Followers

Tuesday, 13 March 2012

Slice Cheese Cake


Huiihhh....sedap betul kek yang gebus gebas kek yang memang menternak lemak nihh....x leh nak makan sikit....sedar tak sedar sekali hadap jer kek ni dimakan oleh kami sekeluarga....dan memang mudah tentang penyediaannya..... kire ni kek adek badek ler ngan kek Light Cheese kek n SCJCC tu kan....hullaweiii...sedappp bebenor....


SLICE CHEESE CAKE
Resepi Asal : Ros(Onigiri)@MyResipi
Sumber : K.Nor@SecubitGaram

4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi....

Telah dimekapkan dengan blueberry filling....pergghhh...

8 comments:

rahel said...

Salam Mimie..sedapnya slice cheese cake,Rahel suka sangat mkn kek ni,dah byk kali buat..klu buat 1 adunan memang tak puas mkn..skejap je dah licin.

izahdaut said...

kak mi.. ni memang feberet kami satu keluarga. dah mcm2 diolah perasa ngan kek ni.. hehe..sedap kan

Unknown said...

teksturnya sungguh menggoda
tapi sayangnya..kek-kek mcm ni tak laku kat rumah kita..

tun_telani said...

gebus!! mmg sedap sgt slice cheese cake nih.. aritu tun tersalah guna cheese yg masin sket, kui kui.. tp tetap licin dgn pantasnya.

Unknown said...

ye laa..kek ni mmg sodap n mudah plak tuu...n mudah plak jd gumuk...hoohohoh

dZana said...

waduhh.. kek yg akk masih fobia nk buat.. cantik kegebuannya..

Unknown said...

Kak Zana...fobia.???hiihihih...tkut nti akk yg mkn sensorg...tu lg fobia...ekkeke

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Mimi..bila tengok kek kat sini, tetiba plak terasa nak membaking balik kek ni..saya suka sebab cheesenya tak tarasa sangat..ligh2 je kannnnnn.....