Tertunai sudah hajat dihati untuk merasai 'Durian Crepe Mania' ni...sedangkan mereka-mereka diluar sana mungkin sudah jemu untuk merasai penangan DC ini. Bukannya apa, menunggu musim durian jatuh keriba yang tidak kesampaian....hehehhehehe. Awal-awal lagi cuak juga lerr untuk mencuba merasai Durian Crepe ini, disebabkan campuran krim dengan isi durian, tak dapat ler nak membayangkan rasanya nanti tapi dek keterujaan iparku Yanie beriya-iya mengatakan DC ni sodapppp.....ngapp juge ler.....fuhhhhhh.......cuba ler sendiriiii.....
Fullamakkk aiii...pestaim menggigit DC ini, huhhhh....memang malatoppp.... sedappppp, sangat sedappp...
apatah lagi menggunakan durian D24....fuhhh....
Tapi awas, jika ingin menikmati sepenuhnya DC ini, terlebih dahulu jangan le memakan isi durian, ia akan membantutkan rasa DC sebenarnya.
Terima kasih kepada sifu Azlita Aziz kerana sudi berkongsi resepi Durian Crepe ini dengan Mimie, moga dirimu akan mendapat keberkatan dari perkongsian ini.
DURIAN CREPE
Resepi : Azlita Aziz
40 gm tepung gandum
40 gm tepung ubi
20 gm tepung jagung
20 gm tepung Hoen Kwe ~ jika tak ada boleh gantikan dengan tepung kastard
1 biji telur saiz A
1 sudu besar minyak Mazolla ~ jika tak ada gunakan butter yang dicairkan atau minyak masak
130 ml susu segar
50 ml air ~ bergantung kepekatan
Secubit garam
1 sudu besar gula halus
Pewarna kuning - mimie tak letak
Perasa durian / durian paste - mimie tak letak
FILLING
Non-Dairy Whipping cream - Pukul hingga kaku @ soft peak
Isi durian secukupnya - dilenyekkan
Dalam satu bekas, satukan semua tepung kemudian di ayak
Kemudian campurkan semua bahan lain dan kacau rata
Kepekatan adunan hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair
Jika pekat tambahkan sedikit lagi air.
Kemudian di tapis
Sediakan pan untuk membuat crepe
Panaskan dengan api yang kuat hingga pan benar-benar panas ini untuk mengelakkan crepe melekat.
Kemudian perlahankan api ke sederhana
Oleskan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu
Bila kuali dah sederhana panas baru kita letakkan sedikit adunan
Goyang-goyangkan kuali supaya ia rata
Masak hingga ia mengelembung-gelembung sedikit
Tak perlu di balikkan,buat sehingga habis
Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik
Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh di tindih satu persatu
P/s - Adunan ni dapat anggaran 15 ~ 20 bergantung ketebalan dan besar pan kita.
Ambil sekeping crepe, biar permukaan yang licin dibawah, sapukan whipped cream dalam anggaran 1 sudu besar, dan 1 sudu besar isi durian diatas cream tersebut. Lipat kiri, kanan, atas dan bawah dengan kemas. Siap.
No comments:
Post a Comment