Followers

Sunday, 30 October 2011

BLACK BOTTOM CUPCAKE




Salam semua dihujung minggu.....ape jua yang anda lakukan hendaknya mendapat keberkatan dariNya. InsyaAllah....

Dihujung minggu yang cuaca tidak menentu ni, panas terik dan disusuli hujan pada sebelah petang membantutkan aktiviti kami sekeluarga. Mana tidaknya, rancangan awal kami ingin menemani anak-anak bermain layang-layang bersama bagi memenuhkan masa yg terluang. Angin ntah kemana, layang-layang ntah kemana, tuan badan pon ntah kemana.

hurrmmm....tiada apa aktiviti yang ingin dilakukan hanya internet menemani kami sekeluarga.... hihihi... sambil melayari internet di waktu hujan ni, jom share resepi yang amat mudah dan sedap ni....Kombinasi coklat dan cheese amat serasi.....lemak dan rasa coklat yang hebat....dan tidak sukar untuk menyediakannya.....





BLACK BOTTOM CUPCAKE
Sumber : JoyOfBaking

Cream cheese filling:

227gm cream cheese (suhu bilik)

1/3 cup ( 65gm ) gula
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanilla


 
Chocolate cupcakes:


1 1/2 cups ( 195gm) tepung serbaguna / tepung gandum

1 cup (200gm) gula - mimie, 150gm gula sahaja.
1/3 cup (30gm) serbuk koko
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
1 cup (240ml) air
1/3 cup (80ml) minyak sayur
1 sudu besar white vinegar (cuka)
1 sudu kecil esen vanilla.






 
Cara-caranya :-

Untuk cream cheese filling:

Gunakan electric mixer, mix cream cheese dan gula hingga sebati dan masukkan telur dan esen vanilla. Mix lagi sampai creamy dan smooth.

Untuk chocolate cupcake:

  • Panaskan oven pada suhu 177 c.
  • Dalam bekas besar, ayakkan tepung + serbuk koko + gula + garam + baking soda + garam dan kacau.
  • Dalam bekas lain, mix kan semua air + minyak sayur + cuka + esen vanilla.
  • Buatkan lubang di tengah-tengah bahan-bahan kering yang telah diayak.. Campurkan bahan-bahan basah dan kacau sampai sebati.
  • Sediakan 12 bekas cupcake yang besar. Dan boleh bahagi sama rata. Isi sehingga 3/4 penuh. 
  • Kemudian gunakan sudu teh, spoonkan cream cheese filling tadi ke dalam setiap cupcake coklat tadi. Dan bolehlah dibakar selama 25 minit.






* Adunan ini untuk 12 biji cupcake yang bersaiz besar. Kalau medium saiz akan dapat lebih  kurang 18 biji.



No comments: