Followers

Thursday, 1 March 2012

Kueh Lompang


Yesssss.....akhirnya dapat juga tekak ni merasa kueh lompang..... dek terujaan Mek Difa mengidamkan kueh ni, terfikir dihati.... sedapkah kueh ini?? Apkah rasanya..?? 

Yaaaa....memang inilah pestaim mimie merasa kueh tradisi ni...(agaknya x ramai diluar sana nak promo kn kueh ni kot... mimie ni tau nk membeli jerr...hahahah) Dilihat dengan resepi ia seakan dengan kueh kaswee. tapi tekak ni lebih teruja dengan kaswee.... thx kak Hana kongsi resepi kueh lompang ni...mimie panjang resepinya kt sini....


KUEH LOMPANG
Sumber : Hanamemories

  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu makan tepung ubi
  • 1 sudu kecil air kapur
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan gula merah
  • 2 cawan air- hana gune santan cair! sedapp! - next time mimie nk tambah sedikit air...
  • daun pandan
  • kelapa parut putih + secubit garam + daun pandan simpul - kukus kejap
Cara-cara
  1. - satukan gula melaka dan gula pasir dalam periuk kecil kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan. masak atas api kecil hingga gula larut. sejukkan sebentar
  2. satukan tepung beras dan tepung ubi dan tuang satu cawan air dan air kapur. gaul rata
  3. kemudian tuang air gula yang telah sejuk tadi. gaul hingga sebati
  4. tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang yang telah di sapu ngan sedikit minyak.
  5. kukus 10 minit atau hingga masak. bila dah masak kuih akan jadi berlubang di tengahnya.
  6. hidang bersama kelapa parut yang di kukus tadi.

2 comments:

tun_telani said...

salam kak mimiey!! tun dh lama x makan kuih lompang ni.. buat mmg x pernah la. tunggu kerajinan tu dtg dulu.

Putri said...

salam..sedapnya kuih lompang.selalu nampak kat gerai kuih tp kuih lompangnya tak ada lubang..jadi rasa cam tak best sikit