Followers

Monday, 17 June 2013

APPLE PIE



Assalammualaikum....

Hmmmm...serang ni cuaca dah tak menentu. Setelah seminggu dibumi Cheras ni tak dilimpahi hujan timbul pula keadaan yang agak berjerebu. Mendung yang tak beerti nak hujan. Amatlah tidak sesuai untuk membuat aktiviti bersama keluarga diluar. Jalan yang terbaik adalah berkumpul bersama keluarga dirumah saje lah kan....

Bercerita mengenai Pie Apple ni, memang dah lama mimie idamkan dan petang semalam baru tertunai hajat mimie ni. (bahan baru cukup..hihihi). Sedap dimakan waktu senggang. Cuma inti pie tu, rasa mimie tak perlulah diletak gula berlebihan (manis sangat bebb..) memadailah hanya di karemelkan saja apple tu. Tak perlu manis-manis sangat nanti hilang pula rasa masam-masam apple original tu nanti. Biarlah senyuman tu yang terlebih manis kannn.... ;)



APPLE PIE
Sumber : Lyana

Inti

6 biji epal ( 4 biji epal merah + 2 biji epal hijau ) - dibuang kulit dan dipotong dadu
200g gula/gula perang - mimie letak 130g next time nk ltk sedikit saje
20g tepung jagung (mimie letak 1sb jer)
  • Gula dimasak dengan 2 sudu besar air hingga keperangan (caramel). Masukkan buah epal yang telah dipotong dadu tadi dan dikacau rata.
  • Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga menjadi pekat. Tutup api. Ketepikan.

Inti pie yang telah siap.

Dough

500g tepung gandum
200g mentega
2 biji telur
250g gula halus (icing) 
  • Gaul tepung dan gula. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seperti serbuk roti.
  • Masukkan telur (tinggalkan sedikit telur untuk sapuan dough nanti) dan gaul/uli hingga adunan tidak melekat pada tangan.
  • Wrap dough dengan plastik dan sejukkan dlam peti sejuk selama 30 minit.
  • Keluarkan dough dan canaikan dough setebal 1/2cm dan ditampal pada loyang pie. Masukkan inti dan tutup pie dengan baki adunan dough tadi. (boleh ditutup mengikut kretiviti masing-masing).
  • Sapukan dough dengan baki telur hingga rata dan bakar pada suhu 175 selama 30minit.






No comments: