guna 1 cawan brown sugar + 1/4 castor sugar) 
    • 2 sudu kecil esen vanilla

    Cara-cara :

    1. Panaskan oven pada suhu 170-180C. Lengserkan loyang kek dengan mentega. 
    2. Ayakkan tepung bersama serbuk penaik dan soda bikarbonat di dalam satu bekas. Kemudian, masukkan kacang tanah kisar dan kacau rata-rata. Ketepikan.
    3. Di dalam mangkuk pengadun, putar mentega bersama gula hingga kembang. (HIGH SPEED)
    4. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar perlahan. 
    5. Masukkan esen vanilla dan putar lagi hingga sebati.
    6. Tuangkan susu segar sedikit demi sedikit sambil diselang-selikan dengan tepung. Kacau sebati dan perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. (JANGAN DIPUTAR DENGAN MIXER)
    7. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 45 minit atau hingga masak keperangan.
    8. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. 

    Friday, 16 December 2011

    Talam Roti Lapis Coklat


    Salam Hari Jumaat semua iaitu penghulu segala hari.... mulakan semua perkara dengan Bismillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah...moga segala perkara yang kita lakukan mendapat berkat dariNya....InsyaAllah.

    Hari ni mimie nak share satu resepi Talam yang mimie ambil dari blog Kak Yatie yang mengkhabarkan bahawa talam ni cukup sedap kala dinikmati. Dari laporan kak Yatie itulah mimie teruja sangat nak menyediakan talam ni, lagipun salah satu bahan nya iaitu roti dalam rumah ni hampir tamat tempoh. Bagi mengelakkan pembaziran apalagi...... siap sedia untuk merasai talam ni. Lagipun penyediaan talam ni tidak mengambil masa yang lama...
    jom cuba....



    TALAM ROTI LAPIS COKLAT
    Resepi Asal : kak Wan
    Sumber Resepi : kak yatiememories

    Bahan-Bahan
    • 4 keping roti sandwich - buang tepi, siat kecil + rendam dgn 100 ml air
    • 50 gm gula pasir
    • 1/4 sudu teh garam
    • 200 ml santan KARA
    • 100 ml air
    • 60 gm tepung beras
    • 20 gm tepung sagu/tpng ubi
    • 1 sudu teh coklat emulco
    Acuan Lompang (10-12 biji)


    Cara-cara :
    1. Masukkan roti yang direndam ke dalam pengisar. Ketepikan.
    2. Satukan air, santan, gula dan garam, masak hingga gula larut. Biarkan suam. Masukkan tepung beras dan tepung sagu, gaul rata.
    3. Tuang campuran tadi ke dalam pengisar dan kisar bersama roti yang di rendam hingga halus.
    4. Bahagikan kepada 2 bahagian, satu warna asal dan satu lagi di campur dengan coklat emulco.
    5. Tuang warna asal, kukus selama 5 minit dalam pengukus yang di panaskan terlebih dahulu.
    6. Tanpa mengangkat dari pengukus, tuang adunan coklat ke atas lapisan bawah tadi. Lap tutup pengukus dan kukus selama 10 - 15 minit dengan api sederhana hingga masak.

    Thursday, 15 December 2011

    Telur Puyuh Lada Hitam


    Bertemu kembali setelah bumi Kuala Lumpur hampir lumpuh dek hujan lebat berturut-turut selama 2 hari.... Hmmm baru berkira-kira nak turun KL untuk membeli persiapan persekolahan anak-anak.Ehhh...Kl jer kerr yang memenuhi persiapan persekolahan ni.... alasan paling senang...nak merewang jer lebih..hihihih 
    Arrghhhh...di kawasan perumahan ni pon dah banyak pilihan untuk keperluan persekolahan ni, da tak payah dengan sesak-sesak orang ramai dan kesesakan lalu lintas, tak pasal-pasal nanti kene plak berkampung ditengah-tengah bandar tuu....

    Hari ni mimie nak kongsi salah satu menu sampingan peberet kami sekeluarga, iaitu Telur puyuh masak Lada Hitam... hidangan ini main letak itu ini, kebetulan kami semua amat menyukainya.... jom selakkk...


    TELUR PUYUH LADA HITAM

    Bahan-bahan :-

    30 biji telur puyuh - direbus terlebih dahulu dan di goreng hingga agak garing sedikit 
    1 labu bawang besar - dimayang
    5 ulas bawang putih - dimayang
    3 inci halia - dihiris
    2 sudu besar sos tiram
    2 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar/ mimie guna lada hitam serbuk yg kasar sedikit
    2 tangkai cili merah
    1 tangkai daun kari
    sedikit air (dlm 3-4sudu besar air)
    Garam secukupnya.


    Cara-caranya :-
    • Tumis halia, bawang merah, bawang putih hingga naik bau dan masukkan lada hitam. Kacau rata.
    • Masukkan sos tiram, cili merah, daun kari, garam dan air kacau hingga agak pekat dan akhir sekali telur puyuh kacau sebati. Tutup api.

    Wednesday, 14 December 2011

    Strawberry Cake..... harum n sedappp...


    Pertama kali melihat di rakan FB Kak Puteri Manja memaparkan kek ni, hati dah tertawan dek panahan gambar kek tersebut. Buah strawberry segar menjadi penyeri didalam kek strawberry ni. 

    Tekstur kek ni lembut dan gebu, umpama kek butter perasa strawbery. Makan kek ni terasa jer manja-manja kat dalam tekak ni...sedapp laaa dan tak sampai 20 minit kek ni sejuk dah habis dikerjakan anak-anak mimie ni...licinn dok berebut sambil menunggu giliran masing-masing, maksudnya....opkos lerrr sedap banget seyhhh..... kene cubaaa ...... (mcm nk wat lagi jer ni..) hihihihi


    STRAWBERRY CAKE
    Sumber Resepi : Puteri Manja @ FB

    Bahan-bahan : (sazi loyang 6inchi atau 7inchi)

    100gm non-salt butter (suhu bilik) - mimie guna butter biasa saja

    80gm gula kastor
    120gm tepung naik sendiri (diayak)
    2 biji telur (Gred A) - suhu bilik
    100gm buah strawberry segar - didadu kecil (nk guna buah lain pon ok)
    Sedikit pewarna pink
    Sedikit perasa strawberry - mimie tambah 

    Cara-caranya :
    • Pukul butter dan gula hingga kembang dan putih.
    • Dalam mangkuk lain pukul telur (mcm nk buat telur dadar tu), kemudian masuk ke dalam adunan butter tadi sedikit demi sedikit sambil di pukul. 
    • Dengan menggunakan senduk kayu atau spatula masukkan bahan yang diayak dan kacau rata.
    • Akhir sekali masukkan pewarna, perasa strawberry dan buah strawberry dan gaul hingga rata lagi.
    • Lanserkan loyang dan masukkan adunan. Bakar pada suhu 170 selama 30-35 minit bergantung pada kecanggihan oven masing-masing.

    Tuesday, 13 December 2011

    URAP Daun Selom


    Alhamdulillah.... kenyang sudah. Sedapnyer makan bersama pembuaka selere ni...walaupun bersama menu yang simple. Kalo ada kuah lemak dan sambal, makan bersama urap ni memang cukup menyelerakan. Apatah lagi urap ni adalah sayur segar tanpa dimasak hanya digaul dengan perasa sampingan sahaja. Tak percaya urap ni penambah selere..?? meh tengok badan mimie ni..??? hahahahah
    Jom selak resepi.....


    URAP DAUN SELOM

    2 ikat daun selom - cuci bersih dan dipotong hakus
    Segenggam udang kering - dicuci bersih
    1 labu bawang besar
    1/2 inci belacan bakar
    2 sudu besar kelapa parut
    5 tangkai cili padi 
    1/2 inci kunyit hidup - mimie guna kunyit serbuk aje
    2 biji limau kasturi - ambil jusnya
    sedikit garam
    • Belacan bakar, cili padi, garam, bawang besar, kunyit ditumbuk kasar dan masukkan kelapa, tumbuk lagi. 
    • Masukkan kelapa dan tumbuk lagi. (jangan terlalu hancur, hanya tumbuk kasar sahaja).
    • Didalam satu bekas, masukkan daun selom yang telah dihiris gaul bersama bahan tumbuk tadi dan masukkan perahan air limau kasturi. Siap untuk dihidang.


    Monday, 12 December 2011

    PAVLOVA


    Pavlova...manis, tapi anak-anak suka. Pavlova ini terhasil berikutan ade lebihan putih telur, maka terjadilah pavlova versi mimie ni. Rasanya agak manis, sebab itulah dimakan bersama cream dan buah-buahan segar yang masam. Barulah seimbang...kalo tidakk.....adooiiii...manis yang amat...

    Pavlova ni, rasenya lebih kurang seperti gula-gula kapas, dan didalamnya apabila dipotong lembut bak buih.Itu versi mimie laa..sebab 1st time mimie makan ni.... kalau nak rase jom cubaa...

    PERINGATAN : AMATLAH TIDAK SESUAI BAGI PENGHIDAP ATAU BAKAL PENGHIDAP DIABETES.


    PAVLOVA
    Sumber Resepi : joyofbaking

    4 biji putih telur 
    1 cawan gula halus  - mimie letak 1/2 cawan + 2 sudu besar gula 
    1/2 sudu kecil essen vanilla
    1 sudu kecil cuka masakan
    1/2 sudu besar tepung jagung 
    • Pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan gula dan pukul lagi dengan kelajuan tinggi hingga menjadi kaku atau soft-peak.
    • Masukkan essen, tepung jagung dan cuka kacau perlahan-lahan dengan menggunakan spatula dan masukkan adunan didalam piping bag dengan menggunakan nozel bunga.
    • Di atas kertas minyak atau baking paper lukis bulatan seperti rajah dan paipkn adunan mengikut rajah hingga adunan habis.
    • Bakar pada suhu 130 selama 1-1jam 20 minit.
    • Rehatkan pavlova hingga betul-betul sejuk dan barulah letak topping.


    Topping:-

    1 cawan (240 ml) heavy whipping cream 
    1 1/2 sudu besar gula halus - mimie letak 1 sudu kecil 
    1/2 sudu kecil essen vanilla - mimie x letak 

    Pukul whipping cream hingga kaku atau berkrim masukkan gula dan essen dan pukul lagi.
    Sapukan cream dan hias dengan buah-buahn segar mengikut kreativiti sendiri.

    Fresh fruit - kiwi, strawberries, raspberries, blackberries, passion fruit, peaches, pineapple, atau buahan pilihan anda. (prefer buahan segar yang rasa masam²)


    Sunday, 11 December 2011

    Bubur SumSum



    Suka benar kami makan manis-manis sejak kebelakangan ini..... jaga-jaga, elakkan manis dalam makanan dan tambahkan manis dalam senyuman. Ni dua-dua da tambah manis.... meleret-leret senyum kalau dapat makanan manis...adooyyaiii.....

    Bubur Sumsum ni, mimie pertama kali mencuba manisan ni rumah MIL... first time beb...jakun pon adoo masa tuuuu...fuhhh..sedappp...simple dan tak bercampur aduk rasa dengan manisan yang lain, lemak-lemak santan dan manis-manis gula melaka.... cuba laaa....

    Mimie da tak ingat kat mana mimie jumpa resepi yang senang bagi mimie yang tak perlu ditimbang bahannyer cuma sukatan menggunakan cawan sahaja..... minta tuan empunya resepi ni halalkan yerr....


    BUBUR SUMSUM


    Bahan-bahan :

    2 cawan tepung beras
    61/2 cawan santan
    1 sudu kecil garam

    Satukan semua bahan didalam periuk dimasak diatas api yg perlahan. 
    Kacau hingga likat dan sejukkan di atas loyang. (bahan dikacau tanpa henti - takut adunan berketul2)


    AIR GULA

    5 sudu gula merah
    1 sudu gula pasir
    daun pandan
    air secukupnya
    masak dan tapiskn. (manis ikut selera yer...)


    Saturday, 10 December 2011

    Mee Kari Kerang...


    Alhamdulillah.... terduduk seketika kekenyangan dek puas makan mee kari. Apa tidaknya, ikut suka hati jer letak kerang lebih-lebih. Lebih kerang dari kuah kari....heheheh..

    Memang sedap mee kari kerang ni.... terima kasih kepada tuan empunya resepi. Silap-silap setanding dengan mee kari di kopitiam.... Jom cuba resepi ni...


    MEE KARI KERANG
    Sumber Resepi : puncakkasih

    Bahan-bahan :-

    Satu senduk minyak masak
    10 ulas bawang merah - ditumbuk halus
    10 ulas bawang putih - ditumbuk halus
    2 bungkus kari BABA's - bancuh dengan sedikit air, jadikan pes - mimie guna serbuk kari daging Mak Siti
    1 sudu besar cili blender - mimie tak letak
    Daun kari 

    3 biji buah pelaga
    1 biji bunga lawang

    Sebiji kelapa, ambillah santannya dan perahan kedua - prefer blend utk memekatkn santan
    600 gm udang basah (kopek kulitnya dan bersihkan, KULIT tu diBLENDER, ambil airnya) - mimie tak letak
    1 kilo kerang (kalau tak mau kerang, boleh ganti dengan udang kering)
    3 biji kentang - potong kecil-kecil
    Tauhu kering (yg bila dimasak, nampak terapung dalam kuah)
    1 bungkus fish ball (potong kecil-kecil)
    2 keping fish cake (potong kecil-kecil)
    Garam secukup rasa
    Serbuk Perasa (Ajinomoto) - mimie ltk 1/4 kiub ayam knorr
    ½ kilo sawi

    Bahan-bahan sayuran:
    =================
    1 bungkus Mee kuning (dicelur)
    50 sen taugeh (dicelur)
    3 biji telur (direbus dan dipotong 2 atau 4, ikut suka)
    2 keping tauhu (digoreng, kemudian potong kecil-kecil)
    Daun sup/daun bawang (dipotong halus-halus)
    Cili merah (dimayang halus)
    Bawang goreng
    Daun pudina (untuk lebh "ummpph")

    Bahan option:
    Ayam goreng yg dicarik-carik.

    Cara-caranya :- 
    Tumis bawang merah & putih sehingga naik bau. Masukkan pes kari, cili blender, daun kari, buah pelaga dan bunga lawang. Setelah semua bahan tadi ditumis hingga bau wangi, masukkan santan cair & kentang.
    Biarkan sekejap. Kemudian masukkan juga udang basah, udang kering (jika ada), kerang, fish ball, fish cake, air blender kulit udang dan biarkan dengan api yg sederhana.

    Setelah kentang empuk, masukkan garam, santan pekat, serbuk perasa dan tauhu kering serta sawi. Kacau sehingga mendidih. Matikan api.


    NOTA : Untuk mendapat mee kari yang sedap, jangan dicampur antara kerang (seafood dengan daging. Ini menyebabkan rase seafood berlawanan dengan daging. Jika ingin dicampur bersama ayam, goreng ayam terlebih dahulu dan dicarik-carik dan makan bersama mee kari tersebut.





    Friday, 9 December 2011

    Sago Gula Melaka



    Gara-gara suka menonton rancangan "Jalan-jalan Cari Makan', selalu terlihat Chie selaku pengacara membawa kita melihat dia menikmati di restoran-restoren mewah sering disajikan Sago Gula Melaka ni sebagai pencuci mulut.

    Apa istimewanya pemanis yang satu ni...ikhlas, mimie tak pernah mencuba menikmati pemanis mulut ni....
    Dan hari ini, baru berkesempatan ingin mencubanya apabila terlihat di blog kak yatiememories. Wahh...nampak meriah dan bahan-bahan nyer mudah didapati..... 

    Thumbs-up...memang sedappp....patut laaa di hotel-hotel menyajikan sago ni sebagai pemanis mulut di restoren mereka. Dan mungkin mimie akan menikmati sago ini lagi dan lagi dan lagiiiiiii......




    SAGO GULA MELAKA
    Sumber asal : Kak Ummi
    Sumber : Kak yatiememories


    Bahan-Bahan
    • 300 gm biji sagu warna putih - mimie guna sagu merah
    • 2 liter air
    • 1/2 camca teh pewarna hijau (*ummi guna 2 sudu kecil pes pandan je) - mimie tak letak
    • 2 helai daun pandan - kisar dan tapis jusnya - mimie tak letak
    Untuk sirap gula:-
    • 1 ketul gula melaka, potong kecil
    • 1/2 cawan gula pasir - mimie tak letak
    • 1 1/4 cawan air
    • 1 helai daun pandan
    • (masak hingga gula larut dan pekat, tapis dan sejukkan)
    Bahan Utk Kuah Santan
    • 1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam
    • **Yatie guna 1 cwn santan pekat dan masak bersama 1 cwn air,tambah sedikit garam dan sejukkan.
    Cara Menyediakan:-
    1. Didihkan air, masukkan daun pandan dan pewarna hijau. Kemudian cuci sagu sekejap dan masukkan dalam air mendidih.
    2. Masak sagu berubah jadi jernih. Tutup api dan biarkan sagu tadi selama 2 - 3 minit.
    3. Angkat sagu tadi dan toskan serta cuci bawah air mengalir untuk membuang kanjinya.
    4. Toskan dan isi dalam acuan/mangkuk pilihan.
    5. Simpan dulu dalam peti sejuk 1 - 1 1/2 jam.
    Cara Hidangan:-
    1. Keluarkan sagu dari acuan, masukkan dalam mangkuk2 kecil, tuang sedikit air gula melaka dan sedikit santan atau susu sejat. Sedap di makan sejuk.


    Cendawan Masak Lemak


    Setelah kelam kabut sikit di blog usang ni dek kehilangan rakan pengikut, baru la mimie memberanikan diri untuk menulis catatan baru ni....arrghh...lupakan saja...wat poning palo ajooo....

    Cendawan Tiram Masak Lemak Cili Padi..sedap...bagi menggantikan cendawan kukur masak lemak cili padi ni...keistimewaan cendawan tiram ni rasanya agak-agak manis cendawan dan digabungkan dengan lemak-lemak santan pedas..huhhhh..sedappp...mimie suka makan lemak cendawan ni bersama dengan sambal ikan..... kira tak tinggalkan lah untuk santapan orang belakang...huiiii buruk perangai kn....hihihiih

    Jom...selak resepi...



    CENDAWAN TIRAM MASAK LEMAK CILI PADI


    Bahan-bahan :-

    2 bungkus cendawan tiram - dicuci bersih dan dicarik-carik
    5 tangkai cili padi - ditumbuk
    1/2 genggam ikan bilis
    1 batang serai - diketuk
    Santan dari 1 biji kelapa - jangan terlalu cair
    sedikit kunyit serbuk/kunyit hidup

    Cara-caranya :-

    • Satukan santan, ikan bilis, serai, cili padi, kunyit di dalam periuk dan masak dengan api sederhana. Sentiasa dikacau bagi mengelakkan pecah buih.

    • Masukkan cendawan tiram dan garam, kacau sebati dan masak dalam 5-7 minit. Tutup api. Sedia dihidangkan.


    Pulih Kembaliii.....

    ALHAMDULILLAH...keadaan pulih kembali berikutan pengikut/rakan pengikut sudah kembali tertera di teratak skrin blog mimie ni. Rupa-rupanya, dari link yang kak Ita beri ramai blogger-blogger yang kehilangan pengikut berikutan permasalahan atau mengemaskini blog dari pihak maintenance blog atau mimie yang terlalu menggelabah macam lelabah (ehhh! labah2 mengelabah kerr..?) mungkin mimie masih baru dari dunia blogging ni...hihih maluuu dong....

    Million thanks to lyssasecret dan kak ita yang telah meredakan gundah gulana mimie ni.....


    Thanks a lots.



    Thursday, 8 December 2011

    HELP ME / TOLONG SAYA...

    As-Salam semua kepada blogger-blogger....

    Saya sebagai blogger baru amat rasa hairan dan amat terkilan dengan kehilangan rakan-rakan followers saya yang hilang dari data blog saya...saya amat terkejut pada awalnya follower saya dari 80+ yang kini hanya tinggal 13...




    Tiada niat dihati ini untuk membuang raka-rakan follower saya atas sebab-sebab yang tidak munasabah.

    sebelum ini, pada fikiran saya rakan-rakan ikutan saya itu hanya hilang sementara tapi kali ini berpanjangan..... adakah dari penarikan diri dari blog saya sebanyak 74 rakan follower serentak dalam satu-satu masa atau permasalahan setting dalam blog saya....

    Harap... kepada blogger-blogger dapat membantu saya yang kurang arif dalam dunia blog ini.



    Terima kasih.
    Sugar n Spice.

    Light CheeseCake


    Keterujaan nak membaking kek chese ni akhirnya tercapai jua....mimie bukan lah peminat tegar pada cheese kek ni...ntah kenapa tekak ni tak boleh ditelan kek cheese ni. Maybe tekak ni sudah sebati dengan desert melayu ala² kampung agaknya....almaklumla...hidung pesekkk...kuikuikui (pecah tembelang..)

    Oleh kerana nak jugak merasa macam hidung mancung bak omputih kn...mimie cuba laa kek yang seperti ini yang tidak mengandungi totally cheese saja....
    Hmmmm...tekak ni da bole laa merasa cheese ni...sedapp...lemak-lemak berkrim...maybe pasni mimie kene ler put something yang masam2 seperti blueberry, lemon and etc bagi rase balance dengan cheese ni kot...
    Tutorial penuh sila lihat SINI


    LIGHT CHEESECAKE
    Sumber : sue-hasue

    Bahan-bahan :-

    • 125g cream cheese [ nak rasa cheese lebih sket,leh letak 150g]
    • 300 ml susu segar
    • 80 g mentega atau marjerin
    • 80 g tepung gandum
    • 80 gram gula halus
    • 3 biji telur saiz A
    • beberapa titik esen vanila/jus lemon


    Cara-caranya :-
    • Panaskan susu, menetga, cream cheese dengan api perlahan dengan menggunakan hand whisk. Apabila cream cheese dan mentega sebati, tutup api dan ketepikan. 

    • Didalam 2 bekas, asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur dan gula hingga menjadi soft peak (meringue).

    • Pukul kuning telur (dlm 1minit) dan masukkan adunan cream cheese dan ratakan dengan menggunakan spatula kacau dengan perlahan. 

    • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata masukkan essen vanilla/lemon.

    • Akhir sekali masukkan adunan meringue dan kacau perlahan hingga rata.

    • Gris loyang atau alas dengan kertas. Bakar selama 45minit pada suhu 160.

    Wednesday, 7 December 2011

    Lala Tumis Sos Tiram


    Fuhhh...jenuh jugak mencari Lala idaman nih... maybe bukan kene pada musim lala kot...ingatkan tak ramai penggemar lala dalam rumah nih...rupanya tak cukupp...tak pe, lainkali kita beli lebih, kita buat sampai pedas terangkat....

    Sedap, dan sedap juga makan tanpa nasi, ratah-ratah gitu ajer....mana nak cukup gitu kan...memang patut la tak cukup.


    LALA TUMIS SOS TIRAM


    Bahan-bahan :-

    500g lala - dibersih dan ditoskan
    2 batang serai - diketuk
    7 tangkai cili akar - diketuk dan dibelah 2 tanpa putus hujungnya. (boleh adjust)
    1 labu bawang besar - potong dadu
    7 ulas bawang putih - diketuk dan dicincang
    2 inci halia - dihiris panjang
    1 tangkai cili merah - dihiris
    1 biji tomato - potong dadu
    2 sudu besar cili kisar (boleh adjust)
    2 sudu besar sos tiram
    2 sudu besar sos cili
    garam secukup rasa
    sedikit minyak untuk menumis
    Daun kuchai


    bahan-bahan untuk menumis


    Cara-caranya :-
    • Panaskan minyak, tumis halia, bawang besar, bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan cili akar dan masak hingga air cili kering.
    • Masukkan sos tiram, sos cili, garam, tomato, serai dan gaul sebati.
    • Masukkan lala dan gaul serata hingga kulit lala agak terbuka. Tutup api dan masukkan daun kuchai dan gaul rata. 


    Tuesday, 6 December 2011

    Kek Tiramisu


    Inilah pertama kali mimie makan kek yang dikenali ramai ni. Selepas mengikuti rancangan realiliti MasterChef di tv, teringin plak nak makan tiramisu ni.... tak dapat makan air tangan Chef Rizz, dapat makan hasil air tangan sendiri cukup laa kan...hihihi

    Intai-intai di rumah kak zai terserempak pulak dengan kek yang memang menternak lemak ni...bagai di panggil-panggil lemak tu suruh disimpan.... 
    Aduhhh...memang sedap sesangat lah kek tiramisu nehh....again...again n again akan makan kek tiramisu nih lagi...Jom intai resepi....resepi kek span yang gebus boleh klik SINI....


    KEK TIRAMISU
    Resepi Asal : umi_e@myresipi
    Sumber : Kak Zai

    Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )
    1 biji sponge kek atau apa2 kek
    250ml whipping cream
    200ml cream cheese - haniss guna jer sebuku tu 250gm
    1/2 cawan gula halus
    1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
    1 sudu makan serbuk nescafe
    serbuk koko untuk hiasan

    Cara-caranya :-
    1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
    2. Satukan gula, cheese dan cream
    3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
    4. Potong kek pada 3 bahagian
    5. Susun 1 bahagian dalam bekas
    6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
    7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
    8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
    9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
    10.Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...