Followers

Saturday 7 April 2012

SAMBAL TAUHU


As-salam...jumpe petang-petang cam dah nak malam nih haa...hahahhahaha lambat hapdet blog lagi...sebab...sebab....konon2 bizi ler lagi kan...kan.....

N3 sambal tauhu di dah lama dok dalam folder tunggu giliran dok masuk blog, tapi dipinggirkan (kalau laa sambal tauhu ni ade perasaan, mahu berkuah airmata nehh..) bukan niat dihati ni nak pinggirkan, tapi bagi laluan pada yang manis2 dulu, pedas2 dok belakang... (aiiiitt...mcm sama jer bunyinyerrr...hehehe).

Mimie ni, kalau makan nasik campur diluar, mimie tak akan lupa untuk mengambil sambal tauhu ni... suka sangat dimakan bersatu gulai ikan...memang ngam2 sooiiiii....


SAMBAL TAUHU
Resepi : Mimie@Sugar n Spice

3 keping tauhu - dibelah dua segitiga
1 labu bawang besar
1 ulas bawang kecil
sedikit udang kering
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
garam/gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Tauhu dicuci bersih, toskan dan digoreng hingga kekuningan. Ketepikan.
Tumbuk hingga halus bawang besar, bawang putih dan udang kering.
Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan masukkan cili kisar dan sos cili. Masak seketika.
Masukkan garam, gula dan tauhu yang telah digoreng tadi dan kacau hingga sesedap rasa dan kacau hingga sebati. Tutup api.

5 comments:

Amie said...

Assalamualaikum Mimie,
sambal tauhu memang sedap kalau kena gaya masaknya....ratah gitu pun sedap!

yangyuyu said...

mimie, tq melawat blog sy:)

wah nice blog here..nanti sy try resipi sini gak ye:)

izahdaut said...

aik kak mimie.. sonyap jek. tak de ke lagi menu yang leh menambah kan geng2 lemak kita kak.. akakaka

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum Mimie..

Salam kenal juga dari Naz.
Alamak sedapnya nampak sambal tu. Mula2 tak baca tajuk entry ingatkan ayam masak merah. Rupanya tauhu. Mmg menggiurkan sambalnya tu..

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Mimi..sedapnya sambal tauhu...klu ada bilis goreng garing then tabur atasnya lagiii sedap ni