Followers

Thursday, 5 April 2012

Chocolate Slice Cheese Cake


Adooyyaaiiii..... sedap la plak Slice Cheese Cake Version cekelat nih.. dah nama pon cekelat opkos la sedap kan..... wehh...meh ler sesama ternak lemak ni...hihihiih. Kalo dulu slice cheese cake yang ori rase slice cheese, yang ni plak rase cekelat. haiihhh...kalo cheese cake nih...banyak plak version dia kan...macam2 perisa adooo...layan jer la ngan tekak memasing....
Memang terbekenan dengan cheese cake yang Hasue dok tayang....Thx Hasue...


CHOCOLATE SLICE CHEESE CAKE
Resepi asal : Onigiri@Ros
Sumber : Sue-hasue

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )

• 6 keping slice cheese
• 400 ml susu segar perisa coklat
• 100 gram butter atau marjerin
• 100 gram tepung gandum
• 95 gram gula
• 4 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila
-1/2 cawan serbuk koko
-coklat emulco(optional)

Cara-cara :-

1. Masukkan susu segar perisa coklat dalam periuk. Koyak-koyakkan slice cheese tadi kecil-kecil dan panaskan dengan api yang kecil sehingga kepingan keju cair. Masukkan serbuk koko dan kacau sentiasa menggunakan hand whisk

2. Masukkan butter dan kacau hingga larut,tutup api dan sejukkan sebentar.

3. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)

4. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan

5. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..

6. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek

7. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar) Mimie bakar ikut cara Slice cheese cake bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.

4 comments:

izahdaut said...

adui la kak.. toping meleleh leleh.. sakit mata rasanya.. hahaa... resepi ni tak try lagik. nanti la insyaAllah nak try jugakk ..tungguuu kita celim sesame ye kakkk

mimie said...

sedap jah...must try nehh...

ok...so skang kite sama2 debab mendebab yerr...ekekkeke

Nieza said...

waduhh sodapnya kak tgk CC coklat ni.tk thn tgk dgn topping coklat leleh tu..sabar jer la kalau buat ni maunya saya mkn byk ni..haha

Putri said...

Topping coklat meleleh tu yg x tahan..look super delicious