Followers

Thursday, 13 June 2013

MUFFIN CHOCOLATE CHIPS



Assalammualaikum....

Hari ini hanya nak share resepi yang sangat-sangat mudah ni....Resepi Muffin Chocolate Chips ni...Kalau di google ade pelbagai jenis dan cara Muffin Chocolate Chips ni. Tapi yang ni mudah bagi mimie dan sedap dimakan. moist jerrrrr.... nak lagi sedap letak ler chocolate chips tu banyak-banyak bagi mewah sikit.



MUFFIN CHOCOLATE CHIPS 
Sumber : Syamammokhni

250g tepung gandum
2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sk serbuk soda bikarbonat
2 sb serbuk koko 
170g gula caster  (bleh kurangkan sikit...)
150g coklat chips ( tinggalkan suku bahagian untk ditaburkan sbg hiasan...)
200ml susu segar - mimie ltk 250ml
80ml minyak sayuran (guna minyak jagung....) - mimie ltk90ml
1 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
 
Cara-caranya:
  • Panaskan oven pada suhu 180-190 darjah Celcius.
  • Campurkan tepung + serbuk penaik + serbuk soda bikarbonat (ayak sikit supaya tiada ketul2 yg bleh mnyebabkan rasa pahit jika tak rata) + serbuk koko + gula dan tiga perempat coklat chips ke dlm mangkuk besar dan digaul rata. 
  • Campurkan semua bahan2 cecair ke dalam jug dan kacau sebati.
  • Gaul bahan2 kering bersama bahan2 basah dengan perlahan. Kacau / kaupbalik aje cukup sekadar adunan sebati. JANGAN TERLEBIH KACAU !! Adunan akan nampak cam berketul2 untuk pastikan muffin akan kekal lembap dan fluffy.... 
  • Sudukan adunan ke dalam kertas muffin.
  • Taburkan baki coklat chips ke atas muffin dan bakarnya selama 20 minit atau sampai muffin masak...(dark, risen n springy....)

No comments: