Followers

Monday 2 April 2012

Buah Melaka Pancawarna


Hmmmmm...cuaca arini sejuk sedikit oleh kerana hujan saat den tidur lena di pagi dinihari....(x hujan pon lena gakk...) sejuk sedikit bumi bertuah Cheras nehh....

Kueh Buah Melaka ni mimie bikin petang semalam untuk santapan petang. Idea kaler² buah melaka ni mimie ikut idea asal dari kak Yatie. Memang suka sangat tengok kaler-kaler meriah ni...apa2pon yang paling suka kaler hijau daun pandan laa.. yang memikat selera kan....

Bila makan buah melaka ni. teringat zaman baru menjejaki alam berumahtangga.....konon nak "kerek" orang melaka pandai buat buah melaka ( tak semestinya yang berkait rapat dgn nama kta pro kan..)....abes berjenis2 tepung guna, tak jugak menjadi...alahaiiiii.....apa laaa yang ade pada nama kan....hihihihi tu laaa...belajar tal abesss.......


BUAH MELAKA PANCAWARNA
Sumber : yatiememories
  • 3 cawan tepung pulut
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air atau secukupnya
  • 1 - 2 keping gula melaka / Kurosato
  • sehelai daun pandan
  • Pewarna hijau, kuning dan merah
  • 1 cawan kelapa muda parut / 3/4 cawan kelapa kering
  • sedikit garam
Cara memasak :
  1. Gula Melaka di potong kiub kecil.
  2. Kelapa muda parut / kelapa kering di gaul dengan sedikit garam. Ketepikan.
  3. Masukkan 1 cawan tepung pulut, 1 sudu besar tepung gandum, sedikit pewarna kuning ke dalam mangkuk.
  4. Bancuh dengan air sedikit demi sedkit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan, anggaran 1/2 cawan air. Ketepikan.
  5. Ulang langkah satu dan dua untuk adunan bewarna hijau dan merah.
  6. Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.
  7. Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
  8. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.
  9. Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
  10. Apabila kuih timbul bolehlah di angkat dan toskan di dalam tapis.
  11. Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.
  12. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba!
TIPS
  1. Doh di campur dengan sedikit tepung gandum supaya kurang liat semasa memakannya. Selamat untuk kanak2, tidak mudah lekat. Kalau nak guna tepung pulut sahaja pun boleh.
  2. Jika menggunakan kurosato, biarkan kuih timbul lama sebelum di angkat supaya kurosato cair.
  3. Bagi yang menggunakan kelapa kering, buah melaka lebih sedap di makan selepas 3 jam sebab kelapa dah rasa sebati dgn garam dan lebih lembut.
  4. Boleh juga di bancuh semua tepung kemudian di bahagi 3 dan di warnakan. Cuma cara ini warna doh kurang sekata.
  5. Bancuh dengan air daun pandan lagi sedap, harum semerbak baunya...

4 comments:

zila norazila said...

ha haa ahaa nak kerek ckit yer..berwarna warni sedapppp akk suka makan buah melaka..x pernah jemu..

Pen Biru said...

mak aih..kaler2 nya..nanti sy buat kaler biru..heheheh

Farrah MF said...

amboiii meriahnya! memang pancawarna gitu.

Amie said...

wah... memang pancawarna betul..meriahnya! tambah2lah sedapnya Mimie...