Followers

Friday 28 October 2011

simple banget wehhh....

salam ...di kala cuaca yang tidak menentu harini...kejap panas terik, kejap mendung, kejap renyai, panas balik pastu trus ribut petir....tekojut dennn.....dan begitulah juga keadaan kesihatan para penduduk di bumi Cheras ni...kejap ok, kejap tak ok. So...nasihatkan pada anak-anak dare ni, perbanyakkan minum air kosong....biar sejuk dalam badan ni...

pon juga....keadaan porot nan menggeleber ni tidak menentu...kejap lapo, kejap sekejap aje kenyang, pastu meringkuk kelaparan...hahahha....kebulur ape mimie..? Insaf-insaf la sikit...ade yang lebih susah dari kita...MasyaAllah...aku bersyukur atas kurniaanMu ini...


dan...dek kerana terlalu melayani perut nan berkeroncong ni laaa..tercari-cari..apakah kudapan yang yang ingin dijamah...kerana masa nan singkat...yaaaaaaaaaa...intai kudapan dari kak ita kita ni...yang penting senang dan sedap...benarlah kata kak ita....memang mudah cara penyediaannya, tak sampai 20 minit pegang senduk da siapp.....

Jom semak resepi ni...


TALAM MARBLE
By : Kak Fida
Sorce :  Azlita Aziz


Bahan-bahan ( loyang 10x10 inc. )
240 g tepung Hoen Kwee hijau
450 g gula halus (2 1/4 cwn rata)
2100 ml santan pekat (drpd 2 biji kelapa)
1 sk garam
3 sb serbuk koko 
choc emulco - mimie tambah
  • Satukan kesemua bahan ke dlm mangkuk kecuali koko dan dibahagi 2, dan 1 bahagian di campur koko. 
  • Masak adunan dlm periuk yg berasingan sehingga pekat,licin dan kelihatan meletup2. Matikan api. 
  • Loyang di griskan dgn minyak masak terlebih dahulu.
  • Marblekan adunan berselang-seli warna hingga habis di dlm loyang. Sejukkan. 
  • Siap utk dipotong dan dihidangkan. 
  • Semasa memarbelkan adunan hendaklah lakukan dengan pantas kerana adunan cepat mengeras.









Talam marble ni tidak seperti talam kebiasaan....bagi saya ia seperti puding dari segi penyediaanya. Tidak perlu mengukus. Simple sajer...suker dengan rase kecoklatannya....



ini la tepung Hoen Kwe, terdapat banyak di pasaraya dan di kedai-kedai...







No comments: