Followers

Wednesday, 16 January 2013

Kek Durian Marble



Assalammualaikum wbt....

Bertemu kita lagi. Di pagi hari ni, mimie nak share resepi yg boleh dikategorikan marbeles juga ler ni.... yang 'specialnyer' adalah kombinasi durian di dalam adunan kek....best...memamg best.... apa taknyer,  selain durian dimakan begitu saja, durian ni bole diolah dengan pelbagai jenis masakan dan manisan.....

Resepi ni saya panjangkan dari dapor Madiha dan seterusnya disni. Betul kata Madiha, dengan camporan topping coklat, lagi marbelessss.....terasa gigitan coklat bersama kek durian tersebut....


KEK DURIAN MARBLE
Resepi Asal : hanazmanis

Bahan2nya

1 cawan isi durian
1 cawan susu segar
1 cawan mentega cair
3 butir telur gred A
1 cawan gula kastor (mimie guna 3/4 cwn jerr)
2 cawan tepung gandum
¾ teaspoon soda bikarbonat (resepi asal 1 teaspoon)
1½ teaspoon baking powder (resepi asal 1 teaspoon)
2 teaspoon coklat emulco
Pewarna kuning secukupnya
Sedikit marjerin & tepong gandum utk menggris loyang

Cara2 Menyediakan

1. Ayak tepong, soda bikarbonat & baking powder sebanyak 3 kali.  Ketepikan.
2. Kisar isi durian, susu segar & mentega cair sehingga halus.  Panaskan oven 170C & griskan loyang dengan marjerin & taburkan tepong sehingga rata. Buang lebihan tepong.
3. Pukul telur dengan gula sehingga benar2 kembang & gebu.
4. Masukkan sebahagian bahan2 yang dikisar halus & kacau rata.  Masukan lebihannya dan kacau lagi sehingga rata.
5. Masukkan bahan2 yang diayak sedikit demi sedikit dan kaup balik dengan spatula sehingga sebati.
6. Bahagikan kepada 2 bahagian sama rata.  Satu bahagian dicampurkan dengan coklat emulco & kacau rata.  Satu bahagian lagi dimasukkan dengan pewarna kuning & kacau rata.
7. Sudukan 3 sudu besar adunan warna coklat.  Sudukan 3 sudu besar adunan warna kuning di atasnya.  Sudukan lagi 3 sudu & diikuti dengan 3 sudu lagi adunan secara bergilir2.  Ulangi sekali lagi proses yang sama.  Step yang ke empat.. sudukan pula 2 sudu besar adunan seterusnya & ulangi sehingga 3 kali ulangan.  sudukan 1 sudu besar untuk pusingan yang seterusnya sehingga adunan habis.  Hentak2kan sedikit loyang supaya adunan turun & rata.
8. Bakar (api atas bawah) dalam oven selama 45 minit atau sehingga kek masak (suhu & masa membakar kek bergantung oven masing2). Untuk menguji kek sudah masak.. cucukkan ditengah2 kek dengan lidi penguji sekiranya lidi keluar bersih bermakna kek sudah masak & bolehlah dikeluarkan dari oven.



No comments: