Assalammualaikum....
Takmo citer panjang-panjang, projek bersama anak-anak petang semalam. Excited sungguh anak dara mimie nak membantu, sebab nak tau rasa homemade twisties ni. Sedap laaa...leh ler wat banyak kaliii....
Resepi ni mimie ambil dari May. Thanks May sudi share resepi kudapan yang best ni.Dan tak perlu lah anak-anak dare mimie ni nak kenen-kenen jajan kat luar.....twities jer...hihiihi
HOMEMADE TWISTIES
Sumber : May Agumo - 1/2 keping laksa kering eka
- 1 sudu makan serbuk kari daging babas
- 1 1/2 sudu makan serbuk pati ayam tumix
- 8 sudu makan nestum
- 3 sudu makan serbuk cheese
- Patah-patahkan laksa kering anggaran 4cm (lebih kurang panjang twisties) dan goreng laksa kering dengan minyak yang panas. Tos dan ketepikan.
- Satukan kesemua bahan kecuali laksa kering tadi dan blend hingga halus.
- Masukkan bahan blend tadi de dalam plastik ziplog (mimie masuk dalam tupperware yg bertutup jer) dan masukkan laksa yang telah digoreng tadi dan digoncang hingga rata. Letak banyak-banyak serbuk yang telah diblend tadi lagi sedap.
- Keluarkan dan sedia untuk dimakan.
5 comments:
Salam.Nampak sedap..nak try la tp serbuk cheese lka tak dak! :(
wahh....bleh wat sdiri je ghopanyerrr
saya pun dah pernah nampak resepi macam ni, cuma tak terbuat je lagi...maklumlah banyak sangat hormon malasnya tu...
Rajinnya buat kudap-kudapan... teringin nak buat juga, tapi kena waiting list dulu..
oke, kreatif sungguh ni! sedapnyaa
Post a Comment