Aiishhh.... dah senje baru nak hapdate blog... bizi, bizi dan bizi... (w/pon tak berapa bizi dok hadap tv jerk)....
Terjadinyer nasi goreng sardin nih saat terpandang rakan pesbuk dok tayang NGS nih...nampak marbeles sangat.... teringin nak merasa (tatau plak kat kuor ade juai ker idak..) dan pagi tadi juaga ler pi mencarik sardin...hihihihihi
NASI GORENG SARDIN
Bahan-bahan :-
- 2 pinggan nasi sejuk, nasi putih yang tak habis makan semalam.
- bawang besar dihiris nipis2 (kalau bawang tu saiznya besar sangat, ambil suku jer. kalau besar penumbuk bayi, boleh ambil sebiji atau setengah.)
- 2 atau 3 ulas bawang putih, juga dihiris halus2.
- 2 @ 3 sudu besar cili kisar (cili kering yang direndam kembang dan kemudian dikisar sendiri, bukan cili boh atau cili kisar beli kat kedai yang biasanya mengandungi bahan pengawet)
- 1 tin sardin kecil (cap apa2 pun boleh, tapi lagi best kalau brand sardin yang berkualiti) - mimie guna 1/2 tin kecil sardin dan hancur2kan
- garam secukup rasa (mungkin setengah sudu teh, ikut lidah masing2. Ada orang kuat makan garam, ada juga yang tak makan garam, ada gak yang tak cukup garam. Ada murid bila orang bagi resepi dengan mengatakan “garam secukup rasa”, dia marah balik kat cigku … nak ukuran tepat, unit SI. Isyh, isyh … kalau orang tak bagi resepi kata orang kedekut ilmu pulak. Isyh, isyh … anak burung, anak burung.)
- sedikit kicap kalau suka.
- Kacang pangjang - hiris bulat kecil
- 1 sudu teh gula pasir. - mimie tak letak
- cili padi ikut suka, kalau nak lebih pedas.
- cili merah sebagai deco, kalau suka.
- 2 atau 3 sudu besar minyak masak.
- apa2 sayur ikut suka (kalau boleh yang jenis tak ada rasa/aroma atau aroma yang tidak kuat, macam kobis)
(jumlah bahan boleh di adjust ikut kesesuaian, jumlah nasi atau citarasa)
Cara memasak :-
- Bawang besar dan bawang putih diracik. Cili padi (kalau suka) di belah dua.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Apabila minyak sudah panas, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau atau sedikit kekuningan.
- Masukkan cili kisar dan tumis cili itu sehingga masak. Api jangan terlalu kuat @ besar, sederhana atau kecil sudah memadai.
- Masukkan gula dan goreng. Jika gula cukup, cili tumis itu akan menjadi gelap sedikit warnanya.
- Masukkan ikan sardin bersama sosnya dan goreng. (buang perut ikan kalau ada terlebih dahulu, pecah2kan isi ikan semasa mengoreng menjadi ketulan kecil)
- Masukkan sedikit kicap kalau suka.
- Masukkan nasi putih dan goreng sebati hingga naik wap sedikit (cukup panas).
- Bila dah masak sedia dihidangkan.
7 comments:
Salam Kak Mimi..emmm nampak menarik juga nasi goreng ni...Teringin gaklah nak mencubanya
Salam kenal dik....mcm sedap tengok gmbr, nk cuba le...
w/salam Sue...try...mmg byk syedap ini nasik.....
Salam kenal2an gak kak zana.....try kak...mmg besttt....lagi best kalo pedas2 cili padi...mkn bersiul2....hihihiih
mimie
akk sukee makannn sadinn..x pernahhh lg nk cuba nasi grg nie..stock sadin mmg byk kt umah nie..nk buat jgkkk:)
kak zila...opkos sadin kene ade stok kt umah eyhh....utk emergency kan...hehehhe
psst....wat pedas berapi n mkn sampai bersiul2...br perghhhh.....hahahaha
ohhh betul la nasi goreng sardin hikhikhik nama pun sama
Post a Comment