Followers

Tuesday, 3 January 2012

Cempedak Goreng a.k.a Goreng Cempedak.... semerbak satu kampung...


Kala musim panas menusuk-nusuk di bumi Cheras ni, bagai cacing lintang pukang kepanasan....ehh..cacing lintang pukang ker berlari-lari..?? eheheh ...yang pasti walaupon kami dok dendiam dalam rumah yang sekangkang cucu kera ni, masih peluh membasahi tubah yang kembang setaman ni....



dok tercari-cari minta tekak ni ingin dibasahi dengan mende-alah yang sejuk-sejuk, mata terkesima dek limpaha buah cempedak yang bergelimpangan di tepi jalan dikawasan kediaman kami. Menusuk-nusuk hidung dek bau penangan cempedak nih...kembang kempis idunk mencium baunya....
Oleh kerana keterujaan melebihi maksima, nahhhh...sepinggan besaq untuk dijamah.....layannn.....


CEMPEDAK GORENG

1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
1 cawan air *
sedikit garam*
Minyak untuk menggoreng


Satukan air dan garam. didalam satu bekas satukan kesemua bahan. Kaca hingga rata.
Panaskan minyak untuk menggoreng, apabila minyak panas, masukkan 2-3 sudu besar minyak panas kedalam adunan tepung tadi dan gaul rata. Masukkan buah cempedak gaul lagi dan goreng hingga kekuningan. Toskan.

10 comments:

izahdaut said...

sedapnyaaa...
baru ni makan dekat 5 ulas. lepas tu kan sakit2 badan.hehe..lupa stil pantang makan lagi..

yang ni ulas besar kan?

Cute Oven said...

Aduhhh...menggoda habis..

Sugar 'n' Spice said...

izah...hok yg ni ulas yg kenet2 tuu..hok yg beso nti tkut x tertelann...hihi

COven...jemput mkn...

Nieza said...

wahhh ni sudah buat saya terliur..mana nk cari cempaedak kat sini.huaaa sabar jer lahkan.

Azian Elias said...

Salam kenal..

massyallah sedapnya cempedak goreng tu..

dZana said...

selalu beli cempedak n selalu juga tertipu bila isi takat 5-6 ulas jer.. klau dapat camni puas makan.. terbau2 dah hidung ni..

FatihaNur said...

makan ni ngan cappucino petang2 best nieh

Sue @ Nenie said...

Salam..wahhhh wangi menusuk hidung...Sedapnya petang2 layan cempedak goreng ni...

Family Blog said...

Teliur dengan cempedak ni...Kalau di kampung masa musim cempedak tak payah beli..Ayah ada tanam..

Pen Biru said...

meriahnya isi..hhuhuh