Followers

Saturday, 14 April 2012

Sambal Tumis Belimbing Buluh


Sambal Tumis Belimbing Buluh ni memang best.... bak kata orang pembuka selera (haiiih....buka ngan tutup sama jer mkn ngan lajus...) best sangat-sangat makan bersama nasik panas2... sambal ni, lagi pedas lagi walllahhh...makan sampai meleleh ayaq mataaa.... pergghhh...
Semenjak dah meningkat usia memasuki senja ni, (remaja purba...ahhahah) memang suka plak makan yang simple2, masakan dolu2... best kan... lauk simple2 pon bole jadi gumuk......

Resepi ni asalnya dari Puan Shanty Suziana Sukimin. Thx shan....mmg marbeles. Apabila terlihat Kak izanmann Dcuppies mencuba,.... fuhhh terliur sangat2.....


SAMBAL TUMIS BELIMBING BULUH
Sumber : Shanty Suziana Sukimin
Sumber : Kak Izanmann Dcuppies

10-12 biji belimbing buluh - dibelah 2 (x de belimbing buluh, tomato hijau pon sodappp)
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
7 tangkai cili padi
1 sudu besar cili kisar
segenggam ikan bilis - di goreng terlebih dahulu
Sedikit gula perang
Garam secukup rasa
1 sudu besar sambal belacan

Sambal Belacan
2 inci belacan bakar
1/2 labu bawang besar
7 tangkai cili padi
Jus limau kasturi (3-4 biji)

Tumbuk kesemua bahan, kecuali jus limau hingga lumat. Masukkan kedalam mangkukdan masukkan jus limau.

Cara-caranya :-

Bawang besar, bawang putih dan cili padi di tumbuk lumat.
Tumis bahan-bahan tumbuk dan masukkan cili kisar hingga garing. Masukkan sambal belacan dan belimbing kacau hingga naik bau. Apabila belimbing dah agak layu dan sabal kering, masukkan ikan bilis goreng. Gaul Rata. Perasakan dengan gula perang dan garam. Tutup api.

6 comments:

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam ziarah wahhh... terasa-rasa sampai ke anak tekak dah ni.. kecurnya! nak cikit!

mimie said...

cheffff shahriah....
bestkn mkn ngan nasik panas2....

Asmah Yusof said...

Slm mimie,dulu time bujang x pnh mkn sambal nie,tp bila kawen mak mentua buat ,mmg sedap!!!

tun_telani said...

kat kg tun byk belimbing buluh ni. selalu xde org nk mkn sbb masam sgt. hihi.. nnti blh la try nih.

~~zana@pb~~ said...

Huhu....mimie tak kesian kt akk ke? Asyik telan air lior je ni......terus terang tak pernah beli belimbing buluh. Ada pun taktau nk buat apa.

Nieza said...

sedapnya tgk sambal ni terliur jer:)