Followers

Thursday, 6 June 2013

Oreo Balls



Assalammualaikum....

Jumpa lagi nooo....

Bercerita mengenai Oreo Balls ni... pada mulanya Angah si anak dara mimie beria-ia sungguh ingin menyuruh mimie mencuba resepi kudapan simple dan sedap ni hasil daripada kelas ala-ala chef dari rumah rakannya. Balik saja dari rumah rakannya terus beria-ia mengajak mimie membeli bahan-bahan oreo balls ni. Senang sangat. Kanak-kanak boleh ler mencuba resepi ni sebab tidak melibatkan api dapur atau pon api elektrik. Bahaya kan...

Resepi senang sangat....sedap dimakan sewaktu menonton tv bersama keluarga. Rasa lemak-lemak cheese bersama manis coklat dan oreo...Fuyyyoooooo....


OREO BALLS
Sumber : Amy
Olahan : Mimie Sugar n Spice

* 1 peket oreo (137g)
* 100 g cream cheese
* 200g dark@milk chocolate compound (pilih 1 ikut citarasa masing2)
* Badam nibs - optional disangai tanpa minyak
* Chocolate Rice untuk hiasan

CARA2NYA:

Masukkan oreo didalam plastik dan tumbuk-tumbukkan hingga hancur. (mimie guna anak lesung). 
Masukkan cream cheese dan gaul dengan tangan yang telah dicuci yerr hingga sebati. Masukkan badam dan gaul rata lagi.
Bulat-bulatkan kecil adunan tadi hingga habis dan sejukkan didalam freeze dalam 1/2 - 1 jam.
Cairkan dark chocolate dan masukkan bola-bola oreo tadi satu demi satu dan susun dia atas loyang. Hias mengikut kretiviti masing-masing.
NOTE : Kuantiti oreo dan cream cheese bergantung pada selera masing-masing hingga boleh dibulat-bulatkan kecil.


5 comments:

Aku Ibu Muda said...

Simple sgt! Kena cuba ni...

adda syuhada said...

Salam...
bestnya datang sini..selalu dihidangkan makanan yg sedap2..yummy...

tun_telani said...

lama x menjenguk sini... sedapnyer. tun apa2 yg letak oreo ni mmg lajuu makan.

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum...choc ball...macam besttttt je..nak try tukar oreo ngan kek choc boleh agaknya yaaaaa

rahel said...

Waw...oreo disalut coklat...sedap tu...