Bertemu lagi di pagi hariiiiiii.....
Hari ini hanya nak kongsi kueh peberet kami sekeluarga. Kueh yang simple sesangat. Penyediaan yang tidak memerlukan masa yang lama. Amat sesuai untuk minuman dikala petang....
Resepi ni mimie ambil DISINI cuma mimie olah saja kepada labu....memang sedap melayannnnnn.....
BINGKA LABU
Olahan : Mimie @SugarnSpice
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula - mimie letak 1/2 cawan saje
3 cawan santan - resepi asal 3 1/4 cawan
1 cawan labu - yang telah direbus dan dilenyek
2 sudu besar butter - dicairkan
3 biji telur
1/2 sudu kecil garam
Bijan secukupnya
Satukan kesemua bahan kecuali bijan dan dikacau hingga rata.
Lenser loyang dengan butter dan diikuti dengan sedikit tepung. Buang lebihan tepung.
Masukkan adunan dan dibakar pada suhu 170 selama 1 jam.
Nota : 20 minit pertama, taburkan bijan dan bakar semula hingga masak. (mimie bakar 1jam 20minit - mengikut kecanggihan oven masing²).
1 comment:
Memang sedap kuih bingka...tak kira lah bingka labu ke, kentang ke, jagung ke, ubi ke, roti ke... semua fav k.gee tau...!! nyam2x
Post a Comment