helloooo...haaa harini mimie nak kongsi satu resepi muffin. Benornyerr, muffin ni dah lama mimie buat tapi hari baru berkesempatan nak tayang resepi. Lagipon resepi ni mimie ambil dari MyResepi...dah tak ingat siapa empunya resepi ni.... kepada empunya resepi ni...halalkan yerr...kang tak berkat lak mimie masak-masak nanti....jadi hangit laaahangus laa....haiiiitt...mintak dijauhkan laa......
Muffin ni mewah dengan rasa coklat sebab penggunaan coklat yang banyak
Jom....
Bahan-bahan :-
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum *
1 sudu kecil serbuk penaik *
bahan yang bertanda * di ayak.
Cara-caranya :-
- Cairkan coklat masakan dengan kaedah "double-boiler" sehingga cair dan masukkan mentega dan kacau hingga sebati.
- Di dalam mangkuk lain, pukul telur dan gula. Kacau gula hingga larut dan masukkan adunan telur ke dalam mangkuk coklat tadi. Kacau sebati.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau menggunakan spatula hingga sebati.
- Bakar pada suhu 160 selama 20 minit.
No comments:
Post a Comment