Followers

Friday, 20 January 2012

Ayam Masak Merah,,,, resepi simple


wahhh...harini mendung dan hujan sahaja di rata-rata kawasan bumi Malaysia ni... Alhamdullillah.... sejuk sedikit di persekitaran ni....manakan tidak...sudah beberapa hari mengalami cuaca yang agak panas.Dalam cuaca yang tidak menentu inilah hampir semua anak-anak mimie mengalami demam panas dan batuk selsema.. Moga mereka cepat sembuh dan boleh meneruskan alam persekolahan dengan selesa.

Dah lama rasanyaer tidak menjamah ayam masak merah... dalam rajin tak rajin.... dan menjelmalah ayam masak merah ni haa...simple jerr....x susah pon... klengkang klengkung.... siappp....tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....




AYAM MASAK MERAH 
Resepi Asal : Mimie @sugar n spice


1 ekor ayam - potong 8 dan dicuci bersih, toskan
2 labu bawang besar
7 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang serai - diketuk
2 biji tomato - potong wedges
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar cili kisar
1/2 cawan susu cair / santan.
minyak 
sedikit kunyit untuk menggoreng
garam secukup rasa
Bawang besar di potong bulat - untuk hiasan

cara-cara :

Ayam di gaul dengan kunyit dan garam dan digoreng hingga separuh masak. Ketepikan.
Bawang besar, bawang putih dan halia diblend hingga halus.
Panaskan minyak, tumis bahan yang telah diblend tadi hingga naik bau dan masukkan cili kisar. Masak hingga betul--betul cili kisar itu masak (kering).
Masukkan serai, sos tiram, sos cili dan garam secukup rasa. (x perlu letak byk garam sbb ayam yg digoreng tadi sudah disaluti garam) dan masukkan susu cair. Kacau sebati.
Masukkan tomato dan ayam yang telah digoreng dan digaul sebati atau hingga ayam masak. Taburkan bawang yang dipotong bulat dan kacau rata. Tutup api.

7 comments:

izahdaut said...

sedapnyer kak.. saya sukee ayam msk merah. nasi kerabu pun saya mkn ngn ayam msak merah. hihi

sudipVSsenduk said...

lamanya tak masak ayam masak merah...

Unknown said...

izah : sbb pedas2 manis tu yg sedap kn....nk mkn ngan nasi lembut2...fuhhhh..

Unknown said...

SS : skang dah mkn ayam masak merahh...hihihih

nOOrsha said...

salam..sodap nampak ayam masak merah ni.. peberet en hb sy... nyumnyuum

CT Delima said...

As'salam Mimie

selalunya aaya masak merah ni k.ct suka gandingkan dengan nasi tomato dan nasi hujan panas. Tapi kalau nak makan dengan nasi putih atau nasi impit pun okey juga kan :)

dZana said...

aslmum mimie.. lmbt akk dtg ..msti dah abis.. fav anak bujang akk ni.. kemana cuti CNY ni..