Followers

Sunday 5 February 2012

Ayam Masak Semur (Kicap Black Pepper)


Assalammualaikum...... dalam dok cuti lagi sempena menyambut Maulidur Rasul ni, meh kita cuba masakan Jawa neh... pestaim makan (menantu jawa ler ni) sedappp.... rase pedas2 hot lada hitam.... ekceli masakan semur ni seperti masak kicap oleh kerana bahan utama nyer lada hitam ada sedikit kelainan dari masak kicap yang biasa tuu....haa...yang memang seswai untuk ibu-ibu dalam melalui hari-hari berpantang. layannn...


AYAM MASAK SEMUR
By : Mimie Sugar n Spice

1/2 ekor ayam - potong kecil
Kunyit 
Garam
2 inci halia - dihiris
1 labu bawang besar - dihiris
7 ulas bawang putih - dihiris
2 sudu besar lada hitam kasar
1 sudu kecil lada putih (lada sulah)
2 sudu besar sos tiram - mimie tambah
7 sudu besar kicap manis 
sedikit air
1 biji tomato - dibelah 6
1 biji kentang - potong dadu
Daun sup - potong kecil
Cili merah  - dihiris
Suhun

Cara-cara :

Ayam dilumur bersama kunyit dan garam. Goreng separuh masak dengan api sederhana. Ketepikan.
Tumis halia, bawang merah, bawang putih hingga naik bau. Masukkan lada hitam, lada putih, sos tiram, kicap manis dan masukkan air, kentang dan tomato. Kacau sebati.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau rata hingga kuah menjadi agak pekat. Tutup api. Masukkan suhun yang terlebih dahulu direndam seketika dan tabur cili merah dan daun sup.

2 comments:

Unknown said...

sedapnya nampak..

dZana said...

masak2 cam ni anak akk paling suke.. berulang2 mkn nasi..