Followers

Thursday, 12 April 2012

MOIST CHOCOLATE CAKE


Fuhhhh....lama x hapdet blog ni.... arini baru berkesampatan hapdet...
Moist chocolate cake version Mat Gebu ni adalah kek cekelat pertama yang mimie godek. Dah lama dah masa memula makan kek ni...ye laaaa kek CMG ni ade gabungan cekelat ngan coffee, tak adelah rase 100% cekelat. ade pahit2 coffee bagi mengelakkan rasa muak coklat. Memang suka sangat kek ni. Lagipon anak-anak mimie memang suka sangat kek yang berunsurkan cekelat...layan jer laaaa......

kes tak sabo nk potong (mkn), blom sempat topping nak mengeras.....tangkap leleh laa plakkk....


MOIST CHOCOLATE CAKE
Sumber : CMG

Bahan-bahannya :-
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula halus (castor sugar)
2 biji telur gred A
125 g mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)

BAHAN COKLAT GANACHE :-)
100 g coklat masakkan
50 ml UHT Whipping Cream (boleg ganti dengan susu 100 ml susu cair)
1 camca teh mentega

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran ( 5 x 8 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
  4. Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...
  5. UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata. Biarkan suam dan boleh tuang atas kek coklat tadi.

5 comments:

izahdaut said...

kek ni memang sedp. saya pun suke gak dulu dulu buat kek ni. nampak tu perkataan dulu dulu kan.. nampak kan.. kire sekarng dah mcm tak makan kek jek kan..:-P

eh ni buat kek ni musti badan dah mcm neelofa dah ni. hahaha.. ambikk.. tak marah kan kak mimie kan kan

zila 4ever said...

salam mimie..waduhhh coklet yg melelh2 tue..menggoda betul..rajinya :)

rahel said...

Tergoda gue dengan lelehan coklat tu...

ainul syahirah said...

double boiler tu mcm mane ye? leh ajarkan?

mimie said...

Ainul Syahirah :-

Double boiler ialah kaedah mencairkn coklat dgn menggunakan 2 periuk. cara saya periuk yg kecil isikn air dan dimasak dgn api perlahan hingga didih dan tindihkan periuk yg besar sedikit diisi dgn coklat bar dipotong kecil2 dan kacau hingga coklat menjadi cair.